Bab 8

644 41 4
                                    

BAB 8

SEPASANG anak matanya tidak lepas mengekori setiap gerak geri gadis yang mengisi keseluruhan hatinya itu. Segaris senyuman senang hati menghiasi bibirnya. Tangannya bergerak tangkas merakam gerak geri Seroja dengan kamera DSLR berjenama Canon EOS kesayangannya itu. Fotografi dan dirinya tidak pernah berpisah. Dia amat meminati bidang fotografi biarpun dia tidak dapat mengejar impiannya untuk menjadi seorang jurugambar profesional kerana tanggungjawab yang digalas sebagai waris lelaki tunggal datuknya itu.

Seroja kelihatan cukup ayu bertudung bawal berwarna beige dikenakan dengan baju kurung moden berbunga bunga kecil dari fabrik cotton itu. Tampak sungguh ayu seperti gadis melayu terakhir saja. Berbunga-bunga hati Wildan sambil tangannya masih lincah merakam momen indah itu. Senyuman manis milik Seroja tidak lekang dari bibirnya. Sementara seorang wanita mengandung, yang dikenali sebagai Orked itu setia membantu Seroja sedari tadi. Semua maklumat tentang Seroja kini sudah berada di dalam tangannya. Dia amat berpuas hati dengan hasil kerja Tariq itu. Maka, dia akan membiarkan Tariq menjadi pembantu peribadinya tanpa perlu menghiraukan pendapat orang lain. Argh! Persetankan persepsi serong teman baiknya itu.

Dia membiarkan Tariq beratur untuk membeli nasi lemak masakan bakal isterinya itu. Dia ingin menikmati momen indah ini dengan kamera kesayangannya. Ingin dirakam dan diabadikan dalam galeri fotografi miliknya nanti.

Selang sepuluh minit, Tariq akhirnya kembali menaiki kereta Mercedes milik syarikatnya itu. Berpeluh-peluh dahinya menunggu giliran untuk membeli nasi lemak sebanyak 50 bungkus seperti yang dipesan oleh majikannya itu.

"Boss, apa kita nak buat dengan nasi lemak yang banyak ni?" Soal Tariq kepada Wildan yang masih leka menekan picu kameranya itu. Dia segera berpaling ke arah Tariq dan meletakkan kamera DSLRnya di atas riba.

"Kau, aku, Pak Tahir. Lepas tu kau kasi sajalah kepada staff kita yang lain." Ujar Wildan sambil tersenyum senang hati. Perutnya terasa lapar berkeroncong terhidu bau nasi lemak hasil air tangan gadis yang bakal disuntingnya itu nanti.

"Alright Boss!" Sahut Tariq ceria. Mereka bergerak ke Menara JK Holdings yang terletak di tengah-tengah kota raya.

Terasa kecur air liur Wildan, tidak sabar untuk merasa sendiri nasi lemak yang dimasak oleh Seroja itu. Sampai saja ke bilik kerjanya, dia mula menjamu selera dengan hati yang cukup senang. Selesai makan nasi lemak dan membalas beberapa emel penting, dia mula memberi arahan kepada Tariq agar membatalkan dan menunda mesyuarat yang perlu dihadirinya untuk hari ini. Dia ada rancangan untuk mengikat Seroja di dalam hidupnya.

***

"Ya Allah, Seroja! Kamu terlambat sampai." Terjerit kecil Cik Kuntum sewaktu matanya dapat menangkap tubuh Seroja yang sedang menapak menghampiri dirinya itu. Seroja tersenyum nipis dan mempercepatkan langkahnya ke arah katil pesakit yang menempatkan bapanya yang sudah dipindahkan ke wad biasa itu.

"Ada apa, ibu?" Soalnya perlahan, tidak mahu mengganggu suasana sunyi wad lelaki yang dihuni ayahnya itu. Namun, dahinya semakin berlapis kerana semakin pelik dengan reaksi gembira yang ditunjukkan oleh ibunya itu. Matanya segera ditalakan ke arah raut wajah bapanya yang turut mengukir senyuman gembira. Bersinar-sinar mata mereka berdua menggambarkan kegembiraan di hati kecil mereka. Dia meletakkan bekal bubur yang dibawa sedari tadi ke atas meja kecil di sebelah katil abah. Mata abah kelihatan mengekori setiap gerak gerinya.

Sementara itu, Cik Kuntum menggamit Seroja agar duduk di sebelahnya itu. Seroja hanya menurut saja kehendak ibunya itu dengan perasaan hairan. Matanya sekali lagi kalih silih berganti antara muka abah dan ibunya itu.

Cincin Untuk Seroja (READY STOCK)Where stories live. Discover now