BAB 44

17.8K 666 5
                                    

Pagi itu aku bangun awal. Ya, akhirnya setelah bersusah payah untuk terjaga daripada tidur. Akhirnya aku berjaya juga bangun awal daripada Aqhif. Nampaknya, ini satu kemenangan untuk aku.

Tengku Qilah akan keluar outstation selama seminggu. Jadi, selama seminggu itulah aku kena menyandang tugas wanita itu. Tugas untuk membersihkan rumah, menjaga anak-anaknya itu dan juga memasak.

Haha!! Takut, takut? Pfft.. aku dah tak takut dah masuk dapur sekarang sebab aku dah cekap mengurus dapur ni. Berkat belajar selama sebulan setengah, aku sudah boleh memasak tutup mata ajeh. Ahaha!!

Bawang besar aku capai lalu aku mulakan sesi potong memotong. Kalau dulu, pegang pisau mau terketar satu badan tapi sekarang.. pegang pisau itu dah rasa macam biasa. Laju dan pantas sahaja aku potong. Hari ini, resipi aku untuk sarapan adalah Mi goreng mamak dan martabak telur.

Tanpa aku sedar, kelibat Aqhif menyinggah memasuki dapur. Bibirnya menguntum senyum tatkala melihat aku sedang leka membasuh mi kuning. Dia berpeluk tubuh sambil menyandar bahu ke dinding.

"Kau nak masak apa pagi ni?" soal Aqhif menghampiriku.

Aku yang tidak menyedari Aqhif, hampir sahaja mahu melatah. Mana taknya, sedar-sedar sahaja kelibat Aqhif sudah berada di belakangku. Aku lihat Aqhif tersengih bila lihat aku terkejut. Kurang asam punya suami.

"Saya nak masak Mi goreng dan lepas itu saya nak masak martabak maggi." jawabku mula menghidupkan api gas.

Aqhif sekadar menganggukkan kepala. Dia berdiri di sebelahku memerhati kan cara aku memasak. Janggal. Ya, itu apa yang aku rasa. Terus semangat aku yang tadinya membara berubah was-was.

Minyak masak aku panaskan. Sesekali itu aku menjeling memandang Aqhif. Ergh.. awkward sangat.  Aqhif sesekali membetulkan lengan kemeja kerjanya selepas itu dia perhatikan aku semula.

Satu persatu bahan masakan, aku masukkan lalu aku gaul. Aroma mi goreng sudah mulai menusuk batang hidung aku dan tak terkecuali juga Aqhif.

"Look tasty."puji Aqhif seperti teruja.

Mendengarkan pujiannya itu, bibir aku terus menguntum senyum. Kalau dipuji suami itu memang hati akan berbunga macam ni ke? Aku seronok.. kerana sudah dipuji oleh Aqhif, suamiku. Semangat aku yang tadi luntur terus membara semula.

Keberadaannya di sisi ku ketika di dapur tidaklah teruk seperti apa yang aku sangka. Dia perhati dan sesekali dia puji cara aku memasak. Nampaknya, dia tak ubah seperti seseorang yang mendorong semangat aku untuk memasak.

Selesai menghidangkan Mi goreng di meja makan, aku kembali semula ke dapur. Tergamam aku apabila melihat Aqhif membantu ku mengiris bawang merah. Bila melihat aku memerhatinya terus dia mengundur setapak ke belakang.

"Buatlah."lembut saja dia menyapa aku.

Terkebil-kebil aku mencapai pisau yang diletaknya itu. Aku sambung kembali kerjanya memotong bawang. Namun tak lama lepas itu, aku rasakan tangan Aqhif menjalar memegang kedua-dua belah tanganku membantu aku untuk memotong bawang.

Aku telan liur. Jantungku yang tadi berdebar biasa terus saja berdegup kencang. Bau haruman tubuh Aqhif menyapa rongga hidungku. Sungguh menghangat kan.

"Kalau potong bawang itu, kau kena teliti. Jangan tekan sangat pisau itu pada bawang." tegur Aqhif lembut. Dia masih ralit menolong tanganku memotong bawang.

Bibirku aku ketap. Tak semena-mena air mataku mengalir. "Saya dah mula sukakan awak, abang Aqhif." bisikku perlahan.

Aqhif yang mendengar samar-samar bisikanku berkerut dahi. Dia terdengar sendu-sedanku dan tak semena-mena Aqhif melepas kan tanganku. Tubuhku dipusing kan menghadapnya.

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now