Bab 41

18.5K 730 5
                                    

Bangun sahaja pagi itu, aku lihat kelibat Aqhif sudah tiada di atas katil. Tak semena-mena aku menguis mataku. Argghhh, mengantuknya.

Terus aku membalut tubuhku menggunakan selimut lalu aku bawa diri ke bilik air. Nak bersihkan diri dan bersiap untuk sarapan. Perut pun dah lapar. Erm.. erm..

Aku menuruni anak tangga satu persatu, seperti apa yang aku tebak. Aku lihat Aqhif, Tengku Qilah dan juga Zafriq sedang bersarapan di meja makan. Bibirku menguntum senyum.

Bau aroma mihun goreng menusuk batang hidungku sekaligus mencabar seleraku pagi itu. Terus aku mempercepatkan langkahku ke meja makan dan terus melabuhkan punggung bersebelahan Aqhif.

"Erm.. sedapnya ma. Jarang dapat makan mihun macam ni. Luar nampak sedap, bila makan mesti lagi sedap."pujiku sambil menyendok mihun tersebut ke pingganku.

Aku dengar Aqhif mengeluh kecil. "Makan ajelah. Tak payah nak banyak cakap."leternya yang ketika itu sedang menikmati sarapan paginya.

Terus aku ketap bibir. Dia yang duduk di sebelahku terus aku pandang. Geram betul. Aku tak cakap dengan dia pun, kenapa sesuka hati dia nak sibuk. Mulut aku suka hati akulah.

Aqhif yang berpakaian kemeja itu langsung tak pedulikan aku. Dia masih terus menikmati sarapannya. Huh!! Sabar ajelah, Lara..

"Lara.. kenapa dengan leher kamu itu. Merah-merah itu.."tegur Tengku Qilah yang tanpa aku sedari, dia asyik membelek leher jenjang ku.

Aku dan Aqhif sama-sama terpana. Terus Aqhif alihkan matanya ke leherku. Pipiku juga sudah menebal merah. Habis!! Argh!! Aku rasa nak menjerit. Malunya. Segan!!

Rasanya tadi, aku dah tutup guna foundation. Still nampak lagi ke? Aih, tajam betul mata Tengku Qilah ni. Aqhif sudah membetulkan rambutku supaya menutup bahagian merah yang berbekas di leherku.

Aku pula? Aku sudah kaku. Argh!!! Malu, segan dan aku rasa aku nak lari dari rumah ni.

"Tak ada apa-apalah ma. Biasalah. Lara ni suka menggaru. Tak ada nyamuk pun, tergaru-garu." dalih Aqhif bagi pihak aku.

Tengku Qilah sudah berkerut. " Iye ke, Aqhif? Pelik betul tandanya itu. Merah macam kena gigit aje, mama tengok."

Allah, sudah-sudahlah tu Tengku Qilah! Jangan diperhatikan lagi leher aku ni. Pipiku sudah membahang. Hilang terus selera aku untuk menikmati sarapan pagi. Malu punya fasal.

"Tak adalah, ma. Kesan garu kan itu?" Aqhif masih cuba untuk kelentong mamanya. Aku disebelah Aqhif sudah terdiam.

Aku lihat bibir Tengku Qilah meleret senyum senget. Haih, nampaknya dia dah faham tanda merah itu sebab apa. Perbincangan itu berakhir begitu sahaja.

"Jangan nak tipu mamalah, Aqhif. Mama tahu puncanya itu." sakat Tengku Qilah dalam nada mengusik.

Aku sudah tunduk segan manakala Aqhif pula sudah mengurut pelipis matanya. Aih, kat mana silap aku tadi? Tak cukup tebal ke aku tutup tadi? Aih, bengapnya kau, Lara!

Tak fasal-fasal, kau dengan Aqhif dapat malu. Haih!! Sabar ajelah. Aku kerling Aqhif, Aqhif jeling aku. Sorry Aqhif, tak dapat nak  bantu.

"Abang Aqhif lah tu yang buat. Dia kan tak suka akak Lara lepas itu dialah yang gigit kak Lara." spontan suara Zafriq mencelah.

