BAB 1

19.1K 495 5
                                    


Kereta meluncur laju memasuki sebuah universiti tempatan di selatan ibu kota. Aku terpilih untuk masuk ke sini. Aku terpilih ke aku yang memilih untuk masuk ke sini?


Konfius pula baca, kan?


Hari ini hari pendaftaran. Dan aku mengenakan baju kemeja putih bersama seluar slack hitam. Kemeja dimasukkan ke dalam seluar. Rambut disikat kemas dan rapi. Handsome betul aku ni.


Sesampainya di bangunan utama universiti ini, aku melangkahkan kaki turun dari kereta. First day, so I guess it's going to be fun here. Persekitaran yang menarik, dan ya, semua yang aku lihat melangkah masuk ke bangunan pejabat untuk pendaftaran tersebut, semuanya lelaki.


Lelaki je yang aku nampak ni?


Universiti ni takde perempuan ke...? Biar betul doh.


Langkah demi langkah disusun ke pintu utama bangunan tersebut, dan aku terlihatkan sekumpulan pelajar perempuan. Okay lega aku ingat aku masuk universiti apa lah tadi sampai tak ada perempuan langsung.


Laju kaki melangkah ke kaunter pendaftaran pelajar baru, seorang pun aku tidak hiraukan. Alah buat apa nak kenal-kenal hari ni. Banyak lagi hari lain yang aku akan habiskan disini.


Tapi perasaan aku rasa macam ada seseorang perhatikan aku. Dari seawal kaki aku melangkah masuk ke sini. Tapi siapa? Aku tak nampak sesiapa pun yang pandang aku, tapi instinct kuat kata macam tu.


Ahhh! Bayangan aku je kot.


"Sif!" Suara mama kedengaran.


"Yes, mom?" Aku terus menoleh memandang mama.


"Berangan apa sampai mama cakap pun tak dengar ni?"


"Mana ada berangan, Sif tengok-tengok pelajar lain je lah mana tahu ada yang Sif kenal masuk study sini juga."


"Ye lah tu. Mama tanya Sif nak balik dulu ke nak masuk hostel terus? Sebab harini ada kelonggaran kan? Esok dah start orientasi."


"Eh ada ke dia cakap macam tu?" Aku pandang mama pelik.


"Tulah berangan lagi. Ada budak faci tu cakap tadi."


"Ala stay sini jelah. Bukannya jauh sangat pun nak balik rumah. Nanti bila Sif nak balik, Sif balik eh?" Aku tersengih.


"Okeylah kalau macam tu. Kejap lagi kita pergi tengok rumah yang Sif dapat then mama tolong kemaskan barang-barang." Mama bersuara sambil kakinya melangkah ingin keluar dari bangunan ini.


"Okey, ma. Terima kasih, ma." Aku membuntuti langkah mama.


Seharian dihabiskan dengan menyusun pakaian dan barang-barang yang dibawa ke dalam rumah apartment yang aku akan duduk ni.


Roomate baru aku pula, nama dia Iqram. Masuk sekejap je letak barang, and then lesap. Tapi sempatlah berkenalan. Dia orang Selangor juga. At least aku dah ada geng. Haha.


Rumah yang aku duduk ni ada empat bilik. Satu bilik dua orang. Housemates aku semuanya nampak macam okey-okey je. So takde hal lah.


So sekarang aku nak baring dan terus tidur. Mama pun dah balik. Dan esok dah start orientasi. Aku tak teruja mana pun. Just a new beginning of my life, yes, again.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now