Bab 52

20.4K 723 8
                                    

Telefon pintarku yang bergetar terus aku angkat. Tersemat segaris senyuman di bibirku tatkala nama pemanggil terpapar pada skrin telefon pintarku. Abang Paroq!!!

Selesai memberikan salam pemula bicara,abang Aqhif terus mulakan ayat caci sayangnya itu. Dia sempatlah mengusik aku dulu. Tak seronok perbualan adik beradik, kalau tak ada pergaduhan kecil pada awal bicara.

"Sejak dah jadi isteri orang ni, tak reti nak call abang kan? Tahulah suami lagi kacak dari abang sendiri, tapi janganlah sampai tak sudi nak jumpa abang pun." ada nada rajuk minta kaki dalam bicara lelaki itu.

Kalau dengar untuk kali kedua, mau bernanah telinga aku dengar lelaki tua yang bujang, tak laku merajuk. Itulah.. siapa suruh jadi single lama sangat?

"Eiii.. gelinya dengar orang tua merajuk. Nak datang macam mana kalau abang tak pujuk pun Lara untuk balik?" selorohku disertai tawa kecil.

Abang Paroq sudah mencebik di hujung talian. "Sikit-sikit abang juga yang salah. Bukannya Lara tak tahu pun kan jalan balik rumah? Aih, mentang-mentanglah dia dah jadi bini orang kaya, lupa daratan lah pula?"

Ni pantang ni. Jangan kata aku lupa daratan, okey? Kaya ke miskin ke.. aku takkan pernah lupa asal usul aku. Di mana darah pertama aku tumpah, itu aku takkan lupa kan.

"Mulut abang ni laseerrr sangat. Agaklah nak tuduh Lara lupa daratan. Ish, ni tak suka ni. Merajuk lah kalau macam ni." aku sudah berpura-pura merajuk.

Bukannya diterpa rasa bersalah, malah Abang Paroq sempat ketawakan aku. Haih lah, nasib. Dapat abang super duper kurang function nya. Suka sangat menyakat aku.

"Okeylah. Abang kurangkan kelaserran abang itu. Hmm.. bila nak balik kampung? Sejak kahwin, Lara tak pernah pun nak menjenguk abang kat kampung. Loner tau abang sekarang."adu abang Paroq dengan kesedihannya itu.

Aku tersengih. Tahu pula dia loner. Loner tapi langsung tak ada usaha untuk cari pasangan.

"Siapa suruh jadi single? Punyalah banyak anak dara kat Kampung Ayer Cetek itu tapi satu pun abang tak minat. Haih, abang pun sepatutnya sekarang ni patut dah ada keluarga tau."sempat bebelan panjang aku berikan pada dia.

Aku dengar keluhan abang Paroq. "Kalau dah tak ada jodoh tu, memang tak adalah jawabnya Lara. Ingat kahwin itu sama macam makan ke?"

Dahiku sudah berkerut. "Apa kaitan kahwin dengan makan?"soalku hairan.

"Yalah. Kahwin ni tak sama dengan kita makan. Kita akan makan apa yang kita suka, tanpa ragu-ragu tapi kahwin ni.. kalau kita suka pun, hati kita masih akan ragu-ragu. Lagipun, abang nak kahwin dengan perempuan yang abang cinta."ujar lelaki itu. Di penghujung ayatnya, nada suaranya berubah serius.

"Hmm.. yalah bang. Erm, ni.. betul ke Abang Mail nak kahwin nanti? Habis itu, bisnes abang dengan dia macam mana?"soalku mahu mengubah topik.

Aku tahu kalau bincang fasal kahwin ni mesti abang Paroq akan bertegas bagi jawapan bela diri. Tak habis-habis dia kata mahukan seorang perempuan yang dia cinta tapi.. sampai sekarang, aku tak dengar lagi siapa orangnya. Biarlah, lelaki masa tua pun boleh kahwin.

"Abang akan tutup bisnes minggu depan. Rabu ni last." balasnya mendatar.

Terkejut juga aku bila dengar jawapan abang Paroq. Tutup bisnes? Masih tersemat lagi dalam kepala ku bagaimana gigihnya abang Paroq mahu membangunkan bisnes burgernya itu.. Tup-tup, sekarang nak berhenti pula dah?!

"Habis itu? Lepas tutup bisnes abang nak buat apa?"

"Abang nak buka bisnes personally." balasnya seperti yakin dengan keputusannya.

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now