Bab 13

14.9K 661 1
                                    

Malam semakin menampakkan cahaya malapnya. Aku duduk di atas bingkai jendela sambil menikmati suasana kampung. Tenang sedikit bila ada kat rumah sendiri. Tak adalah serabut sangat kepala.

Kalau jadi student sebelum ni, semua benda nak difikirkan.  Assigment, kertas kerja, itulah, inilah... stress betul aku kat universiti itu. Tapi, semuanya dah habis. Aku dah graduate. Bulan depan aku akan ada graduation day, tak sabar nak menanti hari itu.

"Menungkan masa depan ke, budak?"sapa abang Paroq lalu menggosok ubun kepalaku.

Aku hanya tersengih memandang abang Paroq. Memang.. menungkan masa depanlah sangat. Abang Paroq berdiri di sebelahku. Dia turut sama menikmati pemandangan denganku.

"Abang, dah lama ke ibu macam itu?" soalku dengan suara mendatar.

Satu sahaja yang menghentam fikiranku sekarang ini. Aku risau betul dengan kesihatan ibu. Waktu aku balik tadi, dia okey saja bersembang dengan aku tapi lepas itu terus terbatuk-batuk tak henti-henti. Bila aku tanya, ibu cakap dia okey. Hmm.. risau betul aku.

Abang Paroq mengeluh perlahan. "Tiga bulan lepas, ibu dah start sakit-sakit macam itu. Batuk-batuk lepas itu muntah tapi sekarang abang rasa dia dah okey sikit kot. Tak ada dah muntah-muntah semua."

"Abang dah bawa ibu pergi klinik tak?"soalku lagi. Masih tak puas dengan jawapan yang dia beri pada aku.

Abang Paroq terus pandang aku. Sebuah gelengan dia berikan sebagai jawapan. "Abang dah pujuk dah ibu pergi klinik tapi ibu degil. Dia cakap dia okey. Abang pun ikut ajelah dia. Kalau ibu dah kata taknak, abang nak paksa macam mana lagi kan?" kata pasrah lelaki itu berikan.

Aku mengeluh kecil. Haih, ibu. Dari aku kecil sampailah dah besar ni, perangai keras kepala ibu itu still tak berubah. A dia kata, A jugalah keputusan dia. Patutlah, aku keras kepala juga. Ikut perangai ibu.

"Risau betullah, Lara tengok ibu tu. Hmm.." keluhku.

"Bukan Lara aje, abang pun risau juga fasal ibu tu. Nanti sama-samalah kita cari jalan nak pujuk ibu pergi klinik." ujar abang Paroq dalam nada mendatar.

Aku sekadar anggukkan kepala. Yurp, pujuk ibu bersungguh-sungguh lepas ni.

"Erm, sebenarnya ada benda lain yang abang nak bincangkan dengan Lara ni." ujar abang Paroq mengalihkan pandangannya padaku.

Dahiku tak semena-mena berkerut. "Nak bincang fasal apa, bang?"

"Fasal Yara." pendek saja jawapannya tapi cukup untuk buat aku terkedu.

Yara? Sudah lama rasanya aku tak mendengar cerita fasal kawan baik aku tu. Entah apalah khabarnya ketika ini? Hmm.. aku pula ingin tahu.

"Kenapa dengan Yara bang? Dia.. dia dah balik sini balik ke?" soalku sudah mulai teruja.

Sebuah gelengan abang berikan kepada aku. Terus senyuman yang tadinya melakar di wajahku jadi pudar. " Habis itu?" soalku.

Abang Paroq menguntum senyum pendek. Dia seluk poket seluar jeansnya. Aku terus berdiri di hadapannya menantikan sesuatu yang ingin dia berikan pada aku. Sepucuk surat dan juga keychain anak patung teddy berpelukan dia berikan pada aku.

Makin berkerut dahi aku dibuat nya. Surat dan keychain itu aku genggam erat sambil mataku tak lepas memandang abang Paroq.

"Semua itu, Yara minta abang serahkan pada Lara. Dia minta Yara jaga barang itu elok-elok." pesan abang Paroq.

"Bila masa abang jumpa Yara? Dia datang jumpa abang ke?" amkin bertubi soalan yang aku hambur kan pada abang Paroq.

Abang Paroq mengangguk perlahan. "Dua minggu lepas, Nek Mah, nenda Yara meninggal sakit tua. Itu yang dia datang ke kampung itu. Lepas pengebumian, dia minta abang serahkan semuanya pada Lara." ujar abang Paroq.

