BAB 3

12.2K 349 3
                                    


Adra melilitkan selendang di kepala. Dan meletakkan pin sebanyak mana yang diperlukan untuk menetapkan selendang tersebut supaya tidak bergerak.


Eh tak minatlah orang pakai shawl yang mengerbang tu. Kalau aku? Confirm balik tu dah tak de rupa manusia. Hahaha.


Sambil sibuk memasukkan buku ke dalam beg untuk ke kelas, Adra tersenyum tiba-tiba.


Lelaki sebelah aku haritu, lelaki yang sama duduk kerusi depan aku semasa orientasi. Eh!


Kebetulan ke ni?


Tapi aku? Aku seperti biasa, muka sombong, tak layan sesiapa pun yang tegur aku. Macam biasa. Aku tak garang pun lah! Cuma muka aku ni memang tak boleh ubah dah. Memang pandang orang macam nak makan.


Dan aku tak rasa aku akan senyum dekat mamat tu. Sebab aku memang macam ni. Kenapa ni Ra.....?


Ahhh takpe harini aku cuba untuk senyum okey. Cuba, Adra!


Aku sampai awal ke kelas harini. Dan aku duduk tempat yang sama seperti dua hari lepas, tempat di mana lelaki tu akan duduk sebelah aku. Aku simpan harapan ke apa ni? Gatal la, Adra! Lelaki lain kau tak nak layan pula?


Tapi ni kan tempat aku... aku jaranglah nak tukar-tukar tempat ni. Hmmm.


"Hi Adra." Seorang lelaki menegur dari belakang.


Ini yang aku malas sangat ni.


Adra menoleh ke belakang dengan membuat muka biasa. Tak senyum dan tak garang.


"Apa?" Adra membalas sepatah.


"Janganlah garang sangat." Mamat tu kata macam tu? Lol kisah pula aku.


Adra terus menoleh ke depan kembali. Malaslah layan. Ni baru dalam kelas ni, kelas lain lagilah. Yang senyum macam kerang busuk pun ada. Nasib baiklah tak dapat number phone aku. Kalau tak aku lah manusia paling mental dekat sini. Tahulah perempuan kat sini pupus.


Habistu kenapa aku di sini? Yes sebab aku minat engineering. Lantak koranglah aku seorang perempuan ke apa dalam kelas ni, janji jangan kacau hidup aku.


Tapi kelas subjek ni je aku seorang perempuan. Kelas subjek lain ada beberapa yang lain. Cuma apalah nasib aku dapat section kelas ni yang tak de sesiapa yang aku boleh bertanya. Aku dah macam patung cendana tau! Keras tak bersuara.


Sedang sibuk aku berangan, kerusi sebelah aku ditarik.


Okay.... Okay.... Let's see siapa di sebelah.


Tapi aku takdelah toleh sampai nampak sangat aku memang nak ambil tahu. Ha'ah aku memang jual mahal sikit. Bukan sikit. Sangat!


Aku hanya memandang ke hadapan, tapi aku tahulah itu dia. Dia duduk sebelah aku lagi? Seriouslah mamat ni? Dahlah pandang aku lama haritu. Mengelamun pun pandanglah tempat lain. Muka aku juga jadi sasaran.


Dan aku lihat dia mengeluarkan buku dan letakkan ke atas meja.


Aku cuba baca namanya, Ha.... Then dia dah buka buku. Tak sempat tahu full!


Hafiz ke? Muka dia not bad sebenarnya. Tinggi. Cerah. Dan yang penting kepala dia besar. Hahahaha. Handsome. Boleh tahan. Tak sebenarnya aku tak pernah perhatikan dia sangat-sangat pun. Hanya pandang sekilas macam tu je.


Eh asal pula aku duk describe pasal mamat ni?! Weh tah sesiapa ni! Tak patut!

Aku terus memberi fokus kepada apa yang lecturer ajarkan di depan.


Setelah 20 minit belajar, Madam Hanis meminta pelajar untuk membentuk kumpulan, nak buat kerja. Satu kumpulan tiga orang. Oh my god...


Aku macam mana do? Aku rasa nak nangis. Macam disisihkan ni!


Tapi sebenarnya ramai je nak aku group dengan dorang tapi aku ni yang jual mahal. Sampailah budak sebelah ni yang ajak aku group dengan dia. Eh bukan Ha tu ajak, kawan dia yang ajak.


Aku syak Ha ni memang sombong. Boleh jadi geng aku agaknya. Dia tak pernah cakap dengan aku. Tapi duk pandang-pandang. Mende ni?


Dan disinilah aku, terpaksa berkumpulan dengan dua mamat ni. Terpaksa ke? Huhuhu.


------------------------------------------


Sepanjang buat kerja kumpulan bersama, aku dengan Ha tu banyak diam. Yang banyak bercakap mamat seorang tu. Aku tahu nama dia Iqram sebab dia bagitahu. Dan dia layan aku baik sangat. Berbanding dengan si Ha ni. Diam je. Cakap pun macam nak tak nak. Apa dia ni nak dalam hidup eh?


Seribu kali kau tak cakap, sejuta kali aku diam!


Adra jeling sedikit muka Ha.


Aku duk panggil dia Ha Ha ni, macam nak gelak pun ada. Nak tanya dia memang tak lah. Hahahaha.


Dan dia tiba-tiba bersuara, meminta aku menulis apa yang dia ingin katakan. Dan officially, sekarang, ini adalah group aku. Sebab kata Madam Hanis, lepas ni akan ada kerja berkumpulan lagi. Macam mana pun memang aku kena bercakap juga dengan si Ha ni.


Aku ada rasa menyampah pun ada dengan dia ni. Sebab entahlah. Nak buat kerja kot. Yang kau nak berlagak macam macho sangat ni kenapa?


Eh aku mengata dia ke?


Sorry!


Aku tersengih sendiri saat berjalan pulang ke apartment yang aku duduki di universiti ini.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now