Bab 50

20.6K 665 7
                                    

Satu persatu gaun panjang aku padankan pada tubuhku. Susah betullah kalau banyak sangat pilihan ini. Ada aje yang lagi cantik dari pilihan. Awal-awal tadi, baru terfikir nak pakai jubah hitam yang kosong aje tapi bila mata aku terpandangkan gaun lengan panjang berwarna maroon buatkan aku ada pilihan yang kedua pula. Argh!! Stressnya.

Hari ini, Aqhif nak bawa aku ke majlis pernikahan kawannya. Dia ada sebut nama kawannya itu tapi, aku lupa pula namanya. Adalah penghujung namanya serupa '.. wan-wan' gitu. Azwan? Afwan? macam itulah.

Bunyi jirusan air pancur dari bilik mandi yang tadinya menjadi suara latar dalam bilik terus mati. Dan, menandakan si Aqhif itu sudahpun siap membersihkan diri.

Habislah. Satu apa pun aku tak siap lagi. Baju tak pakai lagi, rambut aku yang masih basah pun aku tak keringkan lagi. Huh, kalau Aqhif nampak aku macam ni confirm dia marah. Dia nak cepat tapi aku still lagi terhegeh-hegeh nak mencari baju.

Pintu bilik air terbuka dan kelibat Aqhif bertuala paras pinggang itu sempat aku kerling. Namun, cepat-cepat aku larikan. Argh.. pelik betul aku ni. Walaupun sudah berbulan juga aku menjadi isteri kepada Aqhif namun aku masih segan bila lihat dia sebegitu. Hmm.. pfft.. baiknya mata aku ni.

"Tak siap lagi?"mendatar saja dia berkata. Tak marah ataupun apa. Lebih kepada perli aku jugalah bunyi nya.

Terus aku jeling kepadanya. Soalan nya itu aku tak balas. Aku biarkan tanpa jawapan. Aku masih ligat padankan kedua-dua gaun itu pada tubuhku. Stress betul kalau buat pilihan terbaik ni.

Tanpa aku sedar, mata Aqhif mencuri-curi pandang padaku. Bibirnya mengukir sengih perli. Dengan keadaan bertuala begitu, dia berpeluk tubuh sambil menggeleng kan kepala. Perempuan, sooo... complicated, getusnya dalam hati.

Tak semena-mena, Aqhif mengatur langkah merapatiku. Tergamam aku apabila dia berdiri di hadapanku dengan keadaan sebegitu. Nasib baik tak gugur jantung aku dibuatnya.

"Just choose it by a simple way."ujar Aqhif lalu kedua-dua belah tangannya merampas gaun yang aku pegang.

Satu persatu gaun dan jubah itu dia padankan pada tubuhku. Jubah hitam plain itu dia padankan pada aku lalu dia gelengkan kepala. Nope. Buang. Gaun maroon juga dia padan kan pada tubuhku, itu juga mendapat kata tidak daripada dia. Nope. Still dia baling gaun itu ke tepi.

"Habis itu, abang nak saya pakai yang mana?"soalku sudah berkerut dahi. Semua tak kena.

Aqhif meleret senyum makna. Dia mengatur langkah merapati wardrobe ku lalu tangannya laju menyisihkan baju-baju yang tergantung dalam almari pakaian ku itu.

"Ini.." sehelai gaun berwarna ungu, maroon dengan manik-manik kecil menghiasi pinggangnya itu ditarik lalu ditunjukkan pada aku.

Aku sudah angkat kening. "Kenapa yang ini?" soalku berpeluk tubuh. Tak puas hati jugalah.

Aqhif tersengih. Dia merapatiku semula. Gaun yang menjadi pilihan nya itu digantungkan pada lenganku.
"Pakai yang ini sebab aku pun pakai baju warna yang sama. Okey? Biar kita sedondon." ujarnya memandang anak mataku.

Setelah itu, dia pergi macam itu aje. Berkerut juga dahiku. Biar kita sedondon? Haaa.. hmm.. macam something sangat.
...
Dewan Hotel Darius Heaven itu aku jejaki. Terpaku juga aku untuk seketika apabila melihat kemewahan majlis yang berlangsung. Sangat meriah dan juga mewah. Advance.

Kebanyakan tetamunya aku dapat agak dari kalangan berada. Nampak nya kawan Aqhif ni bukannya calang- calang. Mesti anak orang kaya, sebab itulah dia dapat buat majlis semewah ni.

