Bab 9

672 58 6
                                    

           

BAB 9

 

JARUM jam di tangannya sudah menginjak ke pukul 10 pagi, barulah habis jualan nasi lemaknya itu. Syukurlah, laris sungguh jualan nasi lemaknya sejak menjadi viral itu. Laju tangannya mula mengemas bekas kosong dan barang-barang yang digunakan untuk menjual masakannya itu. Satu persatu bekas dimasukkan ke dalam bonet kereta buruk Orked itu. Sewaktu dia menutup rapat bonet keretanya itu, ada seorang lelaki berpakaian suit lengkap menghampiri dirinya. Dia hanya tersenyum nipis, membalas senyuman yang dihadiahkan oleh lelaki bertubuh kurus kering berkulit sawo matang itu.

"Assalamualaikum Cik Seroja, my Boss nak jumpa." Teguran lelaki itu membuatkan senyuman manis di bibirnya mati secara tiba-tiba. Dia menelan air liur dan memandang tepat sepasang anak mata bundar milik lelaki itu.

"Err...siapa Boss awak?" Usul Seroja sedikit kurang senang berdepan dengan lelaki bersuit warna hitam itu. Sesekali bebola matanya mula melilau melihat kawasan sekeliling yang sudah kurang sibuk. Mungkin orang ramai sudah pergi ke tempat kerja. Jadinya, suasana kelihatan agak lengang tanpa orang awam.

"Encik Wildan. Dia nak jumpa Cik Seroja sekarang." Mendengar nama Wildan, hati Seroja mula meloncat melantun tidak menentu iramanya. Kelihatan lelaki di depannya itu masih murah hati mengukir senyuman kepadanya.

"Wildan? Lelaki yang mengaku sebagai tunang saya tu?" Gugup sungguh Seroja di saat bertanyakan kembali kepada pemuda itu. Sungguh persoalan Wildan dan niatnya untuk meminang dirinya itu berjaya mencuri ketenangannya. Semalaman dia berkalih tempat tidur, tidak dapat melelapkan mata kerana lelaki bernama Wildan itu.

"Err... ya, tunang cik Seroja, my Boss nak jumpa." Ujar lelaki itu sambil tangannya naik menutup dahinya yang disimbah cahaya matahari itu.

"Huh! Awak pulak siapa?" Seroja semakin diterjah tanda tanya. Jelas dia kurang percaya dengan karakter lelaki yang mengaku bekerja dengan Wildan itu. Sekali lagi matanya melilau melihat kawasan sekeliling. Sementara otaknya ligat berfikir berapa langkah yang perlu diambil untuk sampai ke tempat pemandu dan cuba melarikan diri daripada lelaki yang tidak dikenalinya itu. Dadanya mula berdegup tidak menentu. Terasa peluh sejuk mula beranak pinak di pelipisnya.

"Saya P.A En. Wildan. Nama saya Tariq." Nafasnya semakin singkat sewaktu lelaki itu memperkenalkan diri. Dia sudah bersiap sedia untuk melarikan diri. Namun, sebelum dia meninggalkan lelaki itu, dia ingin benar mengorek rahsia tentang Wildan. Rasa ingin tahunya membuatkan dirinya tegap berdiri di depan lelaki kurus melidi itu.

"O.k En. Tariq, boleh tak kasi nombor telefon Boss awak tu kat saya." Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg sandang  buruknya itu dan mula menanti jawapan daripada Tariq. Namun, kelihatan dahi lelaki itu berkerut-kerut sambil mulanya terbuka dan tertutup beberapa kali.

"Err...tapi my Boss nak jumpa Cik Seroja sekarang." Tariq kelihatan cukup serba salah sekarang. Tangannya naik menyapu dahinya yang sudah dipenuhi peluh dingin itu. Matanya masih tidak lepas mengamati raut wajah manis milik bakal isteri majikannya itu.

"Saya tak kenal awak En. Tariq. Saya tak tahu awak ni conman ke siapa. Saya tak percaya kat awak." Seroja akhirnya mengalah dan mula menukar fikirannya. Dia tidak ingin berjumpa dengan Wildan dengan cara sebegini rupa. Kalaulah benar lelaki itu ingin berjumpa dengannya, kenapa sampai perlu hantar anak buahnya untuk menjemput dirinya? Tidak bolehkah lelaki itu datang bertemu dengannya sendiri tanpa melibatkan orang tengah? Siapakah lelaki bernama Wildan yang amat suka menyalahgunakan kuasanya itu? Pelbagai persoalan memenuhi benak fikiran Seroja.

"Oh, I am so sorry. Lupa nak bagi business card saya. Nah Cik Seroja. Panggil saya Tariq saja." Tariq menepuk dahi di atas kesilapannya itu. patutlah gadis itu tidak mempercayainya sekarang. Dia tidak memperkenalkan dirinya dengan cara yang betul. Segera dia mengunjuk business card ke arah Seroja.  

Cincin Untuk Seroja (READY STOCK)Where stories live. Discover now