Bab 33

16.4K 659 12
                                    

Keluar saja dari bilik air, aku lihat kelibat Aqhif yang masih tak berganjak dari sofa. Dia masih sama seperti tadi, leka bermain telefonnya. Entah apa yang dia buat pun aku tak tahu, dan yang pasti aku malas nak tahu. Lebih baik, aku jaga kain aku sendiri.

Aku mengeringkan rambutku yang masih basah.Segar sedikit badan ini. Selalunya aku ni adalah manusia yang jenis tak mandi petang. Mandi pagi aje, bertahanlah sampai ke malam.. tapi, memandangkan aku ni dah jadi seorang isteri, kena mandilah selalu.

Dari pantulan cermin, aku perhatikan Aqhif yang matanya masih tak beralih dari memandang skrin telefonnya. Ralit benar. Tangannya pula menari-nari di atas skrin telefonnya. Main game ke? Aku sudah jongket kening.

Argh.. malas ambil tahu.

Selesai menepekkan bedak baby ke wajahku, terus aku mengatur langkah menuju ke arah katil. Yurp, badan aku sudah lesu dan aku mengantuk sangat-sangat sekarang ni. Sehari suntuk aku terpaksa beramah mesra dengan ahli keluarga Aqhif yang lain. Kena senyum, kena gelak sama-sama. Benda tak lawak pun kenalah gelak juga. Kena jaga hati kan?

Baru mahu mendekati katil, aku dengar namaku diseru oleh Aqhif. Pantas aku alihkan mataku pada lelaki itu. Barulah sekarang aku boleh nampak anak mata dia yang berwarna hazel itu. Kalau tidak dari tadi, asyik menghadap telefon aje.

"Kenapa?"soalku memandangnya.

"Kau duduk sekejap kat sini, ada benda aku nak beritahu kau ni. Lagi cepat bincang, lagi cepat habis." ujar Aqhif masih dalam dingin.

Telefon pintar yang dipegangnya tadi terus diletakkan di atas meja di hadapannya. Lelaki itu mengesotkan tubuhnya memberikan ruang untuk aku di situ.

Lambat-lambat aku menghampiri Aqhif. Macam benda penting aje. Nampak gayanya tidur lambatlah aku hari ni.

Aku melabuhkan punggungku di sebelahnya. Jarak kami agak jauh. Kini, wajah serius Aqhif aku pandang.

"Ada apa ni?"

Satu keluhan Aqhif lepaskan. "Aku kahwin dengan kau sebab aku nak jalankan wasiat yang Yara dah amanahkan pada kita berdua. Syukurlah, semua berjalan dengan lancar." ujar Aqhif tenang.

Kata-katanya buat aku tergamam. Jadi, apa yang aku fikirkan semuanya betul? Aqhif kahwin dengan aku atas dasar wasiat. Aku mengacip gigi. Mataku menunduk ke bawah. Apa kau fikirkan ni Lara? Kau fikir dia akan kahwin dengan kau kerana cinta ke? Pfft.. mengarut.

"Jadi, berapa lama rasanya kita boleh bertahan jadi suami isteri ni? .. Memandangkan kita kahwin bukan sebab ci-cinta?" kelat rasanya untuk aku luahkan namun huh, aku kena tanya juga benda itu.

Aqhif mengetap bibir. Tak semena-mena tangan kananku dipegangnya. Cara dia pegang tangan aku itu agak janggal seperti memaksa diri sendiri untuk menyentuh aku.

"Selagi kita boleh bertahan, kita akan bertahan. Aku yakin yang kita boleh teruskan semua ni." balasnya sambil jarinya mengelus tanganku.

"Walaupun tanpa rasa cinta?"soal ku memandangnya dengan dahi berkerut.

Yurp, ini kali pertama aku disentuh seorang lelaki. Rasanya lain macam. Gemuruh pun ada, risau pun ada dan pelik pun ada. Kenapa aku berdebar sakan? Sangat menyesakkan.

Kini mata Aqhif menikam kedua belah mataku. Mata kami bertemu. Aku lihat sebentuk senyuman kelat dihadiahkannya pada aku.

"Aku akan cuba cintakan kau, Lara. Kita sama-sama cuba." ajuk nya.

Cuba? Huh, jadi memang dia tak pernah suka cinta atau minat pada aku? Haih, takkan mungkin dia akan minat orang macam aku ni. Aku ni biasa-biasa saja, sekolah takat diploma, penganggur sejati pula itu.

