BAB 25

251 36 15
                                    

           

BAB 25

CINCIN UNTUK SEROJA

"YA. Saya mintak maaf sebab banyak menyusahkan awak. Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tak nak kerja dengan awak. Saya mintak maaf. Saya tak nak jadi isteri upahan awak!" Seroja sudah tidak dapat mengawal rasa hatinya. Seluruh isi hatinya diluahkan kepada si pemuda yang sedari tadi duduk bungkam tidak memberi sebarang reaksi.

"Seroja, apa yang awak merepek ni? This is nonsense!" Bagaikan baru dapat mencerakin maksud sebenar kehendak hati Seroja, Wildan akhirnya bangun bercekak pinggang. Dia merengus marah dengan kehendak si gadis yang dirasakan semakin tidak masuk akal itu.

"No, Wildan. Listen! Saya tak sepatutnya terima tawaran awak! Saya silap. Saya tak sepatutnya..." Si gadis turut bangun berdiri menghadapi keresahan Wildan. Dia sedar dirinya yang patut dipersalahkan di dalam hal ini. Dia tidak sepatutnya menerima tawaran gila yang dibuat oleh pemuda itu. Fikirannya tidak sepatutnya dikaburi oleh tamak dan haloba. Mencari jalan pintas dan mudah untuk menyelesaikan masalah di dalam hidupnya. Dia sedar dia tidak setaraf dengan Wildan. Apatah lagi untuk duduk sebumbung dengan pemuda itu sebagai suami dan isteri. Dia tidak sanggup mendengar kritikan sinis dirinya sendiri biarpun lelaki itu cukup baik untuk menerima dirinya. Namun, dia sedar, prinsip hidupnya tidak akan sesekali membenarkan dirinya hidup di samping lelaki kaya itu. Dia tidak sanggup maruah dan harga dirinya akan dilanyak selama 15 bulan sebagai isteri upahan pemuda itu. Dia tidak sanggup.

"No, Seroja! Don't you dare to break this arrangement! You're my fiancee!" Sekelip mata saja, Wildan sudah merapati tubuh Seroja dan mencengkam kuat kedua-dua lengan gadis itu. Dia mendesis marah sambil bertutur geram melalui celah giginya. Sedaya mungkin dia cuba mengacip kuat rahang bawahnya, cuba mengawal amukan perasaan marah dan sakit hati yang mula menindih isi hatinya itu.

"Tapi kita masih boleh betulkan semua ni. Kita tak sepatutnya berkahwin atas sebab-sebab yang salah. Saya tak nak tipu ibu dan abah saya ataupun atuk awak. Kita bukannya pasangan kekasih, Wildan." Seroja melawan pandangan tajam Wildan dengan keberanian di dada. Dia sedar dia telah membuat keputusan yang betul. Bukan lagi dikaburi tawaran lumayan pemuda itu. Dia akan cuba menyelesaikan masalah hidupnya sendiri tanpa bantuan lelaki asing di depannya itu.

"Tak, Seroja. Memang kita bukan pasangan kekasih buat masa sekarang. Tapi manalah tahu, mungkin nanti, awak akan jatuh cinta dengan saya. Siapa tahu." Wildan menarik nafas dalam sebelum mula memujuk si gadis agar menerima dirinya. Dia tidak mahu kehilangan peluang untuk bersama gadis itu. Jadi, biarlah dia mengalah kali ini. Asalkan Seroja tidak meminta putus tunang lagi.

"Huh. Awak jangan mengarut Wildan. Saya tak mungkin jatuh cinta dengan awak!" Begitu mudah si gadis menyangkal dakwaan Wildan. 'Aku tidak mungkin dan tidak akan jatuh cinta dengan Wildan!' Jerit hati kecil Seroja. Lalu dia cuba merungkai cengkaman kemas tangan kasar Wildan yang begitu kuat sehingga mula menyakiti kulitnya itu.

"We will see Seroja!" Wildan merenung tepat ke anak mata Seroja sambil semakin mengemaskan genggaman tangannya di . Dia masih tidak putus asa untuk mencabar Seroja melalui sinar matanya itu. Dia tahu si gadis akan jatuh cinta dengan dirinya nanti.

"Semua itu tak mungkin terjadi, Wildan! Saya nak putuskan pertunangan kita ni sebelum terlambat. Please Wildan. Please understand me!" Seroja masih berkeras dengan keputusannya yang satu itu. Dia tidak ingin terikat dan diperangkap di dalam kisah hidup Wildan. Dia ingin bebas hidup sebagai dirinya sendiri. Tidak perlu berpura-pura di depan orang lain. Tidak ingin menjadi mangsa di dalam garapan sinetron yang di rancang Wildan.

"No, Seroja. Awak akan tetap menjadi isteri saya. Milik saya!" Kesabaran Wildan semakin menipis. Bergerak-gerak rahang bawahnya menahan marah dan sakit hati. Dia bersuara perlahan-lahan, namun cukup tegas untuk menyampaikan maksud tersirat di hatinya. Dia tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki Seroja. Biar apapun caranya, si gadis akan tetap menjadi miliknya. 

Cincin Untuk Seroja (READY STOCK)Where stories live. Discover now