Bab 57

20.9K 685 6
                                    

Surat pagi tadi masih aku genggam kemas dalam tanganku. Termasuk kali ini, sudah hampir sepuluh kali surat daripada Yara aku baca. Ermm.. sebenarnya, aku masih tak dapat nak terima apa yang berlaku ini.

Tak pernah terfikir dek otak aku yang waras ini, abang Paroq akan bercinta dengan Yara. Sejak bila mereka berdua boleh saling kenal? Takkan lah sejak Yara datang rumah aku kot?

Aku cuba mengingat semula detik-detik semasa di sekolah dulu. Detik pahit manis aku bersama Yara. Hmm.. mengingatkan detik itu cukup buat aku rasa rindu.

"Petang ni jom kita pergi pekan. Temankan aku beli buku sketchbook, si Anita itu minta aku belikan." ajakku sambil tanganku sibuk mencatat semula nota sejarah milik Yara.

Hari ini hari ahad jadi memang hari-hari begini, aku akan ke rumah Yara untuk belajar bersama. Apalah fungsi kawan kalau tak belajar bersama-sama kan? Dalam kes kami, aku dan Yara akan saling bantu-membantu. Kalau aku lemah satu bab itu, Yara akan tolong aku tapi kalau Yara lemah satu bab itu pula, aku akan tolong dia pula.

Yara yang ketika itu sedang leka bermain telefon langsung tak menyahut soalanku. Sedari tadi, dia asyik tersengih sendiri. Aku ni pula jenis malas nak layan jadi pi lantak dialah nak tersengih seorang ke kat situ, yang penting kerja sekolah aku siap.

"Kau nak ikut ke tak?"aku ulang semula soalanku. Wajah Yara aku pandang dengan kening terangkat.

Baru kali ini Yara mengalihkan pandangannya pada aku. Telefon yang sedari tadi, dipegangnya terus ditolak ke tepi. Macam semacam aje tingkahnya pagi itu.

"Pergi mana?"

Aku mengeluh kecil. Huh!! Itulah, lain kali kalau orang tengah bercakap, tumpukan terus seluruh pancaindera yang ada.

"Pergi pekan, teman aku beli sketchbook. Nak tak?" nak tak nak aku terpaksa ulang semula soalan aku tadi.

"Erm.. tak bolehlah. Pe-petang ni aku ada hal?"

Aku sudah berkerut dahi. "Hal apa?"

"Hal family. Erm.. nanti-nantilah aku teman kau. Okey?"ujar Yara dengan nada semacam. Aku diam untuk seketika sebelum akhirnya sebuah anggukan aku berikan.

Petang itu, tiba-tiba aku nampak Yara keluar dengan seorang lelaki. Mereka bergelak sakan. Dan, yang pasti lenggok tubuh lelaki itu sangat aku kenali. Pada masa itu, apa yang aku fikirkan hanyalah lelaki itu mungkin ayah Yara. Hmm.. innocent nya aku waktu itu.

Bila difikirkan balik, abang Paroq dulu pun selalu berkepit dengan telefon. Bila waktu petang, selalu keluar rumah. Hmm.. tak sangka rupanya masa itu diam-diam abang Paroq bercinta dengan Yara.

"Kenapa Yara tak boleh suka dia? Dia sayang Yara bukannya harta Yara.. kenapa nenda perlu larang Yara berkawan dengan lelaki yang Yara suka?!"

Terus kejadian itu bermain di kepalaku. Jadi, lelaki yang selama ini Yara maksudkan adalah abang Paroq? Lelaki yang selama ini ada dalam hati kawan aku itu adalah abang aku sendiri..

Bila difikirkan balik, aku pula rasa kasihan pafa hubungan cinta Yara dengan abang Paroq. Berdasarkan surat-surat yang Yara tulis, cinta mereka sangatlah terhalang. Darjat menjadi penyebab hubungan cinta mereka tak dapat diteruskan. Bukannya aku tak tahu, Yara pernah cerita pada aku yang keluarganya mementingkan status dan darjat. Kerana itulah, mereka berusaha menghalang cinta Paroq dan Yara daripada bersatu.

