BAB 41

4.3K 136 4
                                    


Hasif yang sedang menyiapkan kerjanya mengangkat muka apabila setiausahanya mengetuk pintu.

"Masuk."

"Encik, ada orang nak jumpa." Julia mempersilakan seseorang masuk.

Oh ya, Hasif sudah pun mula berjinak dengan dunia perniagaan. Sudah seminggu dia tidak berbuat apa-apa, jadi papanya minta untuk datang ke pejabat saja. Sekadar mengambil tahu serba sedikit pada peringkat awal. Masih terlalu awal untuk mulakan semua ini. Waktu lunch dia akan melawat Adra, waktu petang balik kerja pun dia akan awasi Adra. Tu jelah kerja dia setakat ini.

"Bro." Danial melangkah masuk.

"Kau rupanya. Masuklah." Hasif terus bangun dari kerusinya dan melangkah menghampiri Danial yang sudah duduk di sofa. Julia sudah pun meminta diri.

Sejak kejadian tempoh hari, Danial dan Hasif semakin rapat. Hasif tahu Danial cintakan Adra, tapi Danial bukan jenis tipikal lelaki yang terlalu taksub akan seorang perempuan. Dia tahu Adra milik Hasif, Adra dianggapnya sebