Bab 14

15.2K 651 9
                                    

Pagi-pagi lagi, aku sudah dengar bunyi bising di dapur. Itu makna nya petanda ibu sedang buat kerjalah tu. Ibu memang selalu akan jadikan rutin memasak breakfast untuk kami setiap pagi. Lagipun, aku ni mana reti memasak. Potong sayur pun masih terkebil-kebil.

Usai sahaja mengemas diri, aku terus bergerak ke dapur. Haruman nasi goreng menusuk batang hidungku. Kecur air liur aku dibuatnya.  Terus aku dekati ibu yang sedang leka mengacau nasi goreng seafood untuk kami anak beranak makan.

"Erm, nasi goreng. Seedappnya!! Ibu tahu tak nasi goreng ibu inilah yang buat Lara sampai termimpi-mimpi tau." ujarku lalu tanganku melingkar memeluk bahu ibu.

Ibu tersenyum aje mendengar apa yang aku katakan. Aku ni anak manja ibu jadi ibu tak kisah. Dia suka sebenarnya kalau aku bermanja dengan dia. Ahahaha..

"Iyalah, Lara. Hmm.. tu tolong ibu ambil mangkuk. Kamu sendukkan nasi dalam mangkuk. Ibu nak pergi buat air kejap." arah ibu usai mematikan dapur gas..

Dengan patuhnya, aku bergegas ke kabinet dapur lalu mencapai mangkuk. Nasi goreng yang masih panas aku sendukkan ke mangkuk yang aku ambil tadi.

Ibu pula sudah mengerjakan tugas membuat airnya. Beberapa kali aku dengar batukan kecil ibu. Sesekali aku jeling ke arah ibu, risau pula aku melihat keadaan nya itu.

"Ibu, petang ni kita pergi klinik eiyh? Lara teman." pujukku yang masih sibuk menyenduk nasi.

Ibu yang membelakangiku sekadar menggelengkan kepala. "Ibu sibuklah. Tak payahlah. Ibu sihat aje." ujar ibu diselangi batuknya yang sudah mulai kuat.

Aku mengeluh kecil. "Ibu, please untuk kali ni aje ibu, to.." belum sempat aku habiskan ayatku, beberapa ketukan di pintu rumah kami buatkan aku terdiam.

Dahiku berkerut. Mataku menjeling ke arah jam dinding. Aik? Siapa pula yang datang pepagi ni? Kawan abang Paroq ke?

"Lara, pergi buka pintu tu kejap." pinta ibu masih membelakangi aku.

Aku mengangguk. Langkah kakiku aku atur ke ruang tamu. Aku meninggalkan ibu seorang diri di dapur.

Di dapur, Puan Wahidah, ibu Lara menekup mulutnya sambil batuk kecil beberapa kali. Buka sahaja tangannya, dia lihat terdapat darah. Cepat-cepat Puan Wahidah mencuci tangannya. Kepalanya yang sakit dipegangnya. Dia cuba kuatkan diri. Huh..

Buka sahaja pintu, aku lihat tidak ada sesiapa. Kepalaku aku pusing ke kiri dan kanan sehinggalah tiba-tiba seorang makhluk Allah ni terus melompat depan aku. Bukan main gamak lagi, aku terkejut. Cepat-cepat aku istighfar.

"Farish? Kau.. kau buat apa kat sini?" soalku sudah terkedu saat melihat lelaki itu sudah ada di hadapanku.

Lelaki itu menyungging sengih. Matanya ralit menatap wajahku. "Nak jumpa Lara lah. Erm.. taknak ajak masuk ke?" pintanya. Sesekali dia menjeling ke dalam rumahkh.

Aku ketap bibir. Geramnya! "Tak boleh. Pergilah balik. Pagi tahu tak?"gertakku dalam nada berbisik. Takut-takut kalau ibu dengar.

"Siapa tu, Lara?" akhirnya suara ibu menyapa. Ibu menghampiri ku.

Aku sudah menepuk dahi. Matilah nak. Aku jengilkan mataku pada Farish yang sudah tersengih-sengih minta kaki. Nahas kau Farish, aku kerjakan.

"Hai, mama Lara. Saya Farish, kawan istimewa Lara." ujarnya mengenalkan diri pada ibu.

Terus aku memukul lengannya. Minta kakilah mamat ni. Bila masa pula aku jadi kawan istimewa dia ni? Berkawan pun aku tak mahu.

