BAB 20
CINCIN UNTUK SEROJA
"WILDAN, tell me the truth. Kenapa awak nak kahwin sangat dengan saya? Apa tujuan awak sebenarnya?" Si gadis sudah tidak betah berdiam diri lagi. Dia ingin mengetahui punca sebenar kenapakah lelaki begitu bersungguh-sungguh untuk mengambilnya sebagai isteri.
"Okay. Saya boleh berterus terang. Tapi awak kena berterus terang dengan saya jugak. Tentang perasaan sebenar awak." Ujar Wildan cukup tenang sekali. Kini tiba masanya dia menceritakan serba sedikit tentang tujuannya menyunting Seroja. Dia berharap agar usahanya itu dapat membuka pintu hati Seroja untuk menerima lamarannya. Lagipun, 'honesty is the best policy'!
"Okay." Sahut Seroja lemah sambil dia kembali duduk di depan Wildan.
Lama Wildan memandang Seroja sebelum bersuara tenang memberitahu duduk pangkal yang sebenar.
"Ada dua sebab kenapa saya perlu kahwin dengan awak. Satu, kerana atuk saya letak syarat, saya perlu berkahwin sebelum bulan June. Kalau saya gagal, semua bahagian harta yang sepatutnya diwariskan kepada saya akan diwariskan ke badan-badan kebajikan." Wildan sedar faktor ini akan membuatkan dirinya akan dicop sebagai lelaki tamak haloba dan tidak berhati perut di mata Seroja. Namun, itu adalah sebahagian hakikat kenapa dia berkeras untuk memiliki Seroja di dalam waktu terdekat.
"Oh, jadi awak buat semua ni kerana harta?" Kelihatan Seroja mengangguk kepala beberapa kali bagaikan dapat menghubung kait segala tindakan Wildan yang kelihatan cukup tergesa-gesa itu.
Sementara Wildan menelan air liur pahit kerana dia terpaksa meruntuhkan egonya sendiri. Demi meraih secebis kepercayaan Seroja, dia sanggup mencemarkan rekod bersih di dalam hidupnya. Sungguh, buat pertama kalinya dia rasa cukup segan sewaktu dia terpaksa merendah diri di depan Seroja demi mempertahankan harta warisan yang sepatutnya diwarisi olehnya itu.
"Yeah, partially because of that." Wildan mengakui telahan Seroja dengan suara yang cukup hambar. Dirasakan maruahnya sebagai seorang lelaki begitu rendah di mata Seroja. Sudah pasti gadis itu memandang jelek terhadap dirinya. Dia akhirnya mengeluh kasar, semakin kecewa dengan kelemahan dirinya. Seperti terdengar bisikan halus mengejek dirinya sendiri. Andai saja dia tidak berkeras untuk memiliki Seroja dan menerima saja aturan jodoh datuknya dulu, sudah pasti dia tidak perlu berdepan dengan situasi yang amat memalukannya ini.
"Jadi, apa alasan kedua awak perlu kahwin dengan saya?" Si gadis masih lagi menagih penjelasan.
"Hmm.. that's your task to find out kenapa saya pilih awak untuk jadi isteri saya?" Wildan berdehem beberapa kali sebelum memperbetulkan duduknya. Dia cuba menyembunyikan rasa hatinya yang sebenar. Andai Seroja tahu cinta di hatinya itu, sudah pasti gadis itu tahu bahawa dia sebenarnya amat bergantung harap dengan persetujuan gadis itu. Dia tidak sanggup maruah dirinya dipandang rendah oleh gadis itu. Dia ingin menyelamatkan rasa cinta di hatinya yang sememangnya tidak pernah dihargai langsung oleh gadis itu sekarang.
"Sebab awak rasa saya akan bersetuju dengan rancangan awak? Sebab saya perlukan duit?" Tukas Seroja lagi.
"Itu... tugas awak untuk cari jawapan yang sebenar." Sengaja Wildan cuba bermain tarik tali dan menutup pintu hatinya yang amat terkesan kerana terlalu menagih kasih dan perhatian Seroja itu.
"Okay." Sahut Seroja sedikit rendah.
"Jadi, memandangkan awak dah tahu alasan dan sebab kenapa saya nak kahwin dengan awak, Seroja. Adakah awak sudi terima lamaran saya?" Kini, buat kesekian kalinya Wildan memberanikan dirinya untuk melamar Seroja. Biarpun dia tahu gadis itu mungkin saja menolak lamarannya sekali lagi.
YOU ARE READING
Cincin Untuk Seroja (READY STOCK)
RomanceSinopsis "Blurb" Cincin Untuk Seroja Wildan, CEO JK Holdings diberi kata dua. Berkahwin atau pun harta pusakanya diwariskan ke badan amal. Terdesak. Dia ingin menyunting Seroja, gadis penjual nasi lemak yang viral di media sosial itu. Sangkanya, sam...