BAB 17

405 40 12
                                    

           

BAB 17

CINCIN UNTUK SEROJA

KECEWA menjelajah ke segenap ruang hatinya. Kecewa kerana gadis idaman memilih untuk menolak lamaran daripadanya. Kecewa kerana dia sudah hampir tewas menawan hati Seroja. Dia tahu dia tidak akan dapat berehat dan tidur malam nanti. Sudah pasti fikirannya akan teringatkan Seroja. Lantas dia menjerit nyaring ke arah Tariq agar memberi faik-fail kerja yang butuh perhatiannya. Dia ingin meneliti. Dikerah juga si Tariq supaya mengatur mesyuarat tergempar dengan para pegawai eksekutifnya aga dia dapat mendengar perkembangan terbaru projek-projek syarikatnya. Itu saja cara Wildan untuk mengatasi rasa sedih, marah, geram dan kecewa yang berkampung di kamar hatinya. Itu saja cara dirinya berdepan dengan masalah peribadi. Dia lebih senang memberi fokus dan sepenuh perhatian kepada kerja, sekurang-kurangnya energinya dihabiskan untuk membuat sesuatu yang berfaedah. Biarlah orang nak kata dia gila kerja. Ya, dia memang gila kerja.

            Satu demi satu projek diteliti, dibincang, dirombak dan dirangka bersama para pegawai syarikatnya. Langsung dia tidak sedar mereka sudah menghabiskan tempoh yang lama di meja mesyuarat. Usai solat maghrib dan makan malam, Wildan masih sibuk berdiskusi dengan pekerjanya sehingga waktu sudah menginjak ke pukul 10 malam. Kelihatan para pekerjanya sudah keletihan. Dia memberi masa untuk berehat selama lima minit sebelum berkumpul kembali di bilik mesyuarat.

            Di saat dia keluar dari tandas dan bergerak ke pantri, dia terdengar perbualan beberapa orang pekerjanya. Segera dia memasang telinga kerana butir bicara mereka seperti merungut dan mengumpat dirinya saja.

            "Apa kena dengan Boss kita tu Tariq?" kedengaran suara garau kasar Mazlan menyoal si Tariq. Dia menahan nafas sewaktu menunggu jawapan daripada Tariq. Kalau P.Anya itu mengumpat dirinya, memang lelaki itu akan dipecat serta merta.

            "Entah. No comment." Mujurlah si Tariq amat bijak menjawab. Si Wildan menghela nafas sambil mengoyak senyuman nipis. Argh! Biarlah mereka nak berborak-borak seketika. Dia sudah hampir mengorak langkah meninggalkan pekerjanya itu sewaktu telinganya dapat menangkap butir bicara Nordin pula.

"Huh! Kau mestilah tak berani nak komen Boss kita tu. Kau tu P.A dia."

"Haha." Tawa Tariq, Nordin dan Mazlan bersatu.

"Huh. Aku tak tahan betul dengan Boss tu. Kalau dia nak buat kerja sampai pagi pun buatlah. Tapi janganlah kerah staff dia kerja sampai malam macam ni. Last minute pulak tu. Ingat kita semua tak ada anak bini ke?" Bulu roma di belakang tengkuk Wildan sudah berdiri tegak. Cuping telinganya sudah merah padam. Dia mengetap rahang beberapa kali.

"Huh. Betul tu. Aku terpaksa cancel candle light dinner untuk celebrate anniversary dengan bini aku sebab mesyuarat tergempar ni. Stress aku nak jawab dengan bini aku tu. Boss tu dah buang tabiat ke apa? Angin macam puting beliung!"

Wildan mengacip rahang bawah sekuat hati. Darah panas menyirap naik hingga ke kepala. Dia sudah tidak dapat mengawal kemarahan di hati.

"I hear you loud and clear, bastard!" Wildan menderam marah. Dia mampir menunjukkan diri di depan para pegawainya itu. Jelas terkejut besar muka mereka bertiga.

"I am so sorry, Boss!" Ujar Nordin dan Mazlan serentak. Namun, kemarahan Wildan sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia mencerlung tajam mengamati raut wajah pekerjanya yang sedang terkulat-kulat serba salah kerana ditangkap sedang mengumpat dirinya itu.

"Now, all of you are dismissed! Go!" Wildan menjerit sekuat hati menghalau pekerjanya supaya tidak lagi berada di pejabatnya itu. Dia memang sakit hati dan marah. kalau diikutkan rasa marahnya itu, mahu saja dia memecat Nordin dan Mazlan. Tapi dia tahu, syarikatnya masih perlukan khidmat bakti mereka berdua.

Cincin Untuk Seroja (READY STOCK)Where stories live. Discover now