Bab 31

16K 621 5
                                    

Tengku Qilah merapati Aqhif yang sedang leka bermain telefon pintarnya. Tempat duduk kosong yang berada di sebelah Aqhif didudukinya. Aqhif masih lagi leka bermain dengan telefon pintarnya.

"Lara itu kawan Yara ya, Aqhif?" soal Tengku Qilah memecah kesunyian mereka berdua.

Serentak itu mata Aqhif beralih pada mamanya itu.  Sudah hilang sepenuhnya perhatian pada game yang dimainnya.

"Kenapa mama tanya?" soal Aqhif dalam nada hairan.

Tengku Qilah tersenyum nipis. " Entahlah. Manis juga orangnya. Dia mengingatkan mama dengan kawan lama mama." ujar Tengku Qilah.

"Kawan lama?"

Wanita itu sekadar mengangguk kepalanya. "Dulu, mama pun ada kawan di kampung. Kawan sepermainan. Biasalah budak-budak. Dia baik orangnya, peramah." ujar Tengku Qilah membuka serba sedikit kisah silamnya.

Aqhif sudah mulai tertarik dengan cerita yang bakal dikongsi oleh mamanya itu. Telefon pintarnya diletakkan ke tepi lalu dia duduk bersila menghadap Tengku Qilah.

"Lepas itu?"

"Dia.." belum sempat Tengku Qilah menyambung ayatnya. Terdengar seseorang menuruni anak tangga.

Mata mereka berdua tak semena-mena beralih pada Zafriq yang susah menguis-nguis mata kerana kelelahan. Sehari-harian dia bermain di kampung halaman Lara. Bukan main seronok lagi si Zafriq main kejar-kejar, galah panjang semua.

"Mama.. Zaf mimpi hantu." rengeknya mendekati Tengku Qilah. Tangan kecilnya menjalar memeluk pinggang Tengku Qilah.

Wanita itu terus mengusap lembut wajah anak bongsunya itu. Al-kisahnya, Aqhif pula yang terpinga-pinga menunggu sambungan kisah mamanya itu.

"Kacaulah, Zaf. Orang nak dengar cerita mama ni." rengus Aqhif tak puas hati.

Zafriq sudah memuncung bebek angsa namun langsung Aqhif tak pedulikan. Kali ini Aqhif takkan tertipu dengan pujuk rayu mulut itik itu lagi.

"Mama cerita fasal apa?" soal Zafriq mengalihkan pandangan pada mamanhya.

Tengku Qilah tersenyum nipis. "Fasal kawan mama. Zaf nak dengar ke?"soal Tengku Qilah mencubit pipi gebu Zafriq.

Terus Zafriq anggukkan kepala. Tak ada signal apa-apa. Budak kecil itu terus merapati Aqhif. Selamba batak dia menyandar di badan Aqhif. Namun Aqhif tak kisah.

Dia memeluk leher Zafriq lalu pipi chubby Zafriq jadi mangsa. Dicubitnya lembut. Suka.!

"Kawan mama itu membesar sama-sama dengan mama. Lepas mama pindah Kuala Lumpur, semenjak itu mama tak jumpa dia. Ada juga mama dengar cerita, kawan mama ni dapat anak sepasang. Seorang lelaki seorang perempuan tapi itulah.. tak sempat nak jumpa." keluh Tengku Qilah dalam bada kesal.

Aqhif sekadar anggukkan kepala. Penghujung cerita yang agak menyedihkan lah juga. Bersahabat lama tapi penghujung nya perpisahan.

"Abang.."  Zafriq menarik lengan baju tidur Aqhif berkali-kali.

Tak semena-mena Aqhif mengalihkan pandangannya pada adik bongsunya itu.

"Apa?" tegas saja bunyinya.

"Abang, akak Lara itu cantiklah. Dia baik pula itu. Tadi kat kampung, dia bawa Aqhif jalan-jalan naik basikal. Seronok!" teruja Zafriq mahu berkongsi ceritanya.

Mendengarkan itu, Aqhif berkerut dahi. Nampak gaya macam si Zafriq pun dah start sukakan Lara jadi tak adalah kekangan sangat yang dia terima.

"Alah, setakat bawa basikal  itu. Abang pun boleh." sengaja Aqhif cuba membangga diri. Nak tunjuk hebatlah kononnya itu.

Zafriq sudah mencebik bibir. Dia faham sangat dengan perangai abangnya itu. Pantang ada orang kena puji lebih sikit, mulalah itu nak buat perbandingan.