Makin membahang pipi aku. Warghh!!! Sumpah, aku rasa nak keluar rumah saja sekarang ni. Tengku Qilah sudah galak ketawakan aku dan Aqhif.

Aqhif pula spontan saja menekup mulut Zafriq.  Dia pun segan juga sebenarnya.
....
Pusat membeli belah itu semakin sibuk dengan pungunjung yang datang dan pergi. Memandangkan hari ini hari persekolahan, maka tak ramai sangat pelanggan hari ini.

Dua tiga kali pusing aku dalam pusat beli belah tersebut. Banyak betul barang yang dibeli Tengku Qilah. Dari baju sampailah ke kasut, semuanya ada. Gelang dan rantai pun sekali.

Butik yang dikunjungi Tengku Qilah pun bukang calang-calang. Pandora, Channel, LV dan beberapa butik mahal dijejakinya. Aku pula hanya menemani.

"Lara, kamu pilihlah mana yang kamu suka." ujar Tengku Qilah setibanya kami di butik Pandora. Aku telan liur. Pi-pilih?

Tengok harga pun, aku sudah kecut perut. Kalau beratus tu boleh lah lagi tapi harganya mencekik darah berpuluh-puluh ribu ringgit. Senak perut aku dibuatnya.

"Kenapa mama suruh Lara pilih? Lara tak pandai nak memilih barang-barang macam ni, ma." ujarku.

Tengku Qilah mengeluh kecil. "Lara jangan risau, semua ni biar mama yang tanggung. Kamu cuma pilih mana aje yang berkenan di hati." wanita itu masih mendesak aku untuk buat keputusan.

Aku mengalah. Rantai dan gelang-gelang yang terhidang di balik kaca-kaca itu aku pandang satu persatu. Semuanya berkilauan. Tipulah kalau aku tak rambang mata. Kalau aku berharta, memang semuanya akan aku kebas tapi.. sekarang ini aku adalah sebaliknya..

Satu persatu rantai itu aku perhatikan. Sehinggalah mataku tertumpu pada seutas rantai berwarna keputihan. Aku telan liur bila lihat harganya. Mak Aih!! RM47 000++.

Tengku Qilah yang sedari tadi asyik ralit perhatikanku mengukir senyum. Matanya juga turut meluru ke arah rantai yang aku pandang.

Terus dia meminta promoter tersebut untuk menunjukkan rantai itu kepadaku. Aku tergamam. Serta-merta aku memandang Tengku Qilah.

"Janganlah, ma. Mahal." ujarku dengan rasa serba salah.

"Kan mama cakap jangan risau. Biar mama aje yang tanggung. Kamu pilih saja." balas Tengku Qilah.

Akhirnya, aku mengalah. Terpaksa atau tak, rantai itu sudahpun dibeli oleh mama lalu diberikan kepadaku. Serba-serbi aku mahu menerima. Tak pernah seumur hidup aku membeli barang semahal itu. Sangat-sangat mahal.

Tengku Qilah menguntum senyum bila lihat wajahku yang macam awkward semacam. "Jangan risaulah. Kamu pakai aje lepas itu beritahu Aqhif tentang ni. Okay?"

Aku anggukkan saja kepala.
...
Aqhif menggigit bibir sambil matanya tak henti-henti membelek telefon pintar. Habis tertangguh semua kerjanya gara-gara mahu menunggu pesanan seseorang.

Teng!!!
Pesanan masuk.

Cepat-cepat Aqhif buka whatsapp nya. Chat daripada bibirnya. Serta-merta bibir Aqhif menguntum senyum lebar.

'Mama dah belikan Lara rantai. Sesuai dengan yang kamu minta pada mama.'-Tengku Qilah.

Pesanan itu dikirim bersama-sama gambar rantai emas putih yang dipilih. Aqhif menarik nafas lega. Cantik rantai itu.

'Thanks ma. Did you use the money that I give to you?'-Aqhif.

'Yurp. Tentang itu, kamu jangan risau. I pay it with your money.'- Tengku Qilah.

'Thanks, ma.'-Aqhif.
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now