Bab 26

16K 644 6
                                    

Di ruang tamu, suasana yang hening sedikit membelengu mereka berdua. Hanya bunyi air-cond sahaja yang kedengaran. Mood serius untuk malam ini.

Aqhif menghulurkan surat tersebut kepada Tengku Qilah untuk dibaca. Wanita itu yang pada mulanya hairan akhirnya mencapai juga surat tersebut lalu dibukanya.

Wajah ibu kandungnya itu dipandang dengan perasaan serba serbi. Betul seperti apa yang ditebaknya. Tengku Qilah menunjukkan ekspresi terkejut saat membaca surat tersebut.

"Siapa Lara ni?" soal Tengku Qilah mengalihkan pandangannya pada Aqhif.

"Dia kawan lama Yara."

"Jadi, Aqhif dah kenal siapa dia Lara?" soal Tengku Qilah mahu tahu lebih mendalam.

Terkejut juga dia saat membaca surat itu. Inilah wasiat yang tak pernah dibuat orang. Hmm.. mungkin ketika itu Yara serba salah kerana terpaksa tinggalkan Aqhif sendirian jadi dia mahukan seseorang untuk gantikannya bila dia sudah tiada tapi.. yup, masih tak masuk akal.

"Kenal itu memang kenal. Tapi.. Kenal macam itu aje lah." balas Aqhif dengan nada serba-serbi.

Tengku Qilah menganggukkan kepala. Surat itu dilipatnya lalu diletakkan di atas meja. Dia sudah bersilang kaki sambil metanya difokuskan pada anak terunanya itu.

"Jadi, sekarang Aqhif nak buat apa?" soal Tengku Qilah.

Aqhif hanya mampu jungkit bahu. Sejak semalam lagi, dia sudah mencanang idea namun masih tak mengunjung. Tak mungkinlah dia mahu berkahwin dengan Lara. Kenal pun tidak.. macam mana nak kahwin kalau macam itu?

Seorang lelaki memilih seorang isteri adalah untuk memiliki dan juga bahagia, mengisi kekosongan hati namun kalau dia pilih Lara.. hmm.. bagaimana dia mahu belajar mencintai? Bagaimana dia mahu bahagia? Kalau isterinya itu langsung tak menjentik rasa cintanya?

"Aqhif pun tak tahulah nak buat macam mana sekarang. Aqhif dah betul-betul buntu." ujarnya sudah menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Tengku Qilah mengetap bibir. Masalah yang Aqhif hadapi ketika ini benar-benar serius. Boleh nampak betapa serabutnya Aqhif ketika ini.

"Aqhif dah jumpa dengan Lara bincang fasal benda ni? Apa yang dia kata?"

"Dia kata dia masih fikirkan lagi fasal hal ini. Aqhif tak rasa yang dia akan setuju untuk teruskan benda ni."keluh Aqhif dalam nada mendatar.

"Mama pun akan buat benda yang sama kalau mama jadi Lara. Takkan mungkin mama nak kahwin dengan seorang lelaki yang mama sendiri pun tak kenal kan?" celah Tengku Qilah.

Aqhif mengetap bibir. "Jadi, apa cadangan mama?"soalnya.

Tengku Qilah mengeluh kecil. Sekali lagi surat itu dibeleknya untuk kali terakhir. Terkejut juga dia bila baca isi kandungan surat itu.

Pasti ada sebab lain kenapa Yara beria sangat meminta Lara bersama dengan Aqhif. Tiba-tiba kepalanya teringatkan fasal Yara.  Sungguh tak menyangka, Tuhan menyayangi lebih daripada yang lain.

Gadis itu seorang yang baik dan peramah. Tengku Qilah pun gembira bila bersama Yara. Walaupun sakit, gadis itu masih tabah menjalani hidup sehari-harinya. Apa yang Yara mahukan adalah orang sekelilingnya bahagia tapi kenapa gadis itu mahu satukan Lara dengan Aqhif pula?

"Hmm.. mama rasa ini suatu wasiat daripada arwah Yara. Kalau dia dah wasiatkan sesuatu, kita tak boleh nak tolak. Nak tak nak, kita kena ikut juga." ujar Tengku Qilah memandang kedua-dua anak mata Aqhif.

"Jadi, mama nak cakap Aqhif kena juga kahwin dengan Lara ke?"

Tengku Qilah mengeluh perlahan. "Nak tak nak, kena jugalah." balas Tengku Qilah.
...
Pemandangan yang serba indah itu aku pandang dengan perasaan kosong. Apa yang dibincangkan dengan Aqhif tadi benar-benar buatkan tidur petang aku jadi tak tenang. Al-kisahnya, sampai ke malam aku tak dapat nak tidur.

