BAB 35

230 37 8
                                    

           

BAB 35

CINCIN UNTUK SEROJA

Larian anaknya terhenti tiba-tiba. Di depannya berdiri seorang pemuda yang ingin benar dilupakannya. Rupa paras jejaka itu ingin benar dibiarkan terkubur dalam kotak ingatannya. Namun, lelaki itu masih berdiri gagah di depannya. Dia menarik nafas panjang sebelum melebarkan pandangan ke arah bas Rapid KL yang sudah mula bergerak dari hentian bas di depan Menara JK Holdings itu.

            "Seroja, boleh kita berbincang." Ujar Imran meminta sedikit ruang untuk berbicara dengan kekasih hati. Matanya redup menatap wajah yang amat dirinduinya itu. Masih cantik dan menawan seperti dulu.  

            Seroja mencemik marah sebelum meneruskan langkah kakinya. Cuba mengabaikan kehadiran Imran yang kelihatan amat resah itu. Seperti pemuda itu menghadapi masalah besar. Rambut hitam lebat si jejaka yang sudah menjadi suami orang itu kelihatan sedikit kusut masai. Ada janggut halus yang tumbuh meliar di bawah dagu Imran. Dia tahu pemuda itu tidak suka berjanggut atau berkumis. Apa yang terjadi? Hatinya mula diragut tanda tanya.

            "Seroja, please listen to me." Imran mengejar langkah kaki Seroja yang berjalan pantas meninggalkan dirinya terpaku di laluan pejalan kaki itu.

            "Apa yang you nak, Imran? Tak puas lagi you kacau I? Bini you dah serang I sebab dia cemburu dengan I." Seroja merengus marah apabila menyedari Imran sudah menyaingi setiap langkah kakinya itu. Dia menukar arah, berniat untuk menaiki monorel untuk pulang ke rumah setelah terlepas bas sebentar tadi. Hari ini Wildan tiada di pejabat. Jadi dia terpaksa pulang sendiri ke rumah dengan pengangkutan awam. Salah dirinya juga kerana menolak keras cadangan Wildan agar Pak Tahir menghantarnya pulang. Dia tidak ingin mengambil kesempatan sebagai tunang Wildan. Nanti apa pula kata kakitangan Wildan di belakangnya.

            "Err... sebab tu I nak sembang dengan you, Seroja. I nak mintak maaf atas apa yang terjadi." Imran masih belum berputus asa.

Berdesing cuping telinga Seroja mendengar lafaz maaf yang ditutur oleh lelaki lidah bercabang itu. Tentu ada muslihat di sebalik kata-kata maaf Imran tadi.
            "Huh! You boleh simpan maaf you, Imran. Dah tak ada makna. You boleh blah. Jangan kacau I lagi." Seroja mematahkan harapan yang ditagih Imran. Langsung tidak terpedaya dengan lakonan lelaki itu.

            "Tapi Seroja, betul ke you dah bertunang dengan Wildan?" Si lelaki menagih kepastian. Biar pahit, namun dia ingin mendengar pengesahan dari mulut Seroja. Tidak ingin mempercayai kata-kata Ariana lagi. Bimbang dia akan tertipu buat kesekian kalinya.

            "Ya. Ada masalah?" Sahut Seroja dengan suara agak tinggi. Keningnya naik mencabar ego Imran.

            "Huh. Tapi Seroja, I tahu you masih cintakan I." Imran terdiam seketika. Biarpun kecewa namun dia masih tidak mampu menerima hakikat. Dia yakin si gadis masih mencintai dirinya saja. Tidak mungkin si gadis berubah hati. Dia tahu Seroja adalah seorang gadis yang amat setia. Sepanjang lima tahun bermadu kasih dengan Seroja, tidak pernah sekalipun gadis itu berlaku curang apatah lagi membangkitkan api cemburunya. Seroja amat pandai menjaga hatinya.

            "Haha. You ni gila ke apa Imran? Tolong jangan perasan okay. You boleh berambus dari hidup I. Tolong jangan menyemak kat sini lagi!" Keras bahasa Seroja menghalau Imran dari terus-terusan mengganggu hidupnya. Dia sudah letih dengan tipu daya lelaki bertopengkan syaitan itu.

            "Seroja, please jangan buat I macam ni. I masih cintakan you." Imran semakin terdesak. Laju saja lidahnya meluahkan rasa cinta yang diusung setiap detik dan waktu itu. Masa untuknya meyakinkan Seroja semakin suntuk.

Cincin Untuk Seroja (READY STOCK)Where stories live. Discover now