BAB 37

4.2K 137 4
                                    


Penumbuk terus dihayun mengena muka Danial. Jatuh terduduk Danial dibuatnya.

"Kau apahal?!" Danial sudah menjerit memandang lelaki di hadapannya.

"Mana kau sembunyikan Adra?!" Amarah Hasif sudah memuncak.

"Aku tak tahu! Bukan aku yang culik dia!" Danial bangun kembali berdepan dengan Hasif.

Nafas Hasif turun naik, mukanya sudah merah. Rahang diketap kuat. Memang betul-betul marah kali ini.

"Bro, aku tak culik Adra. Sumpah." Danial bersuara sambil memandang tepat ke mata Hasif.

Penumbuk Hasif digenggam kuat beberapa saat, dan kembali reda.

"Ke mana kau dua hari ni?" Tanya Danial.

"Bila last kau jumpa Adra?" Pertanyaan Danial dibalas pertanyaan kembali oleh Hasif.

"Dua hari lepas. Isnin pagi. Dia datang kerja, dia tuduh aku ugut dia. Aku dah jelaskan, bukan aku. Lepastu, dia minta off day. Aku dah cuba halang dia, dia pergi juga."

Mata Hasif yang agak panas menahan amarah dipejam seketika.

"Aku minta maaf. Sepatutnya aku tak biarkan Adra cuti hari tu. Sekurangnya dia di sini." Danial menunduk.

Hasif masih diam. Punggungnya dilabuhkan di kerusi berdekatan. Mukanya diraup. Mana hilangnya Adra?

"Sabar, bro." Danial duduk disebelah Hasif dan menepuk bahu Hasif.

"InsyaAllah Adra akan baik-baik je. Berdoalah. Dia pasti akan ditemui." Danial bersuara lagi. Dia tahu Hasif mesti sedang tertekan. Mana taknya. Baru dua hari bertunang, tunang hilang begitu saja.

"Aku tak sanggup hilang dia." Suara Hasif kedengaran perlahan.

"Bangunlah. Kita cari Adra. Kau tak boleh putus asa. Cari sampai jumpa." Kata-kata yang keluar dari mulut Danial, seperti memberi semangat kepada Hasif. Danial juga ada mencari Adra selepas pulang kerja, tapi dia juga jadi buntu mana lagi nak cari Adra.

"Thanks, bro. Aku minta maaf pasal tadi." Hasif memandang Danial.

"No prob. Aku faham." Danial tersenyum sedikit.

------------------------------------------------------

"Sayang..." Pipi Adra dicuit lembut. Mata Adra terbuka sedikit. Pedih mata Adra terkena cahaya matahari dari jendela yang terbuka luas. Nampak permandangan bukit sahaja. Di mana ni?

"Morning, sayang." Lelaki psiko itu bersuara ceria.

Ini kali pertama lelaki itu membuka jendela. Kalau tak bilik ini gelap saja.

Adra memandang laki itu dengan pandangan kosong. Luka dan darah di seluruh badannya kering dengan sendiri. Sakit. Terlalu pedih. Nak bergerak pun pedih.

"Saya bawakan ubat untuk luka awak. Awak jatuh ke semalam? Tu lah awak nakal lagi, kan dah luka-luka." Lelaki itu menyapu ubat ke luka Adra, tanpa mencucinya dahulu. Berkerut dahi Adra menahan sakit. Tidak satu patah perkataan pun keluar dari mulut Adra.

"Awak, saya cakap dengan awak ni." Lelaki itu memandang Adra. Wajahnya saja diangkat menghadap Adra, jadi Adra dapat rasa dia sedang memandang tepat ke mata Adra.

Adra masih diam.

"Awak lapar tak?" Lelaki itu bangun dari sisi Adra dan menuju ke meja solek. Diambilnya sepinggan nasi berisi lauk dan dibawa ke katil.

"Saya suap ya?" Lelaki itu mula mencapai sudu. Satu sudu nasi disuakan ke mulut Adra, tapi Adra memalingkan muka.

"Awak ni, selalu macam ni. Tak nak makan. Nanti sakit macam mana?"

Adra hanya memberi pandangan kosong. Dia juga sudah letih dengan lelaki gila di depannya ini. Matanya layu saja.

"Awak, kejap lagi kita keluar nak?" Lelaki itu seperti memujuk pula.

Adra masih membatu.

Pinggan yang dipegang lelaki itu diletakkan di meja sisi. Kemudian dia memandang Adra kembali.

"Kau jangan degil boleh?" Masih suara selembut yang boleh. Tapi tetap tak dilayan oleh Adra.

"Adra..." Lelaki itu memanggil lagi.

"Adra!" Kepala Adra ditampar kuat. Terasa bergegar otak Adra. Sakit!

Pipi Adra dicengkam kuat, hingga merah, lebam. Air mata Adra mula mengalir perlahan.

Lelaki itu tergelak.

"Kau diam sengaja kan? Nak aku seksa kau sampai mati kan? Eish tak mungkin aku nak bunuh kau. Aku nak bagi kau sedar je ni." Lelaki itu sambung ketawa sinis.

"Esok kau boleh balik." Lelaki itu bangun dari katil.

Berkerut dahi Adra.

"Tapi, aku nak seksa kau puas-puas dulu. Hahahaha." Lelaki itu terus naik ke atas badan Adra dan menampar kuat muka Adra. Kiri dan kanan. Seksa. Sangat seksa Adra rasakan.

----------------------------------------------------

Tubuh Adra yang sudah terkulai layu dicampak ke tepi hutan. Lepas Adra diseksa teruk tadi, Adra pengsan. Dia rasa cukup dia beri peringatan kepada Adra tadi. Cukup untuk Adra ingat sampai mati apa yang perempuan tu perlu lakukan. Dan kalau tak... Tahulah apa nasib dia.

Hahahaha. Puas hati aku.

------------------------------------------------------

Hasif bergegas ke hospital setelah mendapat panggilan daripada pihak polis bahawa Adra sudah ditemukan.

Dia berlari ke ICU. Pihak polis khabarkan Adra diseksa teruk. Air mata Hasif sudah tidak mampu tertahan lagi kali ini.

Sampai saja di sana, kelihatan mama Adra sudah menangis teresak-esak bersama Mia dan Inspektor Faiz.

"Macam mana?" Hasif bersuara cemas.

"Masih kat dalam."

Hasif meraup mukanya kasar. Dinding ditumbuk kuat. Semakin marah dia mendengar berita ini.

Siapa sanggup buat Adra macam ni? Siapa?!

"Keluarga Adra?" Doktor yang baru keluar tiba-tiba bersuara.

"Keadaan Adra masih kritikal. Masih terlalu lemah. Denyutan nadinya juga sangat lemah. Banyakkan berdoa semoga Adra kuat untuk melepasi waktu ini. Saya minta diri dulu." Doktor itu tersenyum nipis dan berlalu pergi.

Hasif memandang Adra dari cermin pintu ICU. Matanya berkaca melihat keadaan Adra. Sangat menyakitkan. Sungguh tak mampu melihat keadaan Adra sebegini rupa.

Siapa punya angkara semua ini?

Aku sumpah, aku akan balas dendam. Kau tunggulah. Siapa pun kau. Aku akan dapatkan kau.

Nafas Hasif semakin kasar. Penumbuk digenggam. Kesabarannya sudah tidak dapat ditahan lagi.

Aku bunuh kau.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now