Bab 6

14.8K 690 1
                                    

Sudah hampir tiga bulan berlalu, hanya tinggal lagi dua bulan saja lagi aku akan menghadap SPM. Dan, selepas itu aku akan tamatkan sesi sekolah menengah ku. Yeah!!!

Kehadiran Yara dalam hidup aku sangat-sangat bermakna. Kerana dia aku dapat buat kenangan yang sangat manis di Sekolah Menengah Ayer Cetek. Dia berikan nafas baru kepada aku yang selama ini fikirkan bahawa kehidupan sekolah Menengah tersangatlah membosankan.

Nampaknya, Allah kirim Yara untuk buat aku gembira semula selepas kehilangan ayah. Dia buka mata aku bahawa kehilangan itu bukannya kunci untuk aku hidup dalam kesedihan selalu. Kadang kehilangan itu, ada hikmah di sebaliknya.

Aku mengayuh basikalku menuju ke rumah nenda Yara. Di kampung ini, nenda Yara itu adalah orang paling kaya. Sawah-sawah di sekitar Kampung Ayer Cetek ini adalah miliknya. Tapi, Yara tak pernah kisahkan semua itu.

Baginya persahabatan antara aku dan dia tak patut dibataskan dengan level harta. Dia berkawan dengan aku ikhlas. Jadi, aku juga berkawan dengannya juga ikhlas. Tak terdetik pun dalam hati aku untuk mengikis hartanya atau apa.

"Ya.." Belum sempat aku menghabiskan namanya.

Aku lihat Yara sudah keluar sambil menangis teresak-esak di hadapan rumah. Segera aku menyorok di sebalik pokok besar yang berada tidak jauh dari tempat Yara. Jelas, dia sedang menangis.

Sesekali aku intip Yara. Pilu hati aku melihat dia menangis begitu. Hati siapa yang tak sedih bila tengok kawan baiknya sendiri menangis?

"Yara, sayang. Untuk kali ini, kamu ikut cakap nenda, please." pujuk Nenda sambil mengurut-ngurut belakang Yara.

"Tapi, kenapa? Kenapa nenda suruh Yara buat macam itu?"soal Yara sudah menagih jawapan.

Nenda sekadar mengeluh perlahan. "Yara kena sedar. Kita ni siapa dan dia itu siapa. Nenda taknak orang kampung dapat tahu kamu bercinta dengan lelaki itu."

Kata-kata nenda itu buat aku terlopong. Yara bercinta? Ke-kenapa dia tak pernah beritahu aku yang dia sukakan seseorang? Aku mengetap bibir. Aku kembali memasang telinga.

"Salah ke kalau Yara nak jatuh cinta? Yara tak pandang harta dia.. Yara tak kisah pun. Yang penting, Yara tahu yang dia ikhlas cintakan Yara." balas Yara swdikit membangkang pendapat nendanya itu.

"Yara pasti ke yang dia tak pandang harta Yara? Ikhlas ke dia? Nenda nak tanya Yara, kenapa Yara yakin sangat yang dia ikhlas cintakan Yara?" soal Nenda sudah meninggi suara.

Aku sudah berkerut dahi. Siapa.. Siapa sebenarnya lelaki yang dimaksudkan Yara? Kepalaku sudah berkerut memikirkan gerangan lelaki tersebut. Tak berharta?

Gadis itu sekadar menjungkit senyum nipis. Matanya beralih ke arah langit yang masih biru. Air matanya diseka lembut.

"Sebab dialah satu-satunya lelaki yang buatkan Yara tak rasa menyerah untuk hidup." ujar Yara.

Tergamam aku dibuatnya. Kali ini, kata-kata Yara buatkan aku berfikir dua kali. Ap-apa maksud Yara denhan menyerah untuk hidup itu?

Dia.. dia nak mati ke?
...
"Lara!!!"

