Dahiku dapat rasakan kehangatan yang lama. Ohmygad Taehyung nak kasi aku demam ke?
Baru aku nak tanya dia kenapa moody semacam,zapp! "Eh? Taehyung?" Dia ghaib.
"I love you." Suara sayup bisikan Taehyung singgah di telingaku. Tapi,mana dia?
--
"Mama."
Puan Kim menggeleng saja melihat kerenah Taehyung manja sejak pulang ke rumah. Ntah apa masalah,taknak bilang. "Mianhae mama. Taehyung tak dapat jalankan misi mama mahukan." Anaknya menundukkan kepala. Barangkali rasa malu bila dah jatuh.
"Mama ingat kamu datang ni nak tanya pasal choker tu. Rupanya,haih." Puan Kim menepuk dahi. Kecewa tengok anak lelakinya berputus asa. "Dia yang macam tak rela nak hidup dengan Tae. Tae dah pujuk dia,ma." Lelaki itu mencebik. Kelibat Taerin dan Tuan Kim tak kelihatan dari tadi. Riak wajah wanita itu berubah. "Maksudnya,kamu dah.."
"Ma,Tae nak kahwin dengan spesis Tae jelah."
"No,no! Mama nak kamu bersungguh-sungguh. Kay? Dia cantik tak? Kaya? Sederhana? Miskin?"
Bertubi-tubi ibu Taehyung bertanya. Taehyung garu kepala. Mana satu nak jawab? Padanya Chorong ada semua posisi ni. Nak kata kaya tapi tak. But berfesyen. Nak kata sederhana tapi tak,rumah besar. Nak kata miskin tapi tak,Chorong dah bekerja dan gaji pun banyak.
Cantik? Bagi lelaki itu,Chorong cantik bila marah. Comel bila gugup dan sexy bila habis bersihkan diri.
"Kim Taehyung,memang macam ni jalannya..mula-mula memang rumit. Papa pun gitu dulu."
"Macam mana papa dambat hati mama?"
Puan Kim dah tunjuk muka sinis. Kening sebelah di angkat. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Taehyung lalu berbisik.
"Popekpopekpopek. Popekpopek popek."
"Wah bernas ma!!"
--
1 bulan kemudian. Bayang Taehyung belum nampak sekian lamanya Chorong menunggu. Vampire tu baru je kacau hidupnya 1 minggu tapi dah rindu?
Ada makna ni.
"Bosannya."
Punat alat kawalan tv ditekan banyak kali. Siaran tv bertukar-tukar. Satu cerita pun tkde menarik minatnya walaupun ada cerita Rain sedang disiarkan sekarang,dia malas nak melayan.
Chorong melangkah berat pergi ke dapur untuk menyejukkan tekak. Kepala otaknya tiba-tiba bermain memori semasa hari kedua Taehyung mengacau hidupnya. Matanya berkalih memandang peti sejuk. Di situ,first kissnya dirampas tanpa rasa segan oleh Taehyung.
"You know what,i love your lips than your blood."
Bait kata vampire itu bermain di telinganya. Jari gadis itu menyentuh bibir sendiri. "He is a good kisser. Even Vampire."
Daun pintu bilik terbuka luas. Matanya terarah pada katil empuk bercadar warna merah ros. Teringat pula memori Taehyung sengaja buat hal atas katil untuk memberitahu Suho bahawa,Chorong miliknya.
"Pervert."
Di sisi lain,di atas pokok berhadapan rumah Chorong. Seorang lelaki sedang mengintip dalam diam. Lelaki itu tersengih dapat tahu Chorong sedang merinduinya.
"Kau suka aku. I know. "
YOU ARE READING
(h) Love Bite + TrustS2
VampireVampire, sifatnya yang rakus terhadap darah. Namun..sifat itu perlahan-lahan ghaib apabila hidupnya berubah tatkala tinggal bersama manusia yang dia cintai. [Love Bite. | Dec 2017] Bahagia bukan selamanya. Taehyung menjadi mangsa dendam Woojin...