"Jadi awak adalah Tiang? Budak lelaki yang selalu kena buli dulu?" Si gadis bertanya dengan suara kecil. Jelas anak matanya bersinar-sinar menatap wajah kacak Wildan yang jauh berubah itu. Ditelan air liur berkali-kali, masih tidak dapat mempercayai kebetulan yang amat memeranjatkan itu.
Kelihatan si jejaka mengangguk kepala laju, mengiakan telahan Seroja.
"Ya. That's me." Sahut Wildan sambil tergelak kecil. Nama gelaran yang melekat dengannya di bangku sekolah kerana tubuhnya yang tinggi dan kurus kering berbanding rakan-rakan sekolahnya dulu. Nama gelaran yang selalu menjadi bahan ejekan geng buli yang selalu mencari pasal dengannya dulu. Segaris jalur kesal mula membalut tangkai hatinya. Terasa kelat air liur di dalam mulutnya di saat memorinya mencarik kembali kisah hitam dan cukup pahit dalam rentetan hidupnya dulu.
"Haha. Sorry gelakkan awak. Kelakar." Seroja juga turut tergelak kecil. Lekuk lesung pipitnya amat mencuri perhatian Wildan. Tertarik dan teruja pada masa yang sama.
"Hmm... dah habis gelakkan saya?" Soal Wildan dengan larikan senyuman senang hati. Gembira kerana si gadis akhirnya dapat mengigati kisah pertemuan mereka berdua.
"Haha. I'm so sorry. Tapi awak nampak berbeza sangat sekarang. You look super duper handsome, dashing, smart and very tough." Seroja gagal mengawal diri. Bertubi-tubi pujian mengalir laju keluar dari mulutnya. Akhirnya dia terpaksa menggigit lidah agar dapat menahan diri daripada terus memuji si jejaka di depan mata.
Wildan mengulum senyuman lebar, rasa kembang kempis hidungnya mendengar pujian yang keluar daripada bibir merah jambu milik si buah hati.
"Thank you for the compliment, sweetheart." Bunga-bunga cinta mula kembang, mekar dan mewangi. Matanya redup menatap senyuman manis si gadis.
"Haha. But you changed so much. Apa yang berlaku?" Dalam hujung gelak tawa nakalnya tadi, barulah Seroja melontar soalan yang ditunggu-tunggu oleh Wildan.
"You left me, Seroja. You're the one that changed me." Entah apa yang merasuk hati Wildan, dia perlahan-lahan memberanikan diri membuka pintu kamar hatinya. Membentang isi hatinya untuk tatapan si gadis jelita pilihan hatinya.
"Apa? Apa maksud awak, Wildan?" Semakin terkejut Seroja di saat mendengar luahan Wildan itu. Jantungnya yang sedari tadi berdegup kencang semakin bertambah kencang degupannya. Dapat dirasakan ada maksud mendalam yang tersembunyi di sebalik sinar mata redup si jejaka kacak itu.
"Err... saya tahu kita tak pernah bersembang sewaktu di sekolah dulu sebab saya memang pemalu dan pendiam. Saya tahu saya hanya mampu pandang awak dari jauh saja. Tapi..." Gugup suara Wildan cuba memberitahu hal sebenar. Namun, perasaannya semakin kalut. Malu dan segan kerana dia sedar, dia hanyalah salah seorang peminat Seroja pada suatu waktu dulu. Peminat yang hanya mampu meminati dalam diam. Salah dirinya juga kerana teramat pemalu dan introvert sehingga tidak berani bertegur sapa dengan gadis pujaan hati. Terasa dia semakin kecil dan kecil. Terasa seperti masa kembali berputar, menariknya kembali ke alam remaja. Terasa cinta hatinya akan ditolak mentah-mentah oleh Seroja.
