Bab 23

14.7K 685 9
                                    

Malam semakin larut. Esok adalah hari terakhir aku berada dalam rumah Dato' Sri Mokhtar. Selama dua hari aku berada di sini, aku benar-benar rasa teruja. Seronok berkongsi sakan cerita dengan Yara. Ada saja topik yang kami bualkan.

Aku harap akan berlakunya keajaiban di mana Yara akan sembuh dan hidup sihat seperti biasa. Jujur, aku tak mahu kehilangan Yara. Dia kawan baik yang aku ada. Dalam hidup aku, ada dua benda penting yang sangat bermakna iaitu persahabatan dan juga keluarga.

Yara adalah sahabat yang bagi aku langsung tidak ada gantinya. Kerana dia, aku lebih faham apa makna persahabatan yang sebenar. Sahabat itu saling memerlukan satu sama lain bukan waktu senang malah ketika datangnya waktu perit.

"Yara, aku nak tidur dulu. Mengantuk." ujarku sambil menguap kelelahan.

Gadis itu menguntum senyum nipis. Wajahku diperhatinya lama tanpa aku sedari. Riak wajah sedih bermain di wajahnya.

"Sebelum kau tidur, aku nak cakap sesuatu pada kau.."tutur Yara dalam nada perlahan. Senyumannya masih terukir namun kelihatan hambar.

Aku mengetap bibir. "Apa dia?"

Yara perlahan-lahan menanggal kan cincin yang tersarung di jari manisnya lalu dia meletakkan cincin tersebut ke dalam tanganku. Dahiku sudah berkerut. Terus aku belek cincin tersebut. Cincin yang aku berikan pada Yara sempena hari jadinya yang ke-17 tahun.

"Ke-kenapa kau bagi cincin ni pada aku? Kau tak suka ke?" soalku dalam nada kehairanan. Terasalah juga.

Terus Yara gelengkan kepala. "Boleh tak kalau kau simpan cincin ni untuk aku? Aku rasa cincin itu lebih baik kalau aku berikan pada kau, Lara.."

"Tapi, ini hadiah aku untuk kau. Kenapa aku pula yang perlu simpan?"makin pelik pula aku dengan si Yara ni.

Entah kenapa aku rasa lain macam pula sekarang ni. Dari tadi, perasaan aku sangat berat untuk meninggalkan Yara tapi disebabkan tubuh aku yang sangat kelelahan, aku terpaksa juga pilih untuk tidur.

Bibirnya menguntum senyum perit. "Kau simpanlah. Please, Lara.."pujuknya cuba memujuk aku dengan wajah duckfacenya itu.

Akhirnya aku mengeluh. Cincin tersebut tak semena-mena aku sarungkan ke jari manisku. Cantik. Tertera jelas nama aku dan Yara di atas cincin tersebut. Bibirku menguntum senyum kelat.

"Lara, aku nak minta maaf kalau selama aku berkawan dengan kau, aku banyak susahkan kau. Maaf kalau aku selalu buat kau marah." ujar Yara dengan nada sebak.

Aku mengetap bibirku. Kenapa Yara sangat lain malam ni? Aku sudah tidak sedap hati. Tak semena-mena tangan Yara aku genggam erat.

"Kau jangan cakap macam itu, bagi aku kau adalah kawan yang terbaik yang pernah aku miliki. Marah sedih gembira semua itu memang adat dalam bersahabat." ujarku.

"Terima kasih, Lara. Aku sayang kau." ucap Yara lalu memeluk tubuhku erat.

Untuk kesekian kalinya, aku membalas pelukannya. Tubuhnya aku peluk erat. Lama kami berpelukan sehinggalah akhirnya aku leraikan pelukanku.

"Kau tidurlah. Esok tak adalah penat sangat." ajukku.

Yara menuruti perintahku. Dia membaringkan tubuh. Terus aku tarik selimutnya menutupi paras dadanya.

"Harap kita boleh jumpa lagi esok." ucap Yara dengan senyuman nipis.

Aku anggukkan kepala. "Of courselah kita akan jumpa. Aku kan balik petang esok. Bergosip lagi tau." selorohku.

Kata-kataku mengundang tawa Yara. "Okey!" Yara terus angkat ibu jarinya.

Terus aku bergerak meninggalkan Yara. Sebelum aku tutup lampu, aku pandang wajah Yara yang sudahpun melelapkan mata. Bibirku menguntum senyum nipis.

'Harap, esok aku dapat tengok kau sembuh Yara..'bisikku dalam hati kecilku.

Perlahan-lahan aku menutup pintu. Terus aku bergegas ke bilikku yang berada di tingkat tiga.

Yara perlahan-lahan membuka matanya. Suasana gelap menyelubungi biliknya. Tangannya terus sahaja menggapai telefon pintarnya. Bibir Yara menguntum senyum kelat.

'Abang, saya selalu akan fikirkan abang.. Selamat Tinggal..'-kirim.

Yara mengeluh kecil.

Kepalanya sudah mulai berdenyut. Rentak jantungnya juga sudah hebat berdetak. Yara mengetap bibir. Arghh!! Sakitnya, hanya Tuhan saja yang tahu. Dia cuba untuk menjerit dan meronta namun sia tahan.

Mungkin inilah masa yang sesuai untuk dia ucapkan selamat tinggal kepada semua orang yang dia sayang.
....
"Yara!!!!!!!!!"

Aku terus tersedar daripada tidurku bila aku dengar laungan Datin Sri Maimon memanggil nama Yara. Segera aku keluar dari bilik menuju ke bilik Yara.

Perasaan aku sudah tidak sedap. Ada apa-apa yang terjadi pada Yara ke?

Tiba sahaja aku ke dalam bilik, aku lihat suasana sedikit suram. Aku lihat Dato' Sri Mokhtar memeluk tubuh Datin Sri Maimon erat. Wanita itu pula sudah menangis teresak-esak pada bahu suaminya.

Aku lihat doktor peribadi Yara juga sudah menekur memandang lantai. Sedih saja wajahnya. Perasaan aku tak semena-mena berdebar tatkala melihat tubuh Yara yang sudah ditutup selimut putih.

"Ya-Yara.." seruku dalam nada perlahan. Aku aturkan langkahku ke arah tubuh kaku tersebut.

Kosong. Itu sahaja apa yang aku rasakan ketika ini. Langkahku sudah mulai lemah. Akhirnya aku terduduk di atas lantai. Kenapa! Kenapa aku perlu kehilangan Yara dalam masa sesingkat ini?

Air mataku berbirai jatuh. Nama Yara aku sebut berkali-kali. Sebak di hati,hanya Tuhan saja yang tahu. Aku menangis semahunya di atas lantai. Kehilangan ini masih tak mampu untuk aku terima.

"Lara, jangan menangis.."pujuk doktor peribadi Yara.

Aku langsung tak mengendahkan pujukannya. Semahunya aku menangis. Setiap kenangan antara aku dan Yara bermain dalam kepala.

Yara! Kenapa? Kenapa kau perlu tinggalkan aku? Kenapa buat aku macam ni? Kau kata kau akan selalu ada di sisi aku tapi.. kau pergi tinggalkan aku macam itu aje? Yara!!! Jawab soalan aku ni Yara!! Jawab!
....

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now