Bab 53

20.4K 666 6
                                    

Apron berwarna maroon bercorakkan bunga daisy aku sarungkan ke pinggangku. Yeah, aku kena semangat hari ini.  Tak mahu sedih-sedih. Aku Lara lah. Pantang undur sebelum menang.

Buku 'Menjadi Isteri Mithali' hasil tulisan Maisarah Yati itu aku buka. Walaupun aku ni bukannya jenis yang suka sangat sentuh buku tapi demi Aqhif, aku perlu juga jadi ulat buku.

Ya, dengan berpandukan buku yang tak berapa ilmiah ni, aku akan cuba jadi isteri mithali buat si Tengku Aqhif itu. Bukan untuk lupakan Yara tapi menambah aku dalam hatinya. Itu satu-satunya impian yang aku mahukan.

Berpandukan buku yang aku beli di jualan buku pagi tadi, cara pertama nak pikat hati suami kita.. adalah dengan pikat perutnya. Pfft.. ini benda senang.

Memandangkan sekarang ni aku dah tak takut nak menjejakkan kaki ke dapur maka ini benda senang. Bersenjatakan sudip dan dicicahkan dengan sos dan kicap, aku akan masak makanan kegemaran Aqhif. Apa yang dia suka? Haha..

Suami aku itu sukakan makanan melayu yang berkuah dan bersantan.  Dia sukakan gulai-gulai yang manis dan pekat. Macam mana aku boleh tahu? Hah! Tak lain dan tak bukan, daripada mama kesayangan aku.. mak mertua aku, Tengku Qilah.

Jadi, hari ini.. aku nak masak Gulai Ayam Masak Kunyit. Nasib baiklah, aku sempat masakkan lauk ini untuk Zafriq. Adik Aqhif itu pernah cakap aku masak lauk itu sedap.

Ayam yang dikerat 14 tu aku cuci, bawang merah aku tumis. Satu persatu langkah aku buat dengan cermat. Orang kata kalau nak pikat selera suami, buatlah dengan penuh rasa cinta. Ya, aku sudah taburkan banyak rasa cinta dalam masakan ni. 
Aku harap sangat bila Aqhif rasa, dia terus rasa suka. Hmm.. tolonglah angan-angan ni menjadi kenyataan.

Akhirnya, setelah bertungkus lumus menyiapkan hidangan aku yang cukup advance ni.. aku menarik nafas puas hati. Bibirku menguntum senyum. Dengan lenggok terujanya, aku melangkah ke meja makan.

Telur dadar dan semangkuk nasi yang terhidang di meja makan aku pandang dengan senyuman lebar. Sekarang, hanya tambah Gulai Ayam masak Kunyit saja sebagai pelengkap makan tengah hari itu. Phuhh!! Akhirnya semua siap.

Apron yang tersarung pada tubuhku aku tanggalkan lalu aku gantung di kepala kerusi meja makan. Buku 'Menjadi isteri Mithali itu aku sorokkan di bawah kabinet pinggan. Dengan wajah yang masih setia dengan senyuman, aku kerling jam dinding.

Jarum jam sudah menuding ke angka 2 petang. Hmm.. baguslah. Hari ini, Aqhif cuti. Dia keluar sekejap untuk jemput Zafriq pulang dari sekolah. Dalam beberapa minit lagi, Aqhif akan menyinggah ke rumah. Terujanya hati, hanya Tuhan saja yang tahu.

Beberapa minit kemudian, aku dengar riuh sakan suara Zafriq bergelak ketawa di ruang tamu. Terus aku bangun dari dudukku lalu aku mempercepatkan langkahku mendapatkan Aqhif dan Zafriq.

"Bau apa ni, akak Lara? Sedap!"teruja Zafriq sambil hidungnya ligat mencium bau masakan aku itu.

Aku sudah tersenyum sumbing. Dari wajah Zafriq aku alihkan pada Aqhif. Dia yang berpakaian kasual T-shirt itu juga turut berubah riak muka. hmmm.. lapar ke cik abang nya?

"Kau masak apa?" soal Aqhif memandangku.

"Saya masakkan Gulai Ayam Masak Kunyit. Mesti abang dengan Zafriq laparkan? Jom, makan." jemputku masih setia dengan senyuman.

Zafriq pula yang terlebih teruja. Pantang betul budak comel itu dengar haiwan Ayam itu. Hahaha.. tak apalah. Budak. Apa yang sedap? Pasti jawapan mereka ayam.

"Nyum, nyum!! Jom, abang!! Zaf dah lapar ni." ujar Zafriq sambil menarik-narik tangan Aqhif.

Mahu tak mahu, Aqhif terpaksa turuti. Kami bertiga tiba di meja makan. Makin kuat aroma masakanku. Aku sendiri pun kecur liur bila terhidu masakan sendiri. Apalagi Aqhif kan? Inikan lauk kegemaran dia.

"Jemput duduk, abang." pelawaku.