Ibu disebelahku sudah tertawa kecil. Sempat lagi, ibu menyiku-nyiku lenganku. Nampak? Tak fasal-fasal ibu salah faham. "Dah pandai anak ibu sekarang ni." usik ibu membahan aku.

Aku buat muka jengkel. "Taklah bu. Dia junior Lara masa universiti dulu. Entah kenapa tetiba aje boleh sesat datang sini." keluhku sempat memberi jelingan maut pada Farish.

"Masuklah, kenapa biarkan dia berdiri kat luar itu. Alang-alang boleh sarapan sekali." jemput ibu.

Baru sahaja Farish mahu membuka langkah masuk ke dalam rumah. Aku terus halang dia sambil depakan tangan. Farish buntang mata.

"Apa?"

"Kau ni ibarata datang tak dijemput, pulang tak dihantar tau? Pergi balik. Sibuk aje." tengkingku geram.

Farish buat muka duckfacenya. Kau fikir comel ke, selenga? Dia sudah alihkan matanya pada ibu. "Mama Lara, tengok Lara ni. Dia tak bagi Farish masuk."adunya pada ibu.

Ihh, gatal telinga aku bila dengar dia keluarkan suara manjanya itu. Terus aku kerling ke arah ibu yang sudah berpeluk tubuh memandang aku. What? Ibu berpihak pada selenga ni?

"Lara..jangan buat macam itu.Dia tetamu kita." ibu beri amaran kepadaku.

Aku mengetap bibir. Mataku menjeling ke arah Farish. Terus aku berpeluk tubuh lalu menyeret tubuhku ke tepi sedikit.

Dengan senang hatinya, Farish masuk ke dalam rumah. Aku sudah menghentak kaki. Arghhh!! Stress betul aku dengan mamat ni. Dahlah orang kaya tapi datang merempat rumah aku ni. Apa ke halnya, budak?!

"Lepas makan ni, keluar cepat eiyh.." ujarku membuntutinya di belakang. Kami bergegas ke meja makan.

"Mama Lara.."dia panggil ibu.

"Lara..apa cakap macam itu." ibu jadi tukang back up mamat sengal itu.

Aku mendengus geram. "Yalah."
...
Selesai menikmati sarapan, aku terus membantu ibu mengemas meja makan. Farish dan Paroq pula sudah melepak di ruang tamu. Farish ni satu hari aje kenal-kenal abang, diorang dah boleh jadi member.

Hmm... lelaki lah katakan. Bagi satu jam berdua. Dari tak kenal, jadi member dunia akhirat. Padahal tadi, abang Paroq baru aje buka topik bola. Mentang-mentanglah sokong group sama. Erghh!!

Selesai aku membasuh pinggan, aku mengatur langkah masuk ke bilik. Malas nak merempat dengan para lelaki itu. Panas aje hati aku bila ada Farish depan mata. Bukannya aku tak tahu, sejak makan tadi mata dia tak henti-henti memandang ke arahku. Jadi, tak selesa.

"Taknak layan kawan istimewa ke, Lara?"berdesing telinga aku apabila dengar kata-kata abang Paroq.

Terus mereka berdua ketawa berdekah. Eh-eh, melebih pulak mamat ni. Panas aje telinga aku dengar. Nak kenakan aku pula sekarang ni?

"Sorry okey, berkawan pun kita tak ya, encik Farish." bidasku dengan nada memerli.

Farish menarik senyum. "Janganlah segan. Abang awak dah buka hati untuk terima saya jadi bakal adik ipar. Lara bila lagi nak terima saya jadi bakal suami?" buntang mata aku bila dengar pickup line lelaki itu.

Watdehek? Aku terus jeling pada abang. Pandailah pula dia mengelak dari bertemu mata aku yang membunuh ni.

"Ih, mengadalah. Huh!!!" dengusku geram. Dengan kasarnya, aku selak langsir bilikku lalu aku hempaskan pintu bilikku.

Dari dalam bilik, aku dengar mereka ketawakan. Tak guna punya, jantan!

"Mari bakal abang ipar, kita tengok tv3. Ahaha." aku dengar sayup-sayup suara Farish. Ni rasa nak lempang ni.

"Marilah bakal adik iparku." abang Paroq menyahut.

Eh-eh. Boleh jadi gila aku kalau melayan karenah diorang ni. Lebih baik, aku tidur.
...

Happy New Year..
Wiiiiii!!!
Unofficially will geting old..
Thanks for reading my third story. Hope you guys enjoy the story =)

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now