Bab 30

17.6K 665 10
                                    

Aku memeluk lutut di atas kerusi kayu usang.  Sebentuk kotak merah yang tetkandung cincin pertunangan itu aku tenung lama. Parasaan ku kini sudah bercampur baur. Rasa marah, geram, menyampah namun yang pasti tak ada sekelumit pun rasa gembira.

"Kami datang ni bawa hajat yang besar. Kami datang nak meminang Lara untuk dijadikan isteri kepada anak teruna saya." santun wanita yang duduk di sebelahku.

Aku mengetap bibir. Abang Paroq yang duduk bersila di hadapanku aku pandang dengan rasa resah. Belum pernah lagi aku dilamar orang, ini pertama kalinya. Apa yang patut aku buat?

Suasana sepi seketika. Memberi jalan untuk aku menyahut jawapannya. Semua mata memandang ke arahku. Hanya seorang sahaja yang meriuhkan suasana. Seorang budak lelaki berumur sekitar 6 tahun. Dia saja yang bergelut sakan, yang lain pula sudah serius padaku.

"Kalau boleh saya tahu siapa orangnya?" soalku. Kenalah juga tahu.

Ini soal hidup mati juga. Aku tak mahu perkahwinan ini jadi tak indah. Kalau boleh naklah lelaki yang elok paras rupa, cantik budi bicaranya. Bahagialah rumah tangga kalau macam itu.

Wanita itu tersenyum nipis. Dia mengeluarkan sekeping gambar daripada beg tangannya lalu diserahkannya kepada aku. Perlahan-lahan aku gapai tangan itu lalu aku belek.

Bukan main tergamam aku bila lihat si empunya badan yang ada dalam gambar itu. Aqhif?! Terus aku ternganga kecil lalu mataku beralih pada abang Paroq.

Wajahnya nampak tenang seperti sudah tahu siapa bakalnya itu. Dia juga langsung tak mengendah kan pandangan aku kepadanya.

"Si empunya, namanya Tengku Aqhif Hasyim bin Tengku Quwalid Hisyam, berumur 27 tahun." jelasnya memperkenalkan latar belakang lelaki tersebut.

"Jadi, puan ni ibu kepada Abang Aqhif?"soalku memandang wajah bersih wanita itu.

Bibir wanita itu menguntum senyum nipis. Tangan aku tak semena-mena dicapainya lalu digenggamnya erat. Termangu aku dibuatnya.

"Ya, saya ibu Aqhif. Kalau boleh saya bertanya, cik Lara ni dah berpunya ke belum?"soalnya mahu tahu lebih dalam tentang aku.

Aku mengetap bibir lalu aku gelengkan kepala. Tersemat sebingkis senyuman di bibir wanita itu. Suka benar dia dengar jawapan ikhlas aku itu.

"Jadi, sudilah kiranya cik Lara menerima pinangan anak saya itu. Saya bercadang nak compile sekali pertunangan hari ini kalau cik Lara nya tak keberatan." jelas wanita itu.

Itulah al-kisahnya yang menjerat aku ke kancah dilemma sebegini. Aku ni ibarat luah mati emak, telan mati bapak.

Aku baru kehilangan ibu dan hari ini aku dikejutkan dengan pinangan seorang lelaki yang suatu ketika dahulu merupakan tunang kepada kawan baik aku sendiri! Itu gila! Takkan mungkin aku mahu berkahwin dengan seorang lelaki yang suatu ketika dahulu pernah mencintai teman baikku?

Telefon jenama Samsung yang tergenggam erat dalam tanganku tak semena-mena bergetar. Lantas, aku membukanya. Satu pesanan ringkas. Dari.. nombor telefon Aqhif. Tak menunggu masa yang lama, segera aku buka.

'Terima atau tak?'-Aqhif.

Ringkas sahaja tapi cukup buat aku terpempam. Kalau aku terima, aku akan ada hidup yang berliku dengan seorang lelaki bernama Aqhif tapi kalau aku tak terima.. hmm, tak ada apa pun yang akan jadi.

'Ibu saya baru meninggal semalam, dan hari ini abang hantar rombongan meminang?'- kirim.

'Maaf fasal itu. Aku pun tak berniat nak hantar rombongan pun cuma abang kau yang nasihatkan aku percepatkan semua ni.'-Aqhif.

Kali ini aku terpana. Abang? Kenapa dia pula yang melebih suruh aku berumahtangga ni? Owh.. jadi dia dah tahulah niat Aqhif nak meminang aku? Tapi.. kenapa lepas kematian ibu?

