Bab 28

14.8K 662 3
                                    

Abang Paroq disebelahku sudahpun mengurut belakangku meminta aku untuk tidak terus menangis. Namun aku tak boleh. Aku bukannya setabah seperti abang Paroq. Dia lelaki dan aku perempuan. Jiwa dan rasa kami berbeza. Walaupun aku dan dia adalah adik beradik, tak bermakna aku boleh berlagak tabah seperti dia.

Sudah dua jam kami menunggu di luar. Kahabr berita dari dalam wad kecemasan pula masih belum berkunjung tiba. Itulah yang makin membuatkan air mataku makin luruh. Aku taknak ada apa-apa yang terjadi pada ibu. Dia.. aku masih perlukan dia selepas aku kehilangan Yara.

Janganlah,please.. aku tak mahu kehilangan dua orang yang aku sayang dalam masa yang singkat. Walau apapun, ibu perlu bertahan hidup. Tolonglah, bertahan hanya untuk aku.

"Sudah, jangan nangis. Abang pasti yang ibu takkan apa-apa." abang Paroq cuba untuk menyedapkan hati aku walaupun kenyataannya dalam hati juga dia sudah resah.

Aku mengesat air mataku kasar lalu aku tekup wajahku semula. Tak boleh. Aku tak boleh untuk berhenti menangis.

"Lara taknak ibu pergi. Lara taknak!!" ujarku dalam nada sebak.

Kali ini abang Paroq mengeluh perlahan. "Janganlah cakap macam itu. Kita doa aje yang baik-baik, okey?!" soal abang Paroq cuba ajak berbincang.

Soalannya langsung aku tak sahut. Aku masih menangis di sebelahnya. Akhirnya abang Paroq diam. Fahamlah itu, dalam keadaan kritikal begini.. bercakap bukannya jalan yang bernas untuk menghilangkan resah.

Beberapa minit kemudian, akhirnya seorang doktor berbangsa melayu keluar dari wad kecemasan. Aku dan abang Paroq sama-sama mendekati doktor berjantina lelaki tersebut. Wajah kami berdua dipandang nya silih berganti.

"Kamu berdua ni ahli keluarga pesakit ke?" soal doktor tersebut menuding ibu jari ke arah kami berdua.

Segera kami berdua mengangguk kan kepala. Air mata yang tadinya bergenang aku kesat kasar.

"Macam mana keadaan ibu kami, doktor? Dia baik-baik saja kan?" soal Paroq sudah resah. Tadi, dia sendiri yang cakap suruh bertenang. Nampak? Hati lain daripada apa yang dikata..

Aku di sebelah juga turut sama ingin tahu. Wajah bersih doktor itu aku pandang penuh tekun.

Terdengar satu keluhan berat dilepaskannya. Okey, dengar macam ada something wrong di situ. Aku sudah berkerut dahi. Tolonglah, jangan bagi sign macam itu..

"Boleh saya tahu, siapa lagi tua antara kamu berdua?" soal doktor tersebut.

Segera abang Paroq angkat tangan. "Saya."

"Boleh kamu ikut saya sekejap? Ada benda yang saya nak bincangkan sikit dengan kamu. Adik awak boleh tunggu di ruang menunggu." ujarnya mengerling ke arahku.

Setelah meminta izin untuk pergi, abang Paroq menuruti langkah doktor tersebut ke pejabat yang terletak tidak jauh dari wad kecemasan..

Aku mengeluh kecil. Perasaan aku jadi tak sedap. Tak semena-mena aku merapati pintu sedikit dan aku intai dari celah tingkap kecil yang sedikit terbuka. Sebak dadaku bila melihat sekujur tubuh ibu terbaring dengan mesin hospital di sekelilingnya. Wajah ibu nampak sangat tenat.

"Lara.."

Dahiku berkerut bila suara garau menyapa gegendang telinga. Terus aku alihkan mataku ke sebelah kiri. Hampir terlopong aku bila lihat kelibat Aqhif sudah ada depan mata.

"Abang Aqhif? Ab.. abang buat apa kat sini?" bukan main gamak lagi aku terkejut.

Tak menyangka lelaki itu akan datang ke hospital ini. Nak cari akh ke? Ke, sekadar terserempak gitu-gitu sebenarnya?