Cepat-cepat aku bacakan doa takziah untuk Nek Mah. Ya Allah.

Terus aku menilik keychain tersebut. Comel. Bibirku menguntum senyum. Aku faham maksud dibalik keychain itu. Mesti Yara nak beritahu aku yang dia rindukan aku sangat-sangat sampai rasa nak peluk aku ketat-ketat. Hahaha..

"Macam mana Yara sekarang bang? Okey tak dia?" soalku lagi ingin tahu. Teruja betul nak dengar cerita fasal Yara. Hmm.. rindu.

Aku lihat wajah Abang Paroq sudah semacam. Dia sekadar menjungkit senyum pendek. Tanganku yang memegang surat ditepuknya perlahan.

"Kalau Lara nak tahu, Lara bacalah surat itu." ujar abang lalu pergi meninggalkan aku.

Tergamam aku mendengar apa yang abang hamburkan. Sedih semacam saja wajahnya itu. Dahiku sudah berkerut.

Erm.. tak payah fikirlah, Lara. Better kau baca surat, lagi bagus.

Terus aku berlari anak ke bilik sambil tersenyum lebar. Tak sabarnya nak baca surat daripada Yara itu.
...
Aku mulakan dengan bismillah lalu perlahan, aku buka surat tersebut. Aih, berdebar betul. Rasa macam buka surat cinta aje. Hmm..

'Hai Lara, aku ni Yara.. Ahahaha.. apa khabar kau sekarang? Aku kat sini sihat-sihat aje. Hmm.. dah lama rasanya kita berdua tak berjumpa kan? Kau kan study sekarang, aku pula kat bandar sekarang ni. Aku tertanya-tanya macam mana lah kau sekarang ni. Mesti dah berkedut kan.. ahahaha (just kidding, babe). Jangan marah, okey?

Aku kirim surat ini dengan keychain teddybear itu. Comel kan? Comel macam aku. Aku nak kau simpan teddy tu betul-betul. Itu tanda persahabatan kita berdua yang akan sampai ke akhirnya. Teddy bear itu sebagai tanda bahawa kita berdua saling memerlukan antara satu sama lain. Hmm.. sayangnya, aku tak dapat jumpa kau.

#p/s: Kau dah ada phone kan sekarang? Call lah nombor phone aku ni.. 01xxxxxxxxx'

Kadang aku ketawa, kadang aku tersenyum bila baca surat daripada Yara itu. Aih, beb. Aku rindu kau lah Zara.

Tak menunggu masa yang lama, telefon pintarku aku capai lalu segera aku mendail nombor telefonnya. Rasa nak menangis sekarang ni. Aky rasakan air mataku sudah bertakung di tubir mata. Gembira punya fasal.

Bunyi beep-beep beberapa kali sebelum akhirnya, panggilanku diangkat. Bukan main teruja aku dibuatnya.

"Yaraaaaaa!!!!!" laungku sekuat hati. Kalau orang dengar ni, mesti orang fikir aku gila. Menjerit malam-malam macam ni.

"Lara?!!!!" perlahan sahaja suara Yara sebut nama aku. Tapi, jelaslah dengar yang dia juga turut teruja dengar suara aku.

"Ya Allah weiyh, rindunya aku dekat kau. Isy!!!! Kau ni..  hmm.. tahu tak aku rasa macam nak menangis sebab dapat call kau ni?" ujarku dengan sebak. Sekarang, air mataku meleleh. Cepat-cepat aku seka.

Di hujung talian, aku dengar Yara ketawa kecil. "Alah, kau ni. Dengar suara aku pun nak nangis. Ni baru dengar suara, belum lagi jumpa aku. Mau histeria kau." perli Yara diselangi tawanya. Lain macam aje nada tawanya itu. Antara sakit dan gembira aje. Tapi, aku tak perasan.

"Isy, kalau jumpa kau.. memanglah histeria. Haha.. kau apa khabar sekarang? Sihat?" soalku.

Yara diam untuk sejenak. "Erm.. sihat. Kau?" soalnya berbalas khabar denganku.

Aku anggukkan kepala. "Terlebih sihat. Badan aku dah gempal dah. Haha.. stress belajar."

"Belajar memang stress pun. Tak apa, sekarang kau dah habis study kan? Rileks dulu, steady jap." sempat lagi Yara menasihati aku.

Tersenyum aku dengar dia cakap. Sampai ke malam aku berborak dengan dia. Banyak cerita kitorang buka. Nampaknya, Yara tak sambubg study. Hmm.. Tak apa. Dia anak orang kaya.
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now