"Abang kan selalu sibuk? Mana boleh abang main basikal dengan Zaf." sempat lagi budak itu merungut.

Aqhif akhirnya mengeluh kecil. Ya tak ya juga. Banyak masanya dihabiskan di pejabat saja. Jarang betul dia luangkan masa bersama Zafriq. Kalau cuti pun, Aqhif lebih suka keluar lepak dengan kawan-kawannya. Hmm..

"Abang.. betul ke akak Lara itu akan jadi akak Zaf nanti? Bila tu bang?" soal Zafriq dalam teruja.

Aqhif menguntum senyum pendek. "Mungkin." jawab Aqhif sepatah.

Tengku Qilah yang memerhati latah adik beradik itu menjungkit senyum. Teruja betul Zafriq bila dapat kakak baru. Nampaknya, kehadiran Lara akan meriahkan rumah ni.

Aqhif tersenyum bila lihat adik bongsunya itu menjerit kerana gembira. Dia sebagai seorang abang, suka tengok adiknya terloncat-loncat macam itu.

Teng

Aqhif terus memeriksa peti masuk bila telefonnya bergetar. Bibirnya menguntum senyum nipis.

'Terima.'-Lara.
...
Hanya tinggal seminggu saja lagi, hari pernikahan aku akan tiba. Seronok? Gembira? Teruja? Argh.. aku rasa biasa sangat-sangat. Tak berdebar tak ada apa. Mungkin lama lagi kot.

Hari ini adalah hari terakhir aku menyiapkan preparation wedding. Sepanjang aku bertungkus lumus menolong Tengku Qilah, kebanyakan masanya Aqhif langsung tidak ikut serta.

Adalah sekali dua dia temankan aku. Itupun sekejap saja lepas itu dia pergi tinggalkan aku. Hmm.. bukan aku nak harap lebih ke apa tapi.. gaya dia itu macam tak sudi saja nak menyambut perkahwinan ni. Ke.. perasaan aku aje?

"Sekejap lagi, aku on the way." habis saja dia kata begitu, terus saja dia matikan talian.

Salam pun tak ada, bye pun tak ada. Akhirnya aku mengeluh perlahan. Kalau ya pun sibuk, belajarlah juga jaga hati orang lain. Aku menggumam sendiri.

Telefon pintarku, aku kembali masukkan ke dalam beg slang ku lalu aku melabuhkan punggung di meja makan subway. Nak tak nak, terpaksalah juga tunggu Aqhif untuk datang.

Dua puluh minit telahpun berlalu namun kelibat lelaki itu masih tak kelihatan. Terus aku mengeluh kecil. Hari ini, Aqhif temankan aku untuk ambil dress pengantin. Itupun, Tengku Qilah yang paksa sebenarnya. Kalau tak jangan haraplah kami berdua akan pergi bersama.

Sepanjang tiga minggu pertunangan, aku tak banyak bercakap dengan Aqhif. Kami berdua pun jarang berhubungan melalui whatsapp atau SMS. Dia pun tak pernah tanya apa-apa fasal aku. Entahlah, adakah dia terpaksa buat semua benda ni?

"Lara!!" dengar saja suara itu, aku terus memusingkan kepalaku ke arah si pemilik suara.

Aqhif yang segak mengenakan T-Shirt Mercedez Benz nya mendekatiku. Bibirku menguntum senyum kelat. Tak apalah, buat tak kisahlah Lara.

"Sorry, lambat. Tadi ada last minute work." ujarnya sudah berkerut dahi.

Aku mengetap bibir. "Tak apalah. Tak kisah pun. Erm.. jomlah, kita pergi ambil dress itu." ajakku yang sudah berura-ura melangkah satu langkah ke hadapan.

"Wait."

Terus aku matikan langkahku lalu aku menoleh memandang Aqhif. "Kenapa?"

"Kau pergilah dulu. Lepas kau selesai ambil, kau call aku. Boleh?" aku tergamam.

Apakah? Lebih baik aku pergi seorang saja tadi kalau penamatnya aku kena pergi seorang juga! Aku kesal namun hanya mampu tersemat dalam hati. Tak apalah, Lara. Sabar ajelah. Dia kan tak lama lagi nak jadi suami kau.

"Abang nak pergi mana?"soalku cuba mengawal intonasi suaraku.

"Aku nak makan. Dari pagi tadi, aku tak makan." ujarnya sambil menggosok perutnya yang kononnya lapar itu.

Tidak mahu panjangkan perbualan, aku terus beralih ke butik pengantin manakala Aqhif pula sudah mengatur langkah menuju ke kafe berdekatan.
...


Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now