BAB 11

6.9K 209 0
                                    


"Sayang, dah sampai Alor Setar jangan lupa bagitahu saya. Saya tunggu sampai sayang berlepas okey?" Dia menundukkan kepalanya memandang aku yang agak rendah, dan tangannya mengusap kepala aku.


"Okey baby. Terima kasih selalu temankan saya. Saya akan rindukan awak." Aku ingin saja peluk tubuh tinggi lampai itu, tapi apa pula kata orang.


Cuti seminggu je pun. Drama je lebih sampai nak menangis sebab akan terpisah sekejap dengan dia. Cengengnya aku ni. Dia terlampau manjakan aku. Sampai aku rasa tak boleh hidup jauh darinya.


Selepas puas melihat mukanya, aku berjalan masuk ke balai pelepasan. Dia melambai dari jauh, rutin kebiasaannya jika aku akan pulang ke Alor Setar. Tak kiralah dia hantar aku ke airport ke, kl sentral ke, memang begini.


Tapi semua itu dulu. Sekarang, aku sedang hidup tanpanya. 5 tahun tidak bersua muka. 5 tahun tanpa khabar berita. Memang aku rindukan dia. Tapi hati aku sakit. Tapi cuba untuk kuat. Aku sedang menunggu sesuatu yang tidak pasti sebenarnya. Benarkah pilihan aku ini?


Aku sebenarnya langsung tidak kisah. Aku memang dah tak ada rasa untuk mendekati mana-mana lelaki, hati aku kosong. Adakah aku tunggu dia kembali? Sampai bila? Lima tahun dah. Entah-entah dia sudah tidak ingat kepada aku.


Dhiya mengeluh kecil. Apa yang kau nak ni, Dhiya?


Aku rasa aku akan teruskan hidup macam ni je lah. Go with the flow. Lantaklah apa orang nak cakap. Aku dah malas fikir.


Lamunan aku tersentak apabila telefon bimbitku berdering. Lantas aku bangun dari katil dan menuju ke meja solek tempat telefon bimbit terletak.


Encik Danial.


Aku terus mengangkat.


"Hai Dhiya." Kedengaran suara Encik Danial.


"Ya, encik. Ada apa call malam-malam?" Dhiya bersuara biasa.


"Saya lupa nak bagitahu tadi, KLIA 1 tau bukan KLIA 2."


"Oh okey. Ada apa-apa lagi?"


"Hehe takde dah. Yang tu je." Encik Danial tergelak kecil.


Dia call aku sebab benda bodoh tu je? Semaklah!


"Kalau macam tu, saya tidur dulu, encik. Bye." Dhiya cepat-cepat ingin mematikan panggilan tetapi dihalang.


"Eh kejap. Ada lagilah. Saya gurau je tadi. Awalnya awak tidur. Esok kan cuti." Suara Encik Danial cemas sedikit. Suka hati akulah nak tidur awal ke lambat. Eeeee.


"Ye apa?" Suara Dhiya masih biasa.


Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now