BAB 31

4.4K 133 1
                                    


Adra yang sudah siap berbaju gaun simple berwarna putih yang ditempah, bersolekan make up natural look, berdiri tegak di hadapan cermin. Mata yang sembab tadi dah habis ditutup. Yang ada cuma Adra, Adra yang cantik. Cantik tapi tak bahagia buat apa?!

Dah pukul 1.30 petang. Dua jam aku menangis tanpa henti tadi. Sehinggalah kakak yang akan make up kan aku, masuk. Hairan dia melihat aku dengan muka memang macam muka pengantin nak lari. Tapi nasib baik bertunang saja! Kalau nikah, mahu betul aku lari ni.

Sekarang ni, dah tak ada tangisan. Yang ada, sakit hati!

Ya, aku memang cengeng. Menangis bagai nak rak, tapi kalau aku bangkit. Jangan harap aku akan menangis lagi.

Kedengaran suasana agak riuh rendah dibawah, ya dorang dah sampai. Aku tak ada hati langsung nak mengintai tengok. Sebab dalam hati ni, rasa menyampah yang membuak-buak. Kalau aku tak ada hati, nak saja aku turun dan cakap, I tak nak tunang. Dan lari.

Tapi itulah, aku... Tak sampai hati dengan mama...

"Adra, jom turun." Suara mama muncul di pintu bilik. Aku terus bangun, berdiri kaku sebelum melangkahkan kaki membuntuti mama untuk turun ke bawah.

Kaki dilangkah perlahan-lahan dan beberapa langkah lagi, aku bakalan duduk di pelamin mini tersebut.

Mata aku liarkan ke sekeliling. Rumah sudah penuh. Elok saja aku duduk, rombongan dari pihak lelaki sudah berada di depan pintu dan ingin masuk.

Wajah-wajah yang aku tak pernah kenal. Mukaku aku kawal sehabis boleh. Rasa benci aku tutup sekejap. Sekejap saja. Aku tersenyum.

Selepas aksi berbalas pantun, selepas bincang antara kedua belah pihak, sekarang aku akan disarungkan cincin.

Seorang wanita berusia datang menghampiri aku, dia tersenyum manis. Dan duduk di sebelah aku. Tanganku dipegang seketika. Dia berkata sesuatu, tapi aku buat tak tahu saja. Buat tak dengar. Sebab aku memang tak nak dengar!

Terus cincin disarungkan ke jari manisku. Dan kini aku bergelar tunang orang.

Usai saja cincin disarungkan, hati bagai meronta-ronta ingin tahu siapa mamat tak guna tu.

Tiba-tiba seorang lelaki memberi salam, dan saat kakinya melangkah masuk.

Aku sudah menyumpah di dalam hati.

Harraz!

Terus aku bangun dari duduk, aku cabut cincin itu dan aku kuatkan hati dan jiwa.

"Saya nak putuskan tunang!" Suara aku sedikit terjerit. Lelaki yang paling aku benci. Dan aku rela buat begini.

"Adra!" Suara mama menjerit memeranjatkan aku.

Aku lantas menoleh. Dan aku jatuh pengsan.

"Adra!!!" Bahu terasa digoyangkan beberapa ketika.

"Ra!!!!!!! Bangun!!!!" Mama sudah menampar-nampar kecil pipi Adra.

Dan Adra lantas terjaga.

"Adra kat mana ni?"

"Kat mana apa? Dalam biliklah."

Aku bingkas bangun. Mata tercelik luas. Terus berlari ke tingkap untuk melihat di luar.

"Pertunangan dah batal kan, ma?" Adra terus meluru ke arah mama.

"Apa hang cakap ni?" Mama mengerutkan dahi.

Mata aku liarkan ke sekeliling. Dan aku terlihatkan diri aku, di dalam cermin. Sudah siap bergaun. Belum disolekan. Lantas aku pusing kepala memandang jam di dinding.

12 tengahari.

Mata aku terpisat-pisat seketika.

"Tula mama suruh hang bersiap, bukan lena! Nasib baik mama naik tengok. Kalau tidak, hang duk lena lagi!" Mama dah bebel kembali.

