Bab 15

838 59 16
                                    




BAB 15

CINCIN UNTUK SEROJA


TERASA lemah kepala lututnya di saat berdepan dengan penyambut tetamu di lobi Menara JK Holdings itu. Terasa kering air liurnya di saat si gadis penyambut tetamu bertanya siapakah yang ingin dia jumpa?

            "Err... saya nak jumpa En. Wildan." Tersekat-sekat suaranya memberitahu niat di hatinya itu. Si gadis penyambut tetamu mengoyak senyuman manis.

            "Cik ada buat appointment?" Soalan gadis manis itu semakin membuat darah gemuruh berlumba-lumba di seluruh tubuhnya.

            "Tak ada." Jawab Seroja dengan suara yang agak lemah. Matanya masih layu memohon simpati daripada gadis manis yang bernama Farida itu.

            "Kalau macam tu cik tak boleh jumpa Tuan CEO. Cik kena buat appointment dulu." Lembut suara Farida menolak permintaan Seroja membuatkan keluhan kasar mula berlari keluar dari celah bibirnya.

            "Tak apa. Kejap, biar saya call Tariq." Lantas Seroja berpaling membelakangi kaunter penyambut tetamu dan mula menghubungi Tariq. Tidak perlu menunggu lama, suara Tariq begitu ceria menyahut panggilannya di hujung sana.

            "Cik Seroja! Apa khabar?" Seroja menarik nafas lega tatkala mendengar suara ceria pembantu Wildan itu.

            "Err... Tariq. Saya nak jumpa En. Wildan." Seroja memberitahu kehendaknya itu.

            "Okay, boleh. Nanti saya cakap kat Boss. Bila awak nak jumpa dia?" Seroja menggigit bibir bawah di saat mendengar soalan Tariq itu. Matanya melilau memandang ruang lobi yang agak lengang. Ada beberapa pekerja yang berpakain formal keluar masuk di depan lobi.

            "Sekarang. Saya kat lobi menara." Ujar Seroja dengan debaran hebat di ruang hatinya.

            "What? Are you serious?" Kedengaran suara Tariq terjerit kecil mungkin tidak percaya dengan kehendak hatinya itu.

"Yes. Boleh awak datang ambil saya depan lobi ni? Receptionist tak kasi masuk." Tanpa membuang masa, Seroja meminta pertolongan daripada Tariq. Dia tahu, si Tariq itu baik orangnya.

"Okay, kejap. Nanti saya turun."  Kini, barulah Seroja mampu menarik nafas lega. Dia memasukkan telefon bimbitnya itu ke dalam kocek seluar dan mula menarik nafas panjang. Entah kenapa, darah gemuruh semakin kuat menyerbu dirinya. Terasa semakin sesak dadanya.

Tak sampai lima minit menunggu Tariq, kelihatan lelaki itu sudah berlari anak mendapatkan dirinya dengan senyuman lebar. Segera bibirnya menguntum senyuman nipis, turut membalas senyuman ceria di bibir Tariq itu.

"Tariq, sorry terpaksa menyusahkan awak." Seroja bergerak mendapatkan Tariq setelah pemuda itu keluar dari palang keselamatan yang memisahkan orang luar dengan kakitangan JK Holdings. Hanya pekerja JK Holdings atau tetamu syarikat yang layak masuk ke dalam bangunan Menara JK Holdings.

"Tak apa. Jom ikut saya." Tariq masih menghadiahkan senyuman lebar sambil menggamit Seroja supaya mengikuti langkahnya. Kelihatan Tariq melambai tangan kepada si Farida. Seroja turut mengangkat tangan dan tersenyum nipis ke arah Farida sambil terus membontoti langkah kaki Tariq.

Tariq berjalan seiring dengan Seroja sambil matanya sesekali melirik ke arah muka Seroja yang berjalan lurus ke depan itu. Jelas gadis itu tenggelam di dalam fikirannya sendiri. Sewaktu berada di dalam perut lif, Tariq sudah tidak dapat menahan diri lagi. Lantas dia mula melontar soalan kepada Seroja. Pelik sungguh melihat Seroja sanggup datang ke syarikat tempat majikannya itu bekerja. Biasanya Wildan tidak suka mencampur adukkan urusan peribadi dan urusan kerja. Dia sangat menjaga imej sebagai seorang ketua yang berkaliber.

Cincin Untuk Seroja (READY STOCK)Where stories live. Discover now