"Tapi apa Wildan?" Gemersik suara Seroja berjaya menarik kembali jiwa Wildan ke alam realiti. Bebola matanya masih setia merenung sinar mata si gadis. Oh tuhan, kalaulah Seroja dapat membaca isi hatinya, sudah pasti si gadis tahu betapa dia amat mencintai diri gadis itu. Menarik nafas dalam sebelum menghembus perlahan-lahan, dia cuba mencari ketenangan yang sudah hilang meninggalkan dirinya itu. Dia cuba mengukir senyuman, biarpun terasa cukup payah sekali. Kering kolam air liurnya di saat dia cuba meneguk untuk mengisi tekak yang terasa haus secara tiba-tiba itu. Lalu tangannya mencapai gelas berisi jus di atas meja dan diteguk rakus sebelum mencari ayat untuk memulakan bicara. Argh! Persetankan nasihat si Izwan tu. Dia sudah tidak tega memendam rasa. Dia tidak ingin lagi menipu Seroja sedangkan hatinya itu memang milik mutlak si tunang di depannya itu.
"Tapi awaklah orangnya yang beri harapan untuk saya meneruskan hidup. Awaklah orang yang beri saya kekuatan untuk berdepan dengan dugaan dan rintangan." Nah, Wildan membuka pekung di dada. Jiwanya rasa cukup terdedah tanpa sebarang benteng lagi. Andai si gadis memilih untuk melapah dan menghiris sekeping hatinya, maka dia sudah pasti akan terluka dan tercedera. Dengan penuh harapan di dada, cuba diluahkan segala isi hatinya melalui sinar matanya.
"Wildan, you put so much meanings behind it. Saya hanya tolong awak sekali tu saja." Gugup juga suara merdu si gadis cuba menepis getaran hebat di hatinya. Bagaikan dia turut dapat merasai sinar penuh harapan yang terpancar di sebalik sinar mata Wildan itu. Adakah Wildan cintakan dirinya? Kerana peristiwa 19 tahun lepas? Mustahil! Jerit hati kecilnya. Sementara minda dan hati sudah penat bertelagah. Menafikan telahan demi telahan yang datang silih berganti itu.
"Ya. Memang awak tolong selamatkan saya sekali tu saja. Tapi saya tak pernah ada peluang untuk berterima kasih kepada awak. Saya tak pernah berani untuk menghampiri awak. Maafkan saya kerana rasa terima kasih saya ni lewat 19 tahun, Seroja." Ujar Wildan seikhlas hatinya.
"Wildan... I am speechless." Jelas si gadis sudah kehilangan kata-kata. Namun pandangan mata mereka masih bertaut lama.
"Awak tahu tak Seroja...waktu saya dah nekad untuk bercakap dengan awak... saya cari awak. Tapi awak dah tak ada. Awak dah tukar sekolah tinggalkan saya seorang diri kat sana. Kat neraka tu." Lirih suara Wildan meluahkan isi hatinya. Dia nekad ingin berterus terang. Tidak sanggup memendam rasa cinta yang membuak-buak itu.
"Wildan... am so sorry. Jadi apa yang terjadi lepas tu? Awak still sekolah kat situ ke?" si gadis mula melontar soalan demi soalan.
"Tak. Saya tukar sekolah lepas awak pindah. Sebab utama saya still bertahan belajar kat sekolah tu adalah kerana awak Seroja. Kerana awak ada di sana. Awak beri harapan untuk saya." Kini dia sudah menapak satu tapak ke depan, sudah hampir mencapai ke penghujung. Andai si gadis menolak cinta hatinya, dia akan mati! Oh tuhan, satukan cintaku dengan Seroja! Bisik hati kecil Wildan.
"Oh Wildan... I am so sorry. Saya tak tahu ini semua." Memang Seroja tak tahu itu semua. Itu semua kerana sikap dan salah Wildan sendiri. Mujurlah selepas dia berpindah dari sekolah elit itu, dia nekad untuk berubah. Mujur juga dia diketemukan dengan Izwan dan Zarul di sekolah baru, dia mula dapat membina hidup baru. Gigih dia cuba membuang sifat pemalu dan pendiam sejak dia trauma menghadapi kematian kedua ibu bapanya di depan mata sendiri.