Mimpi seperti realiti saja. Sumpah jantung aku masih laju. Sangat laju macam nak terkeluar saja.

Semakin takut aku nak jalani sebentar lagi, tapi aku jadi makin berani.

Kalau betul Harraz kejap lagi, aku tahu apa aku nak buat.

Adra sudah nekad. Mulut tersenyum sinis. Tiba-tiba pintu bilik diketuk, dan jurusolek masuk untuk make up kan aku. Dia perkenalkan dirinya. Aku buat seperti biasa saja.

Jadi bersemangat pula nak hancurkan seseorang. Sebab dia mula dulu hancurkan diri aku.

"Cantiknya Adra. Baru bangun ka?" Mungkin mata aku sedikit sembab dan muka tak siap!

"Ha'ah. Tertidur pula. Haha." Adra ketawa sedikit. Tulah. Boleh pula aku tidur mimpi benda bodoh. Tapi tak apa, beri ilham baru!

"Okaylah, jom kita mulakan." Barang-barang make up dikeluarkan. Dan aku disolekan.

Aku dah tahu rupa aku macam mana kejap lagi.

Adra tergelak kecil walaupun dalam hati dah membara amarah ni. Tak apa, sabar okey Adra. Pesannya pada diri sendiri.

-------------------------------------------------

Kaki dilangkah untuk turun ke bawah. Seperti dejavu saja. Baru sangat rasanya mengalami semua ini. Langkah yang sama, suasana yang sama. Dan saat aku duduk di pelamin mini ini, pihak lelaki belum sampai lagi.

Dahi sedikit berkerut. Okay Adra bertenang.

Tapi, lambatnya! Patutnya dah sampai. Timing dah lari ni!

Kepala aku pusingkan melihat jam.

2 petang.

Okey Adra, kuatkan jiwa okey. Kau dah lalui tadi. Jangan takut. Speak on how you feel, Adra!

Macam-macam kata-kata semangat keluar dari hati untuk menguatkan jiwa.

"Oi, berangan pula. Tak sabar dah ke?" Suara kakak aku menerjah telinga.

Aku buat muka bodoh, malas layan.

"Cantik juga eh adik aku ni." Kakak aku duduk sebelah aku.

"Weh... Hang ni kenapa?" Kakak aku dah mencubit kecil tangan aku.

"Auwww sakitlah!" Aku menyeringai.

"Nak bertunang tapi macam batu je. Senyum tak ikhlas. Nampak sangat tau. Patutnya hang happy." Kakak aku pokpek... Eee stress!!

"Nampak sangat ke tak ikhlas?" Aku tanya soalan bodoh.

"Nampak la, gila! Macam kena paksa saja muka tu. Padahal dah nak tunang. Orang nak tunang ni kena happy tau! Permulaan hidup baru!" Okey dia dah mula dah... Kau lain lah, kau bertunang, berkahwin dengan orang yang kau cinta. Ni aku ni. Tiba-tiba saja kena paksa. Tiba-tiba! Aku dah mengomel dalam hati.

"Dahlah. Malas layan hang."

Elok saja habis ayat aku, ada orang memberi salam. Ya, mereka sudah sampai.

"Ingat. Senyum. Senyum ikhlas dan manis. Kalau tak, menyesal tau tak senyum manis-manis." Habis saja ayat kakak aku, dia terus ke belakang.

Jantung, dup dap dup dap. Mereka makin hampir di pintu hadapan rumah ini.

Berdebar lain macam apahal ni. Takut, gelisah, sakit hati. Semua dah bercampur aduk.

Ingin saja aku menjerit dengan perasaan yang berbaur begini, tapi tak mampu.

Dan mereka melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah. Muka-muka yang aku tidak kenal, seperti biasa.

Mataku tidak sabar untuk melihat gerangan wanita berusia yang ada dalam mimpi aku.

Dan derapan langkah seorang wanita berusia, semakin dekat dengan pintu, makin laju degupan jantung. Makin nak gila!

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now