"Kau, masih sayangkan Yara?" soalku sedikit tergagap.

Bibir Aqhif mengukir senyum nipis. Kali ini pandangannya ditunduk ke tempat lain. "Of courselah sayang." jawabnya dengan nada suara sebak.

Yurp, apa yang aku tebak semuanya seratus peratus betul. Aqhif masih sayangkan Yara lagi. Dia terpaksa kahwini aku dan hidup dengan aku. Patutlah di meja akad tadi, macam nak tak nak aje dia menjawab lafaz akad.

Huh! Wake up lah Lara! Kau nak apa sebenarnya? Berkahwin ni dah kira bonus untuk kau, tahu tak? Kahwin dengan anak orang kaya pula itu, berstatus Tengku? Bukan ke itu lebih memadai? Aku cuba bisikkan dalam hati.

Ketika aku sedang leka termenung, aku rasakan ada tangan yang menyentuh pipiku. Aku tergamam. Seketika aku mengalihkan ekor mata ku pada Aqhif yang sudah merenung ke redup.

"Kita cuba eiyh."ujarnya. Tangannya mengurut lembut pipiku.

Setelah itu, Aqhif bangun lalu meninggalkan aku di situ sendiri. Dia sudah memanjat katil lalu tidur menghadap dinding. Aku masih tergamam. Pipiku hang dipegangnya tadi, aku sentuh.

Hangatnya.. Dalam kesejukan air-cond yang menusuk, tangannya menghangatkan wajah aku. Aku juga.. aih! Lara.. walau apapun, kau kena ingat Aqhif tak suka atau cintakan kau, hatinya masih pada Yara jadi... kau nak rampas ke?

Yara kawan baik kau. Takkan kau nak biarkan satu-satunya lelaki yang Yara cintakan, lupakan dia? Aku beri peringatan pada diri sendiri

Daripada terus menerus melayan perasaan sendiri, lebih baik aku tidur. Selesai mematikan lampu, aku juga turut melabuhkan badanku di atas katil. Aku baring membelakanginya.

Mata yang tadi minta tidur masih tak dapat dilelapkan. Kata-kata Aqhif tadi silih berganti bermain dalam kepalaku. Hmm..

Aku.. takkan biarkan dia cintakan aku.. Kalau nanti kami berpisah, aku harap tiada apa perasaan antara aku dan dia..

Apa yang aku fikirkan adalah.. penghujung perkahwinan kami ini adalah perpisahan. Takkan jauh..
...
Tengku Qilah menyapa tetamu yang hadir. Makin lama, bilangan tetamunya makin kurang. Staff-staff hotel juga sudah ada yang turun tangan membersihkan meja makan.

Selesai melayan tetamu yang terakhir, akhirnya Tengku Qilah mengeluh berat. Badannya sudah sengal-sengal. Terus lengan kanannya diurut.

Baru sahaja Tengku Qilah mahu bergerak meninggalkan dewan, namanya diseru oleh seseorang. Pantas Tengku Qilah mengalihkan matanya ke arah gerangan suara tersebut.

Tergamam Tengku Qilah dibuat nya apabila melihat Puan Sri Maimon berdiri di belakangnya, ibu kepada arwah Yara.

"Mai.." sahutnya sedikit terkejut.

Bibir Puan Sri Maimon menguntum senyum kelat. "Kenapa cepat sangat Aqhif dapat pengganti? Belum cukup dua minggu Yara pergi.. Aqhif dah ada pengganti?" sinis sahaja nada suaranya.

"Mai, saya boleh jelaskan semua nya. Sebenarnya.." belum sempat Tengku Qilah menghabiskan ayatnya. Terus Puan Sri Maimon mencelah.

"Kenapa penggantinya itu mesti Lara, kawan Yara? Owh, jadi sebelum ni.. Lara memang dah ada affair dengan Aqhif? Macam itu ke?"duga Puan Sri Maimon dalam nada marah.

Tengku Qilah mengeluh kecil lalu dia menggelengkan kepala.

"Yara sendiri yang minta semua ni sebelum dia pergi. Bukan kehendak mereka, tapi kehendak Yara sendiri.." balas Tengku Qilah dalam nada berat.

Tergamam Puan Sri Maimon dibuatnya. Ya-Yara?
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now