BAB 38

4.3K 144 1
                                    


"Sayang, bangunlah." Hasif yang duduk disisi katil Adra, mengusap kepala Adra lembut.

"Sayang, bangunlah. Cerita dekat saya apa jadi sayang. Saya tak sanggup tengok sayang macam ni."

"Sayang, dah tiga hari sayang diam macam ni. Sayang bangunlah. Mana Adra saya yang ceria tu?" Suara Hasif bergetar sedikit.

"Hasif..." Qisha yang baru saja masuk, menegurnya.

Air mata dikesat, kemudian Hasif menoleh kebelakang.

"Eh, bila sampai?" Hasif menyapa Qisha dengan senyum nipis.

"Baru je."

"Mama Adra dengan Mia baru je balik. Kau lambat sikit." Hasif berkata sambil tersenyum sekilas.

Kau dah makan, Sif?"

"Belum. Aku tak boleh tinggalkan Adra. Takut apa-apa jadi." Hasif bangun dari katil kemudian duduk di sofa.

"Aku ada ni, kau pergilah makan. Aku boleh jagakan Adra." Qisha memujuk sedikit. Dia tahu macam mana Hasif sayangkan Adra. Walaupun dia baru kenal Hasif, tapi dia tahu. Kalau aku tak ada pun, nak masuk ke bilik Adra ni pun susah.

Di luar beberapa orang bodyguard sudah diarahkan untuk menjaga Adra. Awalnya pihak polis yang jagakan, tapi Hasif sudahpun mengupah beberapa orang bodyguard peribadi, supaya Adra lebih terjaga.

Tapi, Hasif tetap disini, nak menjaga juga katanya. Makan pun tak. Dua hari aku datang jenguk Adra, dua hari keadaan Hasif begini. Kerja dia pun entah ke mana.

"Makanlah dulu. Nanti kau sakit, siapa nak jaga Adra." Qisha berjalan menghampiri katil Adra.

"Yelah. Aku keluar sekejap. Nak balik mandi and makan. Nanti aku datang balik. Kalau kau nak balik, baliklah. Tapi inform bodyguard dekat depan." Hasif tersenyum sekilas dan berlalu pergi setelah Qisha mengangguk dan tersenyum kembali.

Luka-luka di tangan dan kaki Adra dilihat sayu. Muka Adra penuh lebam-lebam, dan mulut Adra membiru. Pecah akibat ditumbuk kuat.

Siapalah yang sanggup buat kau macam ni, Adra. Aku tak sangka ada orang sekejam ni dekat dunia ni. Gila.

Tangan Adra bergerak sedikit. Qisha mengerutkan dahi.

Tangan Adra bergerak lagi. Qisha terus bangun dan bergegas keluar untuk memanggil doktor.

Dalam masa seminit, doktor bergegas masuk ke dalam bilik Adra. Adra diperiksa dan tiba-tiba Adra membuka matanya.

Muka Adra yang pucat lesi itu, mula menoleh ke kiri, di mana Qisha berdiri. Qisha tersenyum kepadanya. Adra seakan ingin bersuara, tapi suaranya tidak keluar. Seksa rasanya melihat Adra begitu.

Setelah memeriksa Adra, doktor keluar kembali. Dan aku dipesan supaya jangan terlampau memaksa Adra apa-apa. Biar Adra yang mulakan. Biar Adra yang mula bersuara.

Qisha duduk di tepi katil Adra.

"Kau akan okey, Ra. Jangan risau." Qisha tersenyum sambil memegang tangan Adra.

"A..a...aku kat mana?" Suara Adra sedikit gagap.

"Kau kat hospital."

"Mama mana?" Air mata Adra mengalir perlahan.

"Mama kau baru je balik. Kejap lagi aku minta dia datang balik ya? Aku tunggu kau. Nanti tunang kau datang." Qisha bersuara lembut.

"Sha... Aku tak nak jumpa dia, Sha." Air mata Adra semakin laju.

Berkerut dahi Qisha mendengar bait kata Adra.

"Siapa?"

"Hasif..." Adra menjawab perlahan.

"Kenapa, Ra? Dia rindu sangat kat kau, Ra."

"Tolong aku, aku tak nak jumpa dia." Hanya itu yang keluar dari mulut Adra.

"Adra, nanti polis datang, kau kena ceritakan semuanya. Tolong, Ra. Untuk kebaikan kau. Jujur." Hanya itu sahaja yang mampu Qisha katakan saat ini. Dia tidak boleh memaksa Adra. Mesti perit Adra nak lalui semua ini.

"Tolong jauhkan Hasif dari aku. Tolong." Adra menangis.

"Ya, Ra. Ya." Qisha memeluk Adra. Dahinya berkerut seribu. Pelik perlakuan Adra. Tak pernah Adra begini. Apa yang dia hendak beritahu Hasif sekejap lagi?

----------------------------------------------------

Hasif melangkah laju menaiki lif hospital. Berita gembira untuknya. Adra dah sedar. Tak sabar nak tahu siapa pelaku semua ni. Memang cari nahas.

Dari jauh sudah kelihatan bilik Adra yang dijaga rapi. Mama Adra dan Mia juga sudah datang kata Qisha.

Yang peliknya Qisha suruh aku banyakkan bersabar. Ahhh apa-apa jelah.

Tangan menolak pintu bilik Adra, dan kaki melangkah masuk dengan senyuman di bibir.

"Sayang." Hasif membuat suara ceria sedikit.

Kelihatan Qisha dan Adra sahaja di dalam bilik, mungkin mama dan Mia keluar sekejap.

Adra menoleh ke arah tingkap. Diam. Sepi. Berkerut dahi Hasif.

Kaki dilangkah ke bahagian tingkap, untuk melihat wajah Adra.

Kosong. Pandangan yang kosong.

"Sayang?" Hasif mendekat.

"Are you okey?" Hasif menunduk sedikit ingin bercakap dengan Adra tapi Adra memejamkan mata.

"Sayang? Talk to me." Hasif mengusap kepala Adra sedikit tapi ditepis kuat.

"Aku tak nak tengok muka kau lagi." Hanya satu ayat keluar dari mulut Adra, perlahan saja tapi mampu menyiat hati Hasif.

"Sayang? Kenapa ni?" Hasif mencuba lagi.

"Pergi." Adra memandang tajam muka Hasif.

"Sayang, apa salah saya?" Hasif tak nak mengalah.

"Aku kata pergi!!!" Adra sudah terjerit dan menangis.

"Aku tak nak jumpa kau lagi. Pergi dari sini. Pergi!!!"

Setapak langkah Hasif jauh kebelakang. Terdiam Hasif.

Nurse yang tiba-tiba masuk, meminta Hasif untuk keluar dahulu. Keadaan Adra masih tidak stabil, jadi beri Adra waktu.

Hasif melangkahkan kaki keluar dari bilik Adra, dan dia terduduk di kerusi hadapan itu. Air mata mengalir. Sedikit sahaja. Terkejut dengan perlakuan Adra sebentar tadi.

Lantas dia bangun, mendekati salah seorang pengawal peribadi yang bertugas, berpesan supaya menjaga Adra sebaiknya. Dijaga serapi yang mungkin.

Hasif perlu tenangkan fikiran terlebih dahulu. Ya dia perlu tenangkan fikiran. Sebelum dia pula sakit jiwa!

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now