Bab 7

14.8K 649 1
                                    

Hanya tinggal lagi 3 minggu peperiksaan SPM bakal muncul. Aku sudah dapat rasakan debarannya. Dan, hanya tinggal sebulan lebih saja lagi Yara akan menyambut ulang tahunnya yang ke-17. Sweet seventeen gitu.

Selesai kelas tambahan, aku terus mengayuh basikal ku ke pekan. Selepas ini, mungkin aku akan sibuk dengan belajar, ulangkaji, belajar dan ulangkaji. Haih.. waktu yang membosankan.

Jadi, cuma hari ini saja adalah hari yang aku ada untuk belikan hadiah hari jadi Yara. Duit hasil bekerja dan simpanan ku, aku kira-kira. Alhamdullilah, ada dalam RM500 ringgit.

Aku bekerja dua bulan saja di ladang kambing Pak Othman. Bolehlah dapat kira-kira RM300 lebih. Selebihnya, aku terpaksa ikat perut untuk simpan duit. Tak apa, demi tengok Yara gembira. Aku sanggup.

Seluruh pekan aku round. Tak puas hati lagi, aku round untuk kali kedua. Masih tak ada hadiah yang sesuai untuk aku beri pada Yara. Akhirnya aku mengeluh perlahan.

Ketika aku mahu melintas ke seberang, tak semena-mena sebuah kereta jenama Porsche meluncur laju di hadapanku. Terpana aku seketika. Ya Allah!! Aku sudah pejam mata. Tak sanggup untuk aku lihat apa yang berlaku seterusnya.

Pon!! Pon!! Pon!!

Sudah tiga kali hon pun, aku masih tak berganjak. Aku sudah menggigil. Terketar-ketar rasanya kepala lutut aku ni. Hampir saja mulut Porsche itu menyentuh pehaku. Ya Allah, selamat!

"Cik, boleh ke tepi sikit tak? Saya nak lalu." akhirnya terjulur juga kepala si pemandu kereta tersebut.

Tak semena-mena aku mencerlung kepadanya. Ih, sakitnya hati. Dia buat biasa aje lepas hampir nak langgar aku?

Aku terus mengundurkan langkahku ke belakang. Tak apa, untuk kali ini aku malas nak bertekak walaupun sekarang perasaan aku sedang membara.

"Lain kali memandu tu pandang kiri kanan, encik." sempat aku memerli dia. Bersahaja saja lagakku.

Lelaki tersebut berkerut dahi. Kaca mata hitam yang dipakainya ditanggalkan. Atas bawahku dipandangnya dengan dahi berkerut.

"Cik perli saya ke tadi?" soalnya.

Aku angkat kening. Wajahnya aku pandang. Hmm.. boleh tahan juga muka mamat ni. Aih!!! Apa ke benda kau ni Lara?

"Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya. Tak gitu ke, encik?" makin dalam perlian aku pada lelaki itu.

Terus aku berura-ura mengatur langkah meninggalkan lelaki itu. Namun, lelaki itu tak semena-mena menekan hon keretanya sambil memanggil-manggil aku. Bising. Serious, bingit.

"Apa ni? Tak tahu ke ini tempat awam? Mana boleh sesuka hati bunyikan honn Tak belajar kat sekolah ke, hah?!" herdikku menikam tajam wajah lelaki itu.

Dia sekadar menyungging sengih. Ingat kacaklah kau senyum macam itu? Harap aje muka cantik, perangai hampeh. Tak beradab langsung, getusku dalam hati.

"Saya nak tanya cik aje sebenar nya  ni. Tahu tak kat mana Kampung Ayer Cetek? Saya dah tiga kali pusing tak jumpa-jumpa tempat ni." adunya sambil memandang ke arahku.

Aku mengeluh perlahan. "Kalau dah encik round pekan ni, memanglah tak jumpa." selorohku.

"Kat mana eiyh?"

Aku menuding jari ku ke arah jalan yang aku lalui tadi. "Kat hujung itu ada lorong kecil. Encik jalan je terus, jangan nak memandai belok kiri kanan pula sebab nanti encik akan jumpa ladang kambing dengan lembu kalau encik belok. Terus aje. Insya Allah jumpa." aku main loya buruk pada lelaki itu.

Bukan nak cakap terima kasih pun, terus saja dia memacu laju keretanya ke lorong yang aku sebut tadi. Tak guna! Nampak dari gaya pun, aku tahu dia bukan orang sini.

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now