Bab 51

19.7K 670 2
                                    

Kiri kanan badanku aku pusingkan namun mataku masih tak dapat untuk aku lelapkan. Entah kenapa, apa yang berlaku tadi benar-benar membelengu fikiranku. Semuanya. Semua tentang Aqhif.

"Boleh saya duduk, Lara?" soal Farisha berdiri di hadapanku.

Aku yang ketika itu sedang leka membelek telefon pintarku terus mendongak memandangnya. Aqhif pergi bersama kawan-kawannya yang lain dan tinggalkan aku dengan pengantin perempuan. Banyak jugalah topik yang kami berdua bualkan.

Izara, itulah nama isteri Syafwan. Manis orangnya. Dia banyak minta tips-tips untuk kekalkan kebahagiaan rumahtangga pada aku. Hahah.. tips bahagia? Aku pun tak pasti sama ada sekarang ini aku bahagia ataupun tidak bersama Aqhif. Sampai saat ini, dia biarkan aku termangu-mangu tentang perasaannya pada aku. Huh..

Tak lama lepas itu, ibu Syafwan panggil Izara untuk pergi. Jadi, sekarang hanya tinggal aku seorang. Awkward dan janggal lah juga tapi.. handphone kan ada?

"Duduklah." pelawa ku dengan sebingkis senyuman.

Terus, Farisha melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan denganku. Dia kemudiannya meletakkan dua gelas berisi air di atas meja dan salah satunya diberikan kepada aku.  Aku sambut hulurannya itu dengan ucapan terima kasih.

"Hmm, dah lama sebenarnya saya teringin nak jumpa awak, Lara.. tapi tak sempat. Aqhif pun selalu sibukkan jadi.. kurang sangat kami jumpa." mula Farisha lalu air minum yang dibawanya itu dihirup perlahan.

Aku sekadar menjungkit senyum. Janggal juga sebenarnya. Aku ni memang mudah jadi blurr bila kenal orang baru. Sejak zaman sekolah juga sebenarnya.

"Tak ada apa sangatlah, cik Farisha. Saya ni biasa aje." balasku sdikit berbasa basi.

Gadis itu tersenyum. Dia memandang aku. "Bukan cik lah tapi puan Farisha. I'm married you know. And, you just call me Farisha.. it seems awkward when you call me cik Farisha."

Tergamam aku dibuatnya. Puan? "Lah, saya ingatkan awak bujang sebab itu saya panggil awak cik. Sorry about that."

Kata-kataku disambut tawa oleh gadis itu. Aku pula dihadapannya sekadar tersengih sumbing. Walaupun aku tak nampak lawaknya di mana tapi senyum ajelah.

"Nothing lah. Simple thing aje pun. Erm.. yurp, i'm married. Before you kahwin dengan Aqhif, I yang kahwin dulu."beritahunya diselangi tawa mengusik.

Terkejut juga aku bila dengar pengakuan Farisha. Kalau betullah dia dah kahwin, maknanya dia dengan Aqhif memang hanya kawan saja. Urghh!! Kolotnya aku. Menuduh Aqhif melulu tanpa usul periksa.

"Bolehlah minta tips dengan Farisha lepas ni kan? Tips perkahwinan." gurauku. Tak sangka pula aku mudah masuk dengan Farisha ni.

Gadis itu ketawa kecil. "Nak minta tips apanya. Lara tak payah minta tips pun, Aqhif itu akan sayang juga. Saya kenal si Aqhif itu. Hatinya takkan mudah berubah." ujar Farisha lalu meneguk secawan air berisi jus anggur.

Kali ini, aku diam untuk seketika. Hatinya tak mudah berubah?

"Maksud Farisha?"

Dia memandangku lalu mengukir sebingkis senyuman yang susah untuk aku tafsir.

"Saya kenal suami awak itu sejak sekolah menengah lagi. Sekali dia sayangkan seorang perempuan, hanya perempuan itu yang akan selalu ada dalam hatinya. Takkan ada yang lain. Itulah hati Aqhif, bila dia sayangkan Yara selamanya dia akan cintakan Yara.."ujar gadis itu dengan nada mendatar.