Kasihan Yara. Entah kenapa, aku dapat rasa apa yang dia rasa. Mungkin Yara dicintai oleh semua orang tetapi dia tak dapat mencintai orang yang dia sayang. Pasti dia perit kerana tak dapat bersama dengan orang yang dia sayang.. Kasihan kawan baik aku itu..

Tak semena-mena air mataku mengalir setitis. Huh!!.. Yara, kenapa lah kau simpan semua ni daripada aku? Kenapa kau takut nak beritahu aku semua ni? Kau takut kalau kau bercinta dengan abang aku, aku takkan izinkan? Macam itu ke? Bertubi-tubi soalan aku hamburkan dalam hati aku..

Daun pintu yang ditolak dari luar terus membuatkan aku cepat-cepat sembunyikan surat tersebut di bawah bantal. Kelibat Aqhif datang menerjah aku. Sebingkis senyuman Aqhif berikan kepada aku.

"Lara, abang nak tanya something ni. Can you tell me the truth?" soal Aqhif memandang wajah aku dengan senyuman yang aku sendiri tak dapat nak faham.

Dahiku tak semena-mena berkerut. "Apa dia, bang?"

Tangannya yang sedari tadi disilang kan ke belakang terus ditariknya. Sebuah buku yang sangat aku kenali ditayangkan di hadapan aku. Tergamam aku dibuatnya. Terus pipiku merona merah. Aih, macam mana Aqhif boleh jumpa buku 'Menjadi Isteri Mithali' itu?

"Buku apa ni?" soal Aqhif seperti mahu menyakatku.

Terus aku larikan ekor mataku ke tempat lain. "Erm.. buku biasa." balasku dalam nada segan.

Aku dengar tawa kecil Aqhif berhamburan. Nampaknya, dia ada topik untuk bahan aku. Aih, siap sedialah Lara untuk dibahan oleh suami sendiri. Salah kau juga kenapa bijak sangat nak beli buku tips bagai. Ergh!!

"Patutlah beberapa hari lepas, Lara lain macam. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba pakai baju macam itu. Hmm.. itu salah satu petua ke?" soal Aqhif dengan nada mengusik.

Sekarang, aku terasa pipiku sudah terasa membahang. Bila Aqhif ungkit semula cerita itu, terus aku teringat. Dengan dress mandi yang pendek itu, haih... ya, malam itu memang aku buat kerja paling gila! Aku taknak ingat dah.

"Abang, please forget it. Segan." ujarku masih melarikan mataku daripada memandang Aqhif.

Masih seperti tadi, Aqhif masih galak ketawakan aku. "Buat apa nak malu, I love the dress that you were that night.. mimpi abang itu."

Telan liur aku bila dengar Aqhif kata macam itu. Argh!! Sumpah, aku rasa nak sorok muka aku bawah katil sekarang juga. Haih, susahlah kalau Aqhif sudah mula tunjuk perangai lamanya.

Bila Aqhif lihat aku diam tak berkutik, terus dia mengukir senyum. Lelaki itu terus mendongakkan daguku supaya mataku bersua dengan matanya.

"Lara tak perlu nak beli buku semata-mata nak goda abang. Okey, selama ni abang salah sebab abang masih pendam perasaan pada Yara sampai abang tak nampak Lara depan mata abang but.. now you teach me how for me to love you, love each other. Boleh?"ujar Aqhif dengan pandangan redupnya menikam anak mata aku.

Aku mengetap bibirku. Perlahan-lahan air mataku gugur membasahi pipi. Aku terus tunduk memeluk tubuh sasa milik Aqhif.

Aku tahu Aqhif masih takkan dapat lupakan Yara tapi.. usahanya itu untuk terima aku dalam hatinya,buat aku rasa terharu. Kalaulah Aqhif tahu siapa sebenarnya lelaki di hati Yara, Aqhif akan marah ke?
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now