"No. it's okay. Cerita lama. Awak tak tahu pasal perasaan saya. Awak tak tahu betapa penting kehadiran awak dalam hidup saya, Seroja." Sungguh dia ingin menyerahkan sekeping hatinya khas untuk Seroja. Hanya gadis itu yang mampu membunuh jiwa dan hatinya. Hanya gadis itu yang mampu memberi nafas baru dalam hidupnya. Hanya gadis itu yang mampu meniup rasa bahagia di dalam hatinya. Hanya dia.
"Jadi, maksud awak... awak sebenarnya dah lama cintakan saya?" Tersentak Wildan mendengar soalan tepat yang menusuk ke dasar hatinya itu. Cekap sungguh si gadis menagih kepastian daripada dirinya yang semakin hilang punca itu. Lantas dia menarik nafas dalam sebelum memberanikan diri memanjangkan tangannya menggapai jemari runcing si gadis pujaan hati. Lama matanya jatuh memerhati cincin tunang di jari manis si gadis sebelum dia memasak pandangan tepat ke anak mata Seroja.
"Ya. Saya jatuh cinta dengan awak sewaktu awak datang selamatkan saya dulu. Dan saya masih cintakan awak sampai sekarang." Senada suara Wildan menyampaikan luahan isi hatinya yang tersimpan kemas sejak dua dekad yang lalu.
"Oh..." Hanya itu yang terkeluar dari celah bibir si gadis sebelum rona merah semakin menghiasi pipi Seroja. Kemudian, si gadis melarikan wajah ke arah lain. Mungkin saja masih terperanjat besar dengan luahan cinta Wildan sebentar tadi.
"Saya tahu awak tak pernah cintakan saya, Seroja. Tapi bagi saya peluang? Peluang untuk buktikan cinta saya untuk awak." Resah menanti reaksi Seroja, Wildan akhirnya menagih peluang untuk cuba memikat hati si gadis. Diramas lembut jemari runcing Seroja yang masih kaku berada di dalam genggamannya itu.
"Wildan, this is too sudden. Saya..." Bagaikan disengat tebuan, si gadis menarik laju jemari runcingnya dan menyembunyikan di bawah meja.
Kecewa. Segalur rasa kecewa mula menghentam sekeping hati si jejaka. Dia menelan rasa kecewa dan gelisah sebelum menyambung bicara. Cuba memujuk hati sendiri.
"Tak apa. Awak ambillah masa fikirkan pasal kita. Masa depan kita. Hati saya untuk awak, Seroja . Dulu, kini dan selamanya." Nah! Si pemuda membiarkan sekeping hatinya tersadai di depan mata si gadis. Menyerahkan seluruh kuasa untuk melanyak, menghukum ataupun menghentam hatinya itu. Dia sudah tidak sanggup memendam rasa. Dia sudah penat menyembunyikan rahsia hati.
Sementara si gadis semakin panas punggung. Masih keliru dengan luahan cinta Wildan. Benarkah tunangnya itu sudah lama cintakan dirinya? Benarkah masih ada lelaki yang masih setia terhadap cinta pertama seperti didakwa pemuda itu?😉😉😉😉😉
Sorry ya lambat update. Got some problem with the laptop. Now, using my tab to write this chapter. So pardon me with the typo error and everything.
Wildan dah luah perasaan. Agak2nya apa Seroja nk jwb nanti ya🤔🤔🤔
As usual, if you like this chapter, do press your star button and dont forget to leave your comments ya.😙😙😙😙
![](https://img.wattpad.com/cover/144321494-288-k661078.jpg)
YOU ARE READING
Cincin Untuk Seroja (READY STOCK)
RomanceSinopsis "Blurb" Cincin Untuk Seroja Wildan, CEO JK Holdings diberi kata dua. Berkahwin atau pun harta pusakanya diwariskan ke badan amal. Terdesak. Dia ingin menyunting Seroja, gadis penjual nasi lemak yang viral di media sosial itu. Sangkanya, sam...