"Kagum ke? Hahah.. kita punya perkahwinan sebenarnya lagi advanced dari yang ini." ujar Aqhif apabila melihat wajah terpegun aku itu.

Terus aku mengerling pada Aqhif. Segan juga bila dia kata macam itu. Okey, fine. Kami punya majlis memang lagi mewah tapi waktu itu, disebabkan aku kecewa sangat.. tak nampak advanced dan kemeriahan nya itu kerana waktu itu aku sedar.. perkahwinan itu atas dasar wasiat daripada Yara dan bukannya kerana hati.

"Ha.. baru sampai? Aku dah jadi suami orang dah pun, baru muncul?" sapa seorang lelaki. Dari cara pakaian pun aku dapat agak, yang lelaki ini adalah pengantinnya.

"Sorry lambat. Jammed tadi."

"Silly reason lah, bro." perli lelaki itu. Matanya tak semena-mena beralih kepadaku. Sebingkis senyuman diberikannya pada aku. Serta-merta aku balas.

"Isteri Aqhif, Lara Batrishah kan?" duganya menunjuk ke arahku.

Aku mengangguk perlahan. "Ya, saya. Selamat pengantin baru." ucap ku memberikan tundukan hormat kecil.

"Mana isteri kau?"soal Aqhif meliar kan pandangan mencari kelibat isteri Syafwan.

"Ada aje tadi. Lepas si Farisha itu datang, dia terus bawa lari bini aku. Tak menyempat aku nak berdua dengan wife aku itu." adunya dalam gurau.

Aku yang mendengar kata-kata Syafwan itu tertawa kecil. Kelakar juga kawan Aqhif ni. Bukannya orang bawa lari pun bini dia itu, gedik betul. Aqhif juga turut ketawa dengar aduan kebudak-budakan Syafwan itu.

"Awal Farisha itu datang. Selalunya dia lah yang paling lambat kan?" sampuk Aqhif. Kata-kata Aqhif disambut tawa oleh Syafwan. Aku disebelah Aqhif hanya senyum. Tak kenal siapa Farisha itu.

"Amboi, seronok korang bahan aku? Patutlah, time aku minum air tadi.. aku tersedak."suara serak-serak basah itu mencelah dari arah belakang kami bertiga.

Serentak itu, kami bertiga memusingkan tubuh ke belakang. Aku lihat kelibat dua orang gadis yang boleh kira sebaya denganku. Seorang gadis berambut panjang ikal dan seorang lagi gadis bergaun pengantin bertudung labuh.

Wajah gadis berambut panjang ikal itu aku pandang sejenak. Rasanya aku macam pernah nampak muka dia. Erm..

"Bukan bahan lah. Yalah, kau kan selalu lambat." usik Syafwan. Sempat dia menarik isterinya ke sisi. Hmm..tak boleh nak berjauh langsung gayanya.

"Erm, whatever.."ujarnya dalam nada malas nak melayan. Ekor matanya mengerling ke arahku.

Tak semena-mena perhatiannya mati pada aku. Bibirnya tak semena-mena mengukir senyum penuh makna. Setelah itu, dia larikan pandangannya pada Aqhif disebelah ku.

"This is your wife kan, Aqhif? Lara Batrishah?"soalnya.

Aqhif memandangku untuk sejenak. Serta-merta Aqhif memaut pinggangku lalu menarikku merapatinya. Tergamam? Aku memang tergamam. Kaku habis. Segan pun ada juga.

"Yes, she's my wife."jawab Aqhif.

Gadis itu sekadar tersenyum bila melihat tindakan Aqhif. Dia terus menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan. Aku terus menyambut hulurannya.

"Selamat berkenalan. Saya Farisha, kawan satu sekolah dengan suami awak, Aqhif."mulanya dengan sebingkis senyuman.

Entah kenapa, aku rasa aku macam pernah nampak muka dia sebelum ni. Hmm.. erm.. Tak semena-mena imbasan fikiran di cafe menerjah kepalaku. Ya, dialah. Dialah gadis yang aku nampak bermesra dengan Aqhif sewaktu di cafe itu.

Terpana aku untuk seketika. Kalau betullah dia perempuan itu, makna nya dia ada scandal dengan Aqhif. Terus aku kaku. Bibirku cuba aku gagahkan untuk senyum. Ekor mataku menjeling ke arah Aqhif yang kelihatan yang setia dengan senyuman.

"La-Lara Batrishah, isteri Aqhif."aku kenalkan juga diriku.

"Nice to meet you." mesranya.

Aku hanya tersenyum nipis. Yeah, nice to meet you too.
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now