Kenapa? Kenapa Yara boleh terfikir untuk satukan aku dengan tunang dia? Maksud aku.. tunang kot. Bukannya boyfriend. Hmm.. dia tak cemburu ke? Dia tak sakit ke kalau satukan aku dengan Aqhif tu?

Mungkin Yara memang tak waras. Yurp, orang waras takkan fikir segila itu. Dia fikir aku tak boleh jaga diri sendiri ke? Aku boleh.. yurp.. selama ni aku boleh hidup sendiri. Cukup ada ibu, abang Paroq dan juga.. huh, aku mengeluh perlahan. Yara juga elemen penting dalam hidup aku.

Tanpa dia mungkin zaman sekolahku tak seindah itu. Gadis itu hadir menyuntik semangat persahabatan dalam hidup aku. Aku mengeluh kecil. Kawan? Selama aku berkawan, banyak dah jenis kawan yang aku jumpa. Kawan jenis tikam belakang, kawan makan kawan, kawan penipu, kawan acah-acah alim dan sebagainya.

"Lara, aku taknaklah kawan dengan kau." termangu aku bila dengan Wawa kata begitu.

Aku yang ketika itu sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah terus terpaku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba saja wawa kata begitu. Terus, mood aku jatuh.

Wawa adalah kawan baik aku sejak darjah lima sampai tingkatan tiga. Dia seorang yang pandai dalam kelas dan boleh dikatakan popular. Itupun popular selepas dia pakai braces (nak ikut trend).. Bila dia dah semakin popular, mulalah hubungan kami jadi renggang.

Aku pula jenis yang suka kutuk belakang budak-budak glamour ni. Namun, kutuk-kutuk pun, nama Wawa tak pernah tersenarai dalam senarai orang yang dikutuk oleh aku. Sebab, aku adalah kawan baiknya.

"Ke-Kenapa kau cakap macam itu? Kenapa tiba-tiba ni?" hamburku yang sudah berkerut dahi.

Wawa mengeluh kecil. Dia mengibas-ngibaskan tangannya. Serupa budak gedik yang paling aku menyampah. Namun aku sabarkan aje, tak apalah.. dia kawan aku.

"Erm.. I think yang kita ni dah macam tak sesuai sangat nak jadi kawan. Hmm.. salah kau juga tak nak berubah." ujarnya dengan lenggok minta kakinya itu.

Aku berkerut dahi. "Maksud kau?"

Wawa mendengus kecil. "Haih, look at you, Lara and compare with me. Kita dah berbeza. Bila aku ajak keluar, kau tak nak.. bila aku ajak lepak, tak nak. Mana kau bila aku perlukan kau? Huh, selfish." keluhnya dalam nada sinis.

Buntang mata aku bila Wawa kata aku pentingkan diri. "Apa masalah kau sebenarnya? Kau sendiri pun tahukan aku macam mana?! Baru sekarang kau nak ungkit tu kenapa?" gertakku marah.

"Senang cerita macam nilah, aku taknak kawan dengan kau sebab kau tak popular. Kau taknak berubah. Now, the popularity is the main subject. Hmm.. then, kau taknak berubah, so.." belum sempat Wawa menghabiskan ayatnya.

Aku sudah tersengih sinis. "So, you can go die with your popularity. Dah boleh kot, buang aku dari hidup kau, sebab bagi aku.. kau dah tak wujud dalam hidup aku." balasku dengan nada tenang namun terselit makna yang mencengkam.

Kerana persahabatan aku yang kelam, aku lupa nikmat berkawan itu macam mana. Selepas aje kes Wawa Gediks itu, aku anggap semua orang,orang biasa. Tak rapat sangat kalau boleh aku nak seorang diri. Adalah juga dua tiga orang aku kawan, tapi cenggitu-cenggitu ajelah. Malas nak ramah sangat.

Namun kehadiran Yara, buatkan pengalaman memiliki sahabat baik itu sesuatu yang bernilai. Selama aku berkawan dengan dia, susah senang kami adalah bersama. Tak kiralah perit letih, Yata tetap ada di samping aku kerana baginya di mana ada Lara, di situ wajib ada Yara. Bila terkenangkan semua itu, bibirku menguntum senyum kelat.

Sekarang, semuanya dah berubah. Yara sudah pergi tinggal kan aku dan semua orang yang sayangkan dia. Bagi aku, cukup lah kalau dia dapat hidup tenang di sana.

Saranghae, Yara!
...


Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now