BAB 36

197 27 7
                                    

           

BAB 36

CINCIN UNTUK SEROJA

Matanya berapi-api bagaikan ingin membakar susuk tubuh tiga orang lelaki bertubuh tegap bertattoo di lengan itu. Dadanya berombak laju diselangi dengan deruan nafas yang tidak menentu. Sebelah tangannya naik mengipas muka yang terasa membahang itu. Panas terik mentari bergabung dengan panas di dalam hati membuatkan dirinya rasa mahu mencekik konco-konco orang upahan yang gagal melaksanakan tugas yang diberi itu. Cermin mata hitam yang melorot dari pangkal hidung ditolak ke atas. Topi pantai berwarna merah terang itu dibetulkan dengan hujung jari. 

"Macam mana korang buat kerja ni? Sampai sekarang tak dapat culik betina tu?" Suara Ariana tinggi melengking di udara.

            "Kawalan ketat Mem! Big Boss JK ada dua orang bodyguards kawal ketat Seroja. Kitorang tak dapat peluang." Bob, ketua geng bertattoo itu menjawab. Mereka duduk santai di atas motor besar yang diparkir di hujung tasik itu.

            Huh! Kalau ikutkan hati Ariana, dia tidak sanggup datang ke tasik terpencil itu. Bimbang kasut tumit tinggi yang dipakainya akan dikotori debu tanah. Namun, terpaksa diturutkan kerana tidak mahu jejaknya diketahui orang sekeliling.

            "Tapi dah satu minggu aku bagi kerja ni kat korang. Korang janji boleh settle dalam masa 3 hari. Sekarang tengok, mana hasilnya? Duit upah yang aku bayar korang tu rugi macam tu saja?" Dadanya turun naik selari dengan deruan nafas hangatnya itu. Sebelah tangannya naik mencekak pinggangnya yang sudah mula ada lemak tepu itu. Ni tak boleh jadi, kena pergi buat liposuction supaya lemak-lemaknya dapat disedut keluar. Dia tidak mahu Imran bencikan dirinya kerana dia sudah berisi. Dia berazam untuk memikat kembali hati bekas suaminya itu.

            "Sabar Mem! Nanti kitorang cari jalan macam mana nak selesaikan kerja ni. Jangan risau!" Lelaki bertattoo itu memberi jaminan.

            "Huh! Aku tak boleh harap dengan korang semua ni. Lembap, bodoh, bangang!" Ariana berlalu pergi dari tempat perjumpaan sulit mereka di tepi tasik itu dengan hati yang amat sebal. Dia sudah tiada cara lain. Dia perlu bertindak dengan lebih cepat lagi. Dia perlu mencari peluang untuk membalas dendam.

***

TINGGAL satu minggu saja lagi sebelum Seroja dan Wildan diijab kabulkan. Sejak kejadian minggu lepas, Wildan memperketatkan kawalan keselamatan. Dia sanggup berhabis duit mengupah dua orang pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan Seroja. Bimbang benar andai buah hatinya itu diapa-apakan oleh Ariana mahupun Imran.

            Di pagi hari ahad, mereka berdua menapak ke butik pakain pengantin milik ibu saudara Wildan. Mereka perlu mencuba pakaian pengantin yang telah diubah suai seperti kehendak mereka sebelum itu.

            "Ha, dah sampai pun kamu Wil, Seroja. Dah lama Mak Su tunggu korang datang." Wanita bertubuh agak berisi dan berwajah penuh keibuan itu menyambut mesra kedatangan mereka berdua dengan senyuman lebar.

            Wildan tunduk mencium tangan Mak Su sebelum Seroja turut berbuat perkara yang sama. Pipi Seroja dilekat ke pipi Mak Su kiri dan kanan sebelum mereka berdua berpelukan mesra.

            "Mak Su sihat?" Ujar Seroja berbasa basi. Bibirnya tidak lekang menguntum senyuman manis sehingga menampakkan lekuk lesung pipitnya itu.

            "Alhamdullillah sihat. Semakin cantik berseri-seri bakal pengantin ni. Aura pengantin tu dah ada." Mak Su memuji kecantikan asli Seroja. Wajah anak dara itu bersinar-sinar ceria, maklumlah anak muda nak naik pelamin.

            "Mana ada. Saya rasa biasa-biasa je, Mak Su." Tangan Seroja naik menekup kedua pipinya. Cuba menyembunyikan rasa malu yang menguasai dirinya itu.

Cincin Untuk Seroja (READY STOCK)Where stories live. Discover now