Bab 16

676 48 5
                                    

BAB 16

CINCIN UNTUK SEROJA

"OFF COURSE, the answer is NO. Saya tak kenal awak Wildan! Nah ambil cincin ni." Mendengar lamaran tidak ikhlas yang kedengaran lebih kepada arahan yang keluar dari bibir lelaki itu membuatkan darah panas menyirap naik hingga ke muka. Perasaan geram dan marah semakin membuak-buak di dalam dadanya. Dia menolak kotak cincin di atas meja ke arah Wildan. Mukanya sudah merah padam menahan marah. Kenapa lelaki itu tidak berterus terang dengannya tentang muslihat dan agenda rahsia lelaki itu? Kenapa pemuda itu tidak memberitahunya tentang rancangan pemuda itu untuk menipu Tan Sri Jalil? Perlukah dia membiarkan dirinya menjadi kuda tunggangan dan batu loncatan buat si Wildan mencapai matlamatnya? Argh... apa-apa matlamat sajalah. Seroja sudah malas untuk ambil pusing.

"Seroja, I don't like your answer." Wildan bersuara agak garang sambil mengetap rahang bawah berkali-kali. Jelas terserlah karismanya sebagai seorang ketua dan dia sudah menampilkan sikap dominannya itu. Ego lelakinya semakin tercabar melihat reaksi Seroja itu. Bukan ini yang diangankan oleh Wildan. Bukan ini yang diimpikannya sejak 17 tahun lepas. Entah mengapa, dia tersasul melamar Seroja dalam keadaan tegang sebegitu rupa. Entah mengapa, dia selalu saja gagal mengawal emosi di depan Seroja. Rasanya seluruh hatinya berada di tangan gadis itu. Andai gadis itu menolak dirinya, jiwanya akan hancur lebur di saat itu jua.

"Huh. Saya tak nak terlibat dengan rancangan awak untuk menipu Tan Sri Jalil." Sementara si gadis nekad untuk menggariskan sempadan di antara dirinya dengan si jejaka.

"Seroja, this is absurd! Saya tak ada sebarang rancangan untuk menipu sesiapa!" Wildan sudah bangun bercekak pinggang dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilempar oleh gadis itu. Kesabarannya semakin menipis. Terasa mahu saja dia menggoncang tubuh Seroja dan memberitahu perkara sebenar. Agar gadis itu tahu segala rasa isi hatinya.

"Saya tak tahu apa niat sebenar awak Wildan. Apa yang saya tahu, saya tak nak terlibat langsung dalam hidup awak!" Seroja masih bersuara tegas. Dia juga sudah bangun sambil menyilang tangan ke dada. Cuba menutupi perasaan hatinya yang dirasakan cukup terdedah ditikam sepasang mata tajam milik pemuda itu.

"Seroja, speak nicely to me." Suara Wildan kasar dan dalam, menderam garang bagai si singa ingin menelan mangsanya. Semakin kecut perut Seroja memandang riak bengis di muka Wildan. Walau bengis, tapi masih tampak kacak di mata Seroja. Hish, apa yang Seroja nak mengarut sekarang ni? Adakah hatinya akan mengkhianati dirinya? Tidak! Akal warasnya memberi amaran keras kepada sekeping hatinya yang bagaikan lalang itu. Sekejap marah, sekejap memuji Wildan di dalam hati.

"Saya bukan pekerja awak, Wildan. Mana beg sandang dan purse saya?" Sengaja Seroja mengeraskan suaranya bagaikan mendesis marah. Dia tahu dia akan kalah jika beradu berlawan pandangan dengan pemuda itu.

"Kenapa saya perlu kasi kat awak Seroja?" Si Wildan bersuara keras mula mencabar kesabaran Seroja. Kini, giliran si pemuda untuk menyilang tangan ke dada sasanya. Matanya masih mengeluarkan sinar cabaran khas untuk Seroja. Hidungnya ditegakkan sedikit tanda mencabar Seroja di dalam diam.

"Sebab itu barang peribadi saya!" Seroja membentak marah. Semakin ralat dengan tindakan Wildan. Hatinya semakin menggelegak marah. Hilang sudah rasa suka yang sempat menjentik naluri wanitanya sebentar tadi berganti dengan rasa geram dan sakit hati.

"No. I am keeping it with me!" Jelas Wildan tidak ingin mengalah di dalam perdebatan hangat mereka berdua itu.

"Wildan! Itu barang saya. Semua kad bank dan IC saya ada kat dalam tu!" Suara Seroja semakin meninggi memenuhi ruang bilik kerja Wildan. Dadanya mula turun naik tidak sekata. Sinar matanya berapi-api bagaikan ingin membakar muka Wildan saja.

Cincin Untuk Seroja (READY STOCK)Where stories live. Discover now