Aku mempercepatkan langkahku meninggalkan Yara di belakang. Buat masa sekarang ni, aku malas nak berborak dengan gadis itu. Hmm.. sanggup dia tak beritahu aku yang dia sebenarnya ada sukakan seorang lelaki?

Apa fungsi aku ni sebenarnya? Aku ni kawan baik dia kan? Kenapa dia langsung taknak kongsikan perihal itu kepada aku? Aku pun nak tahu juga siapa kah gerangan lelaki itu.

Sejak semalam lagi, aku asyik terfikirkan benda itu. Sampai terbawa sampai ke tidur.

Pelajar ke atau lelaki yang sudah habis belajar? Kacak ke? Hmm.. takkan mungkinlah Yara pilih lelaki yang jenis gigi bersepah kotm Maybe lelaki itu handsome tapi yang buat aku pelik itu.. tak berharta? Agaklah Yara oit?

Aku pun tak setuju juga kalau macam itu. Hmm.. bukan apa. Lelaki ini penting kalau dia berharta. Boleh menjamin masa depan kita, bila kita bina rumahtangga dengannya nanti. Kan?

Yara terus mencapai lenganku lalu ditariknya kasar. Aku terus terundur ke belakang. Tak semena-mena tangannya aku tepis kasar. Dahiku berkerut sambil tanganku menyapu pergelanganku yang ditarik oleh Yara tadi.

"Kenapa dengan kau ni, Lara? Kau marah kat aku ke?" soal Yara dengan wajah serius.

Aku mengetap bibir. "Kaulah kenapa? Kenapa terpekik terlolong panggil aku?" bentakku pula dalam nada tak puas hati.

Awalnya, wajah Yara geram saja memandang ke arahku namun akhirnya dia mengeluh perlahan. Dia mengukir senyum tipis.

"Kenapa kau langsung tak bercakap dengan aku? Aku tanya kau tak jawab. Kau marah aku ke?"soalnya.

"Tak." jawabku spontan. Macam acuh tak acuh saja bunyinya

"Habis itu, kenapa kau macam nak mengelak daripada aku? Kalau aku ada buat salah. Kau beritahu aku. Tolonglah, jangan simpan." rayu Yara dengan wajah sebak.

Aku menjeling ke tempat lain. " Aku okey aje. Kalau kau rasa macam itu, aku tak kisah." balasku.

"Lara.. tolonglah, jangan macam ni." tubir mata Yara sudah berair. Melihatkan itu, aku jadi serba salah. Haih, dia ni..

Aku mengetap bibir. Nak diikutkan hati tadi, memang aku malas nak bercakap dengan dia tapi aku rasa bersalah pula bila tengok Yara nangis. Nampak macam aku ni kejam sangat.

"Tak ada apa-apalah. Fikiran kau aje kot. Hmm." ujarku dan terus berlalu melangkah meninggalkan nya sendirian.

Baguslah itu, Lara. Mulut kata tak ada apa-apa, tapi sebenarnya kau pendam perasaan tak suka kau itu. Haih..

"Lara.."

Belum sempat beberapa langkah aku atur, aku dengar seseorang jatuh di belakang. Cepat-cepat aku menoleh ke belakang. Terpana aku tatkala melihat Yara sudah rebah menyembah bumi.

Segera aku dapatkan dia. Kepalanya aku baringkan ke ribaku. Hidungnya sudah berdarah dan wajah Yara kelihatan sangat pucat. Tak semena-mena air mataku mengalir deras.

Beberapa kali bahunya aku goyang namun Yara masih tak sedar diri. Beberapa orang pelajar menghampiri kami tatkala aku menjerit minta pertolongan. Hati aku resah.

'Yara, tolonglag sedar. Aku tak berniat nak buat kau macam ni.' getusku dalam hati. Aku bersama pelajar yang lain terus mengangkat tubuhnya lalu dibawa ke pusat kesihatan sekolah.

Wajahnya kelihatan sangat tenat. Pucat tak berdarah.
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now