TEASER PROMO

195 1 4
                                    

TEASER 7 CINCIN UNTUK SEROJA

Wildan mengambil fail di atas meja dan mula membelek-belek helaian kertas. Tangan kanannya turut mencapai pen di atas meja dan dia mula melontar soalan kepada Seroja.

"Okay, next question. Awak ada sebarang rekod jenayah?" Matanya naik sekilas memandang Seroja dengan senyuman herot tidak lekang daripada bibirnya.

"Mestilah tak ada." Seroja menterbalikkan bebola matanya dan melepaskan keluhan lemah di celah-celah bibirnya.
Tangan Wildan laju mencatat sesuatu di dada kertas di depannya itu. Kemudian dengan suara yang serius, dia meneruskan sesi 'temuduga' yang amat spontan itu. Dia suka melihat reaksi tergamam milik Seroja itu.

"Ada sebarang hutang yang tertunggak?" Sepasang matanya tidak lepas mengamati setiap reaksi di wajah Seroja.

"Wildan, saya tak perlu beritahu awak semua benda ni!" Seroja membentak marah. Dirasakan temuduga yang dijalankan Wildan itu sedikit tidak rasional. Soalan-soalannya terlalu eksentrik sekali.

"Well, saya nak tahu sama ada awak ada hutang ke tak atau dah diisytiharkan muflis?" Wildan memberi alasan bersahaja walaupun jauh di sudut hati, dia sudah semakin geli hati melihat aksi Seroja sekarang.

"Wildan? Okay fine, ada hutang dengan kawan-kawan saya lebih kurang RM3k, lepas tu hutang motor Suzuki Azran..." Seroja mengeluh resah dan memicit pelipis beberapa kali sebelum memberitahu hal yang sebenar. Memang dia ada berhutang di sana sini kerana kekangan hidup. Masalah kesihatan abah dan Azran yang biasanya menjadi punca utama dia terpaksa menebalkan muka meminta pertolongan teman-temannya itu.

Kelihatan Wildan masih tekun menulis sesuatu di helaian kertas.

"Awak ada sebarang masalah kesihatan?" Soal Wildan lagi.
"Alhamdulillah sihat." Seroja menarik nafas lega kerana soalan Wildan kali ini agak normal di pendengarannya.

"Good. Ada masalah senggugut?" Wildan masih meneruskan agenda kecilnya itu. Sepasang matanya galak menanti jawapan si anak dara. Namun, dia masih mempamerkan raut wajah serius bagaikan tidak terkesan dengan soalan sensitif bagi mana-mana anak dara jika ditanya oleh si pemuda.

"I am not telling you. Awak bukan doktor saya." Kini Seroja sudah merah cuping telinga. Dia memalingkan muka dan mengetap bibir marah. Sekali lagi Wildan berjaya membuatkan dia rasa amat malu dan segan. Isu sensitif hal orang perempuan pun ingin ditanya oleh Wildan? Jawatan apa yang si Wildan tengah interview Seroja sekarang?

"Hmm... mungkin ada. So, awak ada masalah bau mulut?" Dengan selamba, si Wildan mencatat Seroja ada masalah senggugut di dada fail peribadi Seroja itu. Namun, soalan seterusnya itu sebenarnya lebih kepada usahanya untuk menyakat Seroja saja. Dia cuba bersuara selamba walaupun sebenarnya dia sudah hampir tergelak besar melihat raut wajah berkerut-kerut si anak dara.

"What? Apa yang awak mengarut ni Wildan?" Suara Seroja sudah naik satu anak tangga. Sepasang anak matanya sudah memanah beribu-ribu anak panah tepat ke muka Wildan. Dirasakan dirinya sedang dipermainkan Wildan saja lagaknya.
 
"Hmm... tak apa. Next time I'll find out on my own." Wildan sekali lagi mengabaikan reaksi marah Seroja sebelum dia tunduk menulis sesuatu di fail di tangannya itu.

"Kenapa saya rasa awak sekarang bukan tengah interview pasal kerja?" Seroja sudah semakin curiga.

"Next, question! Berapa ramai bekas kekasih awak?" Si jejaka masih meneruskan temuduga spontan yang amat menghiburkan hatinya itu. Sepasang matanya tidak lepas menanti jawapan daripada Seroja.

"Wildan, this is not job interview questions. This is too personal!" Seroja mendengus marah dan sakit hati. Rona di pipinya semakin bertambah satu lapisan lagi. Makin cantik pula di mata Wildan.

"Seroja, tell me. Kalau awak nak kerja dengan saya. I need your honest answer." Wildan masih berlagak selamba. Suaranya tegas dan serius saja.

"Okay, fine! 3 orang." Si gadis akhirnya mengalah dan memberitahu hal yang sebenar.

"Siapa nama mereka dan bila awak couple dengan mereka?" Si jejaka tunduk menulis sesuatu sedangkan hatinya sudah diterjah rasa cemburu buta. Dia ingin tahu siapakah lelaki bangsat yang berjaya mencuri perhatian Seroja.

"Haikal semasa zaman sekolah. Adam time belajar kat universiti dan Imran, bekas tunang saya." Seroja mengeluh resah sebelum mendedahkan rahsia peribadinya.

"Hmm... kenapa awak putus tunang dengan Imran?" Si pemuda terus mengorek rahsia.

"Sebab dia curang dan pilih untuk kahwin dengan orang yang sama taraf dengan dia." Si anak dara menceritakan kisah duka di dalam hidupnya dengan hati yang cukup sebal sekali.

"I am so sorry, Seroja." Wildan bersuara perlahan, cuba berkongsi rasa dengan si anak dara. Selebihnya hati kecilnya amat gembira kerana andai Imran tidak membuat hal, mungkin saja dia yang sebenarnya sedang berputih mata menangis kesedihan.

"Saya tak perlukan simpati awak Wildan! Jadi kenapa semua soalan awak ni menjurus kepada soalan peribadi saja Wildan? Jawatan apa awak nak kasi untuk saya?" Bagaikan dapat mengagak niat hati Wildan, Seroja mula melontar soalan kepada si jejaka.

"Sebagai isteri saya!" Sahut Wildan selamba dengan senyuman herot di bibirnya

Berminat? DM SELLA 0192887829

Berminat? DM SELLA 0192887829

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cincin Untuk Seroja (READY STOCK)Where stories live. Discover now