Aqhif melirik memandang aku. Sebingkis senyuman tipis diberikannya kepada aku. Dia duduk di atas kerusi manakala Zafriq mengambil tempat di sebelah Aqhif.

Aku sendukkan nasi untuk Aqhif dan Zafriq. Dengan penuh tertibnya, aku letakkan gulai ayam dan telur itu di atas nasi Aqhif. Boleh kata, layanan aku ibarat layanan hotel sepuluh bintang.

"Kau taknak makan sekali?" soal Aqhif apabila melihat aku berdiri perhatikan dia.

Tak semena-mena aku menggeleng kan kepala. "Abang makanlah. Saya dah makan dah tadi." bohongku. Sebenarnya, aku lapar tapi aku tahan. Tak apa, tengok Aqhif makan pun buat aku rasa kenyang.

Aqhif mengetap bibir. Dia mulakan dengan basmallah. Sesuap nasi dia masukkan ke dalam mulut. Aku yang berdiri di sebelah Aqhif, leka memerhatikan respons nya. Bibir bawahku sudah aku gigit kerana risau.

Aqhif terdiam untuk seketika. Berdebar juga aku dapat respons yang begitu. Kadang, aku pandang Zafriq. Dia pula yang terlebih suka menikmati masakan aku. Nampaklah kepuasannya itu.

"Kenapa bang? Rasa tak sedap ke?" soalku sudah risau bila tengok respons Aqhif yang macam suka tak suka itu.

Aqhif tersenyum nipis lalu dia mengalihkan pandangannya pada aku. "Nampaknya, kau dah boleh masak makanan favourite aku. Bolehlah lepas ni aku balik rumah semata-mata nak makan Gulai ayam kau ni." ujar Aqhif.

Omaigod!!! Aqhif puji masakan aku? Teruja nya aku!!!!

"Jadi, abang suka?" soalku mahu dapatkan kepastian.

Aqhif menganggukkan kepala. " Aku suka."

Bibirku sudah tersenyum lebar. Tengok dia senyum, terus hilang rasa lapar yang tadi menghantui perutku. Okey, checklist.

Pikat selera suami. Done!
...
Checklist dari buku 'Menjadi isteri Mithali'. Huh!! Walaupun segan, aku kena juga buat benda ni!

Syampu jenama mahal itu aku capai lalu aku lumurkan pada rambutku. Checklist yang kedua. Kalau nak buat suami sayangkan kita, biarkan dia sayang tubuh kita. Jadi, tips nya. Aku kena pakai wangi-wangi supaya Aqhif akan teringat aku. Hmm.. tips itu.

Dua kali juga aku lumurkan syampu itu pada rambutku. Selesai membilas dan mengeringkan rambut, aku cium bau rambut aku pula. Seronok! Bau rambut aku dah terlebih wangi. Kalah bau minyak wangi yang Aqhif selalu pakai.

Selesai menyarungkan jubah mandi paras peha itu ke tubuhku, aku menarik nafas panjang. Ya, memang gila. Sangat gilalah senang cerita. Ini kali pertama aku dedahkan peha mulus aku. Huh, tak apa. Untuk suami juga, bukan untuk orang lain..

Perlahan-lahan, aku buka pintu bilik air. Aqhif yang ketika itu sedang leka menyiapkan kerjanya terus mengalihkan pandangannya pada aku.

Bibirku menguntum senyum tatkala melihat mata lelaki itu membelek setiap inci tubuhku. Argh!! Jangan malu Lara. Jangan malu. Teruskan benda bodoh yang kau buat ni. Kalau dah bodoh tu teruskan aje.

"Abang buat apa itu?" soalku merapati Aqhif.

Tuala yang membaluti rambutku aku tanggalkan. Bau haruman lavendar terus mengisi ruang bilik tidur kami berdua.

Aqhif masih cuba mengelak dari memandang aku. Matanya terus ditumpukan pada skrin laptop. Aku pula sudah melabuhkan punggung di sebelah Aqhif. Sengaja aku selak sedikit jubah itu supaya menampakkan lagi peha mulusku. Erk!

"Aku ada kerja sikit." ujar Aqhif mendatar.

Serius sahaja wajahnya. Langsung dia tak tertarik pada gelagat gatal aku itu. Gelagat gatal yang paling gila aku pernah buat sebenarnya.

"Taknak tidur?" pujukku sambil mengibas-ngibas rambutku yang masih basah. Saja nak menganggu nafsu lelakinya itu.

Kali ini, Aqhif mengalihkan perhatiannya pada wajahku. Mendatar saja riak wajahnya. Serius. Aku yang tadinya niat nak menggoda , terus diam.

"Aku masih tak mengantuk. Kalau kau nak tidur, kau tidurlah." ujar Aqhif lalu kembali menumpukan matanya pada skrin laptopnya.

Bibirku aku ketap. Hmm.. nampaknya. Checklist yang kedua, aku gagal. Aqhif...

Dia masih dingin pada aku...
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now