Bab 14

595 42 3
                                    


BAB 14


SI JEJAKA terkebil-kebil memandang siling. Sebelah lengannya diletakkan di atas dahinya. Sementara sebelah tangan lagi direhatkan di atas perutnya. Otaknya masih belum berhenti berfikir bagaimanakah caranya untuk memikat hati si gadis idaman hati. Kalau ikutkan perasaan cinta yang berpaut kuat di tangkai hatinya, mahu saja dia ke rumah Seroja. Bertemu muka dengan gadis itu yang begitu tega melarikan diri daripadanya. Adakah dia sudah tersilap langkah? Adakah caranya itu terlalu drastik yang boleh menutup peluang untuknya bersama Seroja?

Teringat kembali perbualannya dengan Izwan Fadli siang tadi. Menurut rakannya itu, dia dinasihatkan supaya memberi ruang dan masa agar Seroja dapat menerima dirinya. Tapi sampai bila? Sedangkan dia perlukan persetujuan Seroja di dalam waktu terdekat. Dia perlu memenuhi permintaan datuknya. Sekali lagi dia terpaksa menghela nafas berat.

Dia mengiring ke kiri, cuba menghalau rasa resah yang sedang bertamu di kamar hatinya. Dia cuba menutup matanya namun rasa kantuk tidak juga kunjung tiba. Ingatannya kembali mencarik memori perbualannya dengan si Izwan Fadli siang tadi. Ada benarnya juga pendapat si Izwan tu. Tak sia-sia dia tanya pendapat rakan karibnya itu.

"Nak pikat perempuan ni ibaratnya sama saja macam kau tanam pokok bunga. Kau kena rajin siram tiap-tiap hari. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kau kena letak baja dan bagi perhatian. Kena telek pokok tu tiap-tiap hari. Tapi kau tak boleh siram pokok bunga tu sekaligus, banyak air pulak tu. Kalau kau ada air satu tangki besar, semua kau curah atas pokok bunga tu. Pokok bunga tu akan mati kerana digenangi air."

Itu nasihat berguna yang diberikan oleh Izwan Fadli. Ada ke nak memikat hati si anak dara disamakan dengan tanam pokok bunga? Memang jiwang karat betul si Izwan Fadli ni. Patutlah sanggup berkorban cari cinta hatinya sampaikan beli syarikat tempat si Nuzul Harissya tu bekerja. Huh. Mampukah dia menjadi sabar seperti rakannya itu? Rasanya sukar kerana sifatnya ialah mahukan sesuatu dalam waktu yang singkat dan dia perlu mendapatkannya. Tiada erti kata tidak atau gagal di dalam istilah hidupnya!

"Izwan, panjang sangatlah falsafah cinta kau ni. Boleh ringkaskan tak?"Dia tersenyum kecil tatkala mengkritik falsafah cinta si mamat jiwang karat di depannya itu. Namun, dia masih perlu berguru dengan Izwan Fadli. Jadi dimatikan niatnya untuk menyakat rakannya itu.

"Haha. Dengar dulu, aku bagi contoh saja tadi. So, samalah macam kau nak pikat hati Seroja tu. Kena perlahan-lahan masuk jarum. Kena selalu contact dan bagi perhatian kat dia. Barulah kau boleh pikat dan tawan hati dia. Perempuan ni dia cepat jadi cuak kalau kau terus cakap I love you ke apa ke. Mesti dia reject kau sebab dia tak ingat kau siapa. Jadi, kau kena take it easy."

Ada betulnya pendapat bernas si Izwan tu.

"Huh. Aku tahulah pasal tu semua. Masalah aku sekarang aku dah tak ada masa. Datuk aku tu asyik ingatkan aku supaya meet the deadline. Aku ada masa less than a month. I really need her."

Tapi dia amat sedar punca utama dia terpaksa mengambil jalan pintas. Dia perlukan Seroja untuk menjadi isterinya. Bukan orang lain lagi. Dia tidak rela kehilangan Seroja setelah bertemu buat kali ke dua. Gadis itu mesti menjadi miliknya di dunia dan akhirat.

"Ya. Aku tahu masalah kau. Tapi kau tak bolehlah cakap kat semua orang kau tu tunang dia lagi. Sekurang-kurangnya kau usha dia dulu ke. Cuba bawak berkenalan, pergi dating macam orang lain. Pada masa yang sama kau hantarlah rombongan merisik dan meminang. Pastu kau mintaklah tempoh dengan datuk kau. Aku rasa datuk kau tu saja nak gertak kau. Mungkin sebab kau liat sangat nak kahwin sebelum ni?"

Cincin Untuk Seroja (READY STOCK)Where stories live. Discover now