Tergamam aku bila mendengar kata-kata Farisha. Riak wajahku terus berubah kelat. Sempat kelibat Aqhif yang sedang bergurau sakan dengan rakan-rakannya aku pandang. Sebak. Sungguh hati aku terluka bila dengar Farisha kata begitu.

"Erm.. tapi sekarang, Aqhif dah ada awak, Lara. Jadi, mungkin sekarang dia sudah mula sayangkan awak." tutur Farisha apabila merasakan diam aku itu ada tak kena.

Aku jungkit senyum kelat. "Boleh awak ceritakan pada saya macam mana sayangnya Aqhif itu pada Yara?"soalku. Kelat juga tekak mahu tanyakan soalan itu namun kerana ingin tahu, yang kelat itu aku luahkan.

Farisha mengetap bibir. "Awak yakin ke nak dengar?"

Sebuah anggukan aku berikan sebagai jawapan. "Saya memang nak dengar since awak pun kenal suami saya itu lama."

Satu keluhan Farisha lepaskan. Seperti berat sahaja dia mahu ceritakan perkara itu kepada aku. Tangan kananku digenggamnya. 

"Aqhif itu dulu.. huh, erm.. dulu Aqhif itu bukannya macam sekarang. Aqhif yang dulu sangat liar dan perangai dia pun tak serupa bikin. Apa yang dia tahu kekayaannya mampu beli kebahagiaannya sendiri sebab itu Aqhif tak pernah kekal dengan seorang perempuan pun. Dia bercinta dan lepas itu putus. Saya pun kadang tak suka juga perangainya sampai saya sempat tak tegur Aqhif tapi..

Lepas dia kenal Yara, perangai Aqhif berubah sangat-sangat. Dia dah tak buat semua perangai lamanya itu. Dia berubah jadi lebih baik. Kerana Yara, Aqhif jadi sekarang ini. Seperti apa yang awak nampak. Gadis itu bawa perubahan yang besar dalam hidup Aqhif. Dia istimewa dalam hidup Aqhif."

Kata-kata Farisha itu masih terngiang-ngiang dalam kepalaku. Sampai saat ini, aku masih terfikirkan perkara yang sama. Nampaknya kehadiran Yara memang buatkan hidup Aqhif berubah 360 darjah.

Aku?

Apa yang aku bawa dalam hidup lelaki itu? Aku cuma beban untuknya. Argh!! Air mataku berbirai jatuh. Kenapa aku perlu terjebak dalam hidup mereka? Dalam kisah cinta Aqhif dan Yara?

"Erm.."

Suara garau Aqhif menyapa kesunyian pada malam itu. Terus aku pusingkan kepalaku ke arah tubuh yang sedang terbaring di belakangku. Air mata yang tersisa di tubir mata aku seka. Terus aku pusingkan tubuhku menghadap Aqhif.

"Aqhif.."seruku perlahan. Wajahnya yang sedang lena tidur aku pandang dengan sebak.

"Siapa sebenarnya dalam hati awak sekarang? Saya.. ataupun Yara?"soalku dalam nada suara seakan-akan berbisik.

Tiada jawapan dan tiada sahutan. Soalanku langsung tak mendapat sebarang respons. Sia-sia. Mana mungkin Aqhif akan berikan jawapan dalam tidur.

Huh!! Aku melepaskan keluhan berat. Wajah Aqhif yang sedang leka tidur aku pandang dengan senyuman kelat.

Aqhif, saya sayangkan awak. Saya nak beritahu awak sesuatu. Dalam hidup saya, awak.. adalah lelaki pertama yang saya cinta dan awak juga saya harapkan menjadi lelaki terakhir dalam hidup saya. Bukan niat saya nak merampas hati awak dari terus sayangkan Yara tapi saya nak awak pahatkan juga nama saya dalam hati awak..

Salah ke permintaan saya itu? Cuma, saya nak ada tempat di hati awak. Itupun sudah cukup, Aqhif..

Pipi lelaki itu tak semena-mena aku belai lembut. Bibirku menguntum senyum nipis.

Tolong, tempatkan saya dalam hati awak. Itu saja permintaan saya sebagai isteri awak, Aqhif..

Tak lebih dari itu..
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now