'Bagi saya masa. Saya masih perlu fikirkan semua ni. Boleh?'-kirim.

'Take your time. Maybe its hard for you.'-Aqhif.

Kata-kata Aqhif buatkan aku mengeluh perlahan. Baguslah. Sekurang-kurangnya Aqhif jenis lelaki yang mudah memahami dan tak terlalu mendesak.

"Masih terfikirkan lagi ke?" aku dengar suara abang Paroq menyinggah.

Serta-merta aku mengalihkan ekor mataku pada abang Paroq. Tajam. Tak puas hati pun ada juga. Suka hati dia aje buat keputusan, ikut kepala sendiri.

"Kenapa abang tak beritahu Lara yang Aqhif datang nak meminang? Suka hati abang aje buat keputusan tanpa beritahu Lara dulu." kesalku dalam nada geram.

Aku lihat abang Paroq sudah menyeringai. Kurang asam punya abang. Aku serius ni, dia boleh tersengih macam aku tengah buat lawak depan dia?

"Kalau abang beritahu, Lara akan terima ke?"

Aku sekadar jungkit bahu. "Sama aje bang. Tak beritahu ke. beritahu ke, Lara akan fifty-fifty juga akhirnya." balasku dengan nada mendatar.

Terus Abang Paroq tepuk tangan sekali. Terkejut juga aku dibuatnya. Bunyinya kuat. "Sudah itu? Buat apa abang beritahu kalau keputusannya sama juga kan?" seloroh abang Paroq.

Aku mengetap bibir geram. Aih, boleh pula dia menganjing aku. Apalah nasib dapat abang suka sakat macam ni?

"Yelah, sekurang-kurangnya beritahulah. Tak adalah, Lara terkebil-kebil macam orang bodoh tadi. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba ada rombongan nak masuk meminang. Siapa aje yang tak cuak kalau macam itu?" leterku nelepaskan geram.

Abang Paroq akhirnya mengeluh kecil. Dia labuhkan punggungnya di sebelahku lalu kotak cincin itu diambilnya lalu digenggam erat.

"Terima ajelah. Ada orang nakkan? Jangan jadi macam abang, single sampai ke tua." ujar Abang Paroq.

Kali ini kata-katanya berjaya buatkan aku ketawa. Kesian pula bayangka dia. Muka dah ala-ala The Rock tapi tak laku. Pfft..

"Tapi.."

"Kalau ibu masih hidup, ibu pun mesti nak tengok Lara berkahwin kan? Kalau boleh, laksanakan lah apa yang arwah ibu mahukan." ujarnya lalu menyerahkan cincin pertunangan itu kepada aku.

Abang Paroq buatkan aku berfikir dua kali. Betul juga apa yang dikatakan abang aku itu. Sebelum ibu meninggal pun, ibu ada cerita fasal kahwin juga.. Hmm.. Tapi.. kahwin itu besar maknanya.

Kita berkahwin atas dasar cinta dan juga kasih sayang. Bertahan ke perkahwinan tanpa rasa kasih sayang?

Akhirnya aku mengeluh cincin. Terus cincin perak itu perlahan-lahan aku sarungkan ke jari manisku. Serentak itu bibir abang Paroq menguntum senyum lebar.

"Aih, tak sangka adik kecil abang ni dah nak kahwin." seloroh abang Paroq sambil menggosok-gosok kepalaku.

Aku sudah menepis tangannya. Bibirku menguntum senyum nipis. "Lepas ni, mesti abang rindu kan?"

"Untuk?" Aih, ini yang malas ni. Yalah, rindu sebab tak boleh nak bermanja gitu-gitu dengan aku lah. Kan, aku ni adik kesayangan di yang paling cantik, yang paling comel sedunia?

"Kalau Lara tak ada, siapa nak jaga abang?" soalku sudah berpeluk tubuh.

Pfft..

Sinis sekali bunyinya. "Kalau Lara ada pun, yang urus dapur pun abang, yang kemas rumah pun abang jadi ada tak ada Lara pun.. sama aje." uih, sentap! Tiba-tiba pula aku rasa tak berguna.

Mana boleh dihina begitu oleh abang Paroq! Terus aku sambar bantal mini lalu aku lempar tepat pada pipinya. Mengaduh sakit abang Paroq dibuatnya!

Bukan abang Paroqlah kalau tak buat serangan balas. Dia sudah menarik-narik rambutku. Lelaki itu ajak bergelut. Ahahah!! Lupa seketika kesedihan yang membelengu kami adik beradik.

'Terima.'-kirim.
....

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now