Bab 15

15.6K 655 10
                                    

Telefon pintar jenama Samsung terus aku capai lalu aku baringkan tubuhku di atas katil. Laju sahaja jari jemariku mengetik whatsapp antara aku dan Yara. Terus bibirku menguntum senyum bila baca whatsapp daripadanya.

Rindulah zaman sekolah dulu. Boleh balik sekolah sama-sama, pergi sekolah sama-sama.-Yara.

Aku mengukir senyum nipis.

Kalau kau cuma rindu, aku lagilah rindu sampai termimpi-mimpi-kirim.

Lol, now we are getting old. Already 20 my dear-Yara.

Kali ini aku ketawa kecil. Yurp, kita dah tua dah. Zaman sekolah menengah sudah 3 tahun berlalu. Sekarang, zaman dewasa pula akan aku tempuhi selepas ni.

But you're non officially 20 right? Please, sedar. Aku ni dah okey? Haha.. Officially 20-kirim.

Okey fine. Erm.. Lara, aku nak beritahu kau something.-Yara.

Dahiku berkerut. Aik? Sejak bila nak bercakap something pun, nak kena beritahu dulu ni? Bukan bantai ke nak cakap apapun.

Apa?-kirim

Call lah. Tak seronoklah, story-Yara.

Aku mengeluh kecil. Nak tak nak, aku terpaksalah call dia. Aku pun sebenarnya nak tahu juga apa yang something sangat tu, sampai nak bercall bagai?

Baru sahaja dua kali beep, panggilanku terus dijawab oleh Yara.  Baru semalam call, hari ni call lagi.

"Hm.. cepatlah beritahu aku apa yang something sangat tu?"soalku ingin tahu.

Yara tersenyum di hujung talian. "Aku.. erm.. aku dah bertunang, Lara."

"What? Siapa dia? Orang mana? Budak sekolah kita ke? Weiyh, apsal lambat sangat kau bagitahu aku?" bertubi-tubi soalan aku hamburkan pada Yara. Siapa aje yang tak terkejut dengar kawan baik sendiri dah bertunang?

Aku dengar Yara tersenyum kecil. "Dia bukan budak sekolah kita lah. Hmm.. dia anak kawan mama aku. Sorry lah, beb. Baru semalam kita calling, aku lupa nak inform kat kau." ujar Yara dengan nada perlahan. Lelah..

"Anak kawan mama kau? Siapa nama dia?" soalku.

"Tengku Aqhif Hasyim. Haah." mendatar saja nada suara Yara kali ini. Namun, aku langsung tak menyedari perubahan nada suaranya itu.

Aku sudah teruja. "Wou! Anak Tengku? High betul test kau eiyh? Hmm.. macam mana rupa dia? Ada ala-ala mamat korea tak, takpun ada muka macam selebriti inggeris tak?" aku dah demand tinggi-tinggi.

Tak terkejut pun kalau Yara dapat yang tinggi, hidung mancung dan putih melepak kerana Yara memang cantik orangnya. Sejak zaman sekolah lagi, dia terkenal kerana kecantikan, kecerdasan dan kepintaran akalnya. Dia digilai oleh kaum adam di sekolah kami dulu.

Wajah Yara sangat ayu. Wajahnya benar-benar bersih dari segala jerawat dan jeragat dan warna kulitnya sangat putih kemerah-merahan. Nak dibandingkan dengan aku? Adalah dua tiga ketul jerawat pada wajah aku. Hehe.. aku pakai sabun mandi aje pun.. nak demand kulit putih bersih, memang takkan mungkinlah.

"Kau ni, Lara. Tak habis-habis dengan korea. Lelaki melayu, tak ada pula kau sebut kan? Lelaki melayu pun kacak apa?" sangkut pula perbincangan kami ke para lelaki melayu versus korea pula.

Aku sudah mencebik. "Lelaki melayu memang ramai yang kacak tapi tak setia. Apa guna kalau macam itu?" bidasku dalam nada perli.

Bibir Yara menguntum senyum pendek. "Siapa cakap macam itu? Aku ada jumpa seorang lelaki yang setia. Dia tak pernah berserah untuk dapatkan aku dan sanggup buat apa saja sampai sanggup korban kan semuanya semata-mata nak tengok aku bahagia."ujarnya dengan nada penuh resah.

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now