Aqhif mengetap bibir. Dia mengerling ke arah pintu bilik kecemasan. "Macam mana keadaan ibu kau, dia okey?" soal Aqhif.

"Ma-macam mana abang tahu ni? Siapa beritahu?"

"Erm.. orang kampung beritahu aku yang kau pergi hospital. Ibu kau tak apa-apa?" soal Aqhif dalam nada risau.

Aku sekadar menjungkit bahu. Buat masa sekarang, kesihatan ibu itu masih belum diketahui lagi. Sekarang, cuma tunggu abang Paroq untuk jelaskan semuanya.

Lama kami berdua berdiam diri. Masing-masing terasa janggal. Namun kejanggalan itu hanya dirasai oleh Aqhif dan bukannya aku.

"Tapi.. kenapa abang datang kampung?"

"Aku cari kau."

Aku sudah berkerut dahi.
"Untuk apa?"

Kali ini, soalan aku langsung tak dibalas dengan jawapan. Aqhif hanya mengeluh kecil. Sesekali dia intai ke dalam wad melihat ibu.
...
Wajah ibunya dan Lara dipandang silih berganti. Akhirnya, satu keluhan berat dilepaskan oleh Paroq. Berat betul kepalanya sekarang ni.

"Bagaiman keadaan ibu saya, doktor? Dia okey ke?" Paroq cuba bertanya dalam nada tenang. Walaupun jiwanya sudah kusut sebenarnya.

Doktor yang mengambil tempat di hadapan Paroq hanya mengeluh lemah. Wajah Paroq dipandang nya serba serbi.

"Boleh saya tahu kenapa encik lambat ambil tindakan?"soal doktor tersebut memandang serius pada Paroq.

Kali ini dahi Paroq sudah berkerut seribu. Tak cukup pantas lagi ke usahanya itu. Rasanya dia sudah pecut tahap ekstrim kereta kancilnya itu. Melebihi had pemanduan normal.

"Maksud doktor, saya.. lambat bawa dia ke sini ke?"soal Paroq sudah terkebil-kebil. Dia masih tak faham.

Doktor muda itu sekadar menggelengkan kepala. "Itu bukan maksud saya. Encik tahu tak, ibu encik dah tahap kritikal? Dia menghidap darah beku pada otaknya. Kemalangan kecil ini dah rosakkan separuh dari fungsi otak ibu encik. Kami tak boleh nak buat apa-apa." ujar doktor tersebut dalam nada tegas.

Terpana Paroq dibuatnya. Sungguh, kepala lututnya sudah mulai longlai. "Da.. darah beku?"

Doktor tersebut menganggukkan kepala. "Sepatutnya, kemalangan ni tak beri efek yang kuat pada pesakit tapi disebabkan kehadiran darah beku itu, saya.. hmm.. saya tak pasti berapa lama lagi ibu encik boleh bertahan. Maafkan kami encik, memang untuk masa sekarang.. kami tak boleh nak buat apa-apa. Sebarang prosedur pembedahan pun langsung tak dapat menjamin berapa peratus untuk ibu encik dapat pulih." jelas doktor tersebut dengan nada lemah.

Pelipis matanya diurur perlahan. Kepalanya sudah terasa berat. Entah bagaimanalah dia mahu cerita pada Lara. Tadi, dia terpaksa membohongi adik kandungnya itu. Dia putar belitkan fakta.

Kerana itulah, Lara dapat tidur dengan selesai di birai katil ibu mereka. Sekurang-kurangnya, dia tak nampak kesedihan Lara untuk seketika. Bagaimanalah reaksi adiknya itu setelah dapat tahu bahawa umur ibu mereka takkan panjang?

Kasihan. Dia kasihan pada Lara. Setelah kehilangan Yara, sekarang Lara terpakda menanggung perit untuk kehilangan ibu pula. Hmm..
Terfikir fasal Yara, Paroq mengeluh perlahan. Gadis itu, adalah gadis yang sangat dia cinta. Tanpa pengetahuan sesiapa, mereka sempat bercinta namun hanya untuk seketika. Namun bagi Paroq, itulah detik teristimewa.

Paroq menggumam. Namun semuanya sudah berlalu. Yara sudah jadi kenangan dalam hidupnya. Walau dia menangis air mata darah sekalipun, gadis itu takkan pernah kembali.
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now