Bab 17

14.8K 611 2
                                    

Suasana petang itu mulai berubah kekuningan. Menandakan waktu senja akan menjelma dalam beberapa ja lagi. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa kulit benar-benar membuatkan dirinya berasa tenang. Bunyi cicipan burung juga bagaikan muzik alam yang sedikit sebanyak menghilangkan kesedihan dalam hatinya.

Yara menarik nafas dalam lalu menghembusnya perlahan. Ya, dia mahu menikmati semua ini selagi ada masa. Bibirnya yang pucat tak berdarah menguntum senyum nipis saat melihat beberapa ekor rama-rama menyinggah ke kebun yang dibina oleh mamanya sendiri.

Kalaulah dia dapat berjalan, pasti dia akan berlari untuk mengejar rama-rama di tamannya. Namun, sekarang keadaannya sudah berbeza. Yara tak berupaya. Ketika ini, dia hanya mampu terduduk lemah di atas kerusi rodanya. Penyakitnya yang buat kan dia hidup terbatas begini.

Seharian dia di rumah. Termenung sendiri memikirkan bilakah tarikh kematiannya akan menjelma. Dia mahu hidup lama namun Tuhan kehendakkan yang lain untuknya. Kalau itulah yang termaktub dalam Luh Mahfuznya, dia redha.

Tangan Yara setia menggenggam erat sebuah anak patung kecil berwarna putih yang sangat gebu. Tak pernah langsung terlepas anak patung itu dari tangannya. Pada perut anak patung itu, tercatit nama Paroq. Bibirnya tak semena-mena menguntum senyum.

Fikirannya tiba-tiba saja terimbaukan kenangan manis yang terjadi antara dia dan Paroq. Dia cintakan lelaki itu dan Paroq juga mencintainya setulus hati. Sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur, Paroq sempat berikan dia anak patung itu.

Katanya.."Maaf abang tak boleh ada di sisi Yara sekarang ni tapi abng titipkan anak patung ini supaya dapat jaga Yara bila ketiadaan abang."

Kata-kata yang sangat manis daripada seorang lelaki yang amat dicintainya. Yara membelek anak patung tersebut lalu air matanya bertakung.

Hubungan cintanya itu langsung tak direstui oleh keluarganya. Mereka pandangkan pada darjat bukan pada nilai cinta. Bagi mereka, berkahwin dengan orang biasa adalah sesuatu perkara yang sangat memalukan.

Kerana itulah, Paroq ambil keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka. Lelaki itu tak mahu Yara jadi renggang dengan keluarganya semata-mata demi cinta. Bagi lelaki itu, dia sanggup korbankan cintanya semata-mata mahu melihat Yara kembali berbaik dengan keluarganya semula.

Sedang Yara leka termenung membelek anak patung mini tersebut, datang seseorang menyapa bahunya daripada belakang. Terkejut Yara dibuatnya. Terus dia mengurut dada.

Aqhif sudah tersengih apabila melihat tunangnya itu terkejut. Baginya Yara comel bila diusik begitu.

"Sayang, menungkan apa itu? Ingat abang ke?" sempat lagi lelaki itu mengusik.

Jambangan bunga ros merah yang dibawanya diletakkan di atas meja lalu matanya dialih memandang wajah pucat Yara.

Yara sekadar tersenyum. Anak patung mini yang dipegangnya tadi disorokkan di bawah selimut yang menutup kakinya.

"Ih, perasannya dia. Tolonglah jangan perasan." perli Yara dalam nada mengusik.

Aqhif sekadar tersenyum panjang. Tak semena-mena tangannya membelai ubun rambut Yara lalu diselitkan ke celah telinga gadis itu.

Yara sekadar membiarkan. Matanya masih ralit menikmati pemandangan indah di depan mata.

"Abang Aqhif, Yara nak tanya satu soalan boleh?" pinta Yara mengalihkan perhatiannya pada Aqhif untuk sejenak.

Sebuah anggukan kecil Aqhif berikan. "Nak tanya banyak pun tak apa. Abang tak kisah." balas Aqhif dalam nada mengusik.

Yara terhibur mendengar usikan Aqhif. Lelaki itu memang baik. Hampir setiap hari, lelaki itu akan datang melawatnya. Kadang, Aqhif juga akan bantu merawat Yara sekali.

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now