BAB 24

5.2K 167 0
                                    


Adra yang sedang berjalan menuju ke Starbucks KLIA, berhenti seketika di tengah jalan apabila terdengar telefon bimbitnya berdering.


Nama kekasih hati terpampang di skrin telefon, lalu bibir mengukir senyuman sedikit.


"Hello, awak." Adra bersuara setelah panggilan diangkat.


"Hello, sayang. Sayang dekat mana ni?" Suara Hasif kedengaran.


"On the way Starbucks. Awak dekat mana? " Adra bertanya kembali.


"Sorry sayang, saya tak jadi temankan sayang. Flight delay. Saya tak fly balik Malaysia lagi sayang." Hasif bersuara agak kesal. Lain terus riak muka Adra.


Terdiam sebentar Adra. Baru saja dia berharap nak lunch dengan Hasif. Rindu sangat. Hm. Takpelah.


"Malam nanti kita jumpa eh? Saya pergi rumah awak. Boleh tak sayang?"


"Okeylah kalau macam tu, sayang." Adra mengawal nada suara. Kecewanyaaa.


"Sorry juga tak dapat hantarkan sayang balik. Sayang tak drive kan harini?"


"Tak drive sebab kan awak nak hantarkan saya balik, tapi takpe baby saya naik KLIA transit je ala kejap je dah sampai." Adra menjawab begitu kerana tak nak buat Hasif rasa bersalah. Memang dah janji nak lunch sekali, lepas tu Hasif ada kerja sedikit di KLIA, dan habis kerja dorang akan pulang bersama. Tapi lain pula jadinya. Tak apalah. Malam ni jumpa.


"Okey sayang. I'm sorry. I love you so much. Thanks sebab selalu faham saya daripada dulu." Hasif bersuara lembut dan sedap saja didengar di telinga Adra.


"It's okay. See you tonight. I love you too." Adra mematikan panggilan dan meneruskan perjalanan ke Starbucks.


-----------------------------------------------------------


Harraz yang sedari tadi bersembunyi di sebalik dinding besar, terdengar semua perbualan Adra dengan seseorang. Dan seseorang itu mungkin kekasih Adra.


Bibir mengukir senyuman. Memang niatnya hari ini ingin makan tengahari dengan Adra, tapi Adra menolak. Memang selalu Adra tolak pun. Tak pernah pun Adra nak. Apa yang keras sangat hati perempuan ni.


Tapi kali ini, boleh saja dia temankan Adra, dan Adra tak mampu berkata apa-apa. Terserempak kan?


Kaki laju mengikut langkah Adra. Tiba-tiba...


"Bro." Bahu dipegang dari belakang. Terkejut Harraz dibuatnya. Suara kedengaran di telinga kanan dan Harraz lantas menoleh.


"Long time no see? Kenapa ikut Adra? Takde kerja lain dah?" Suara lelaki itu kedengaran lagi dengan muka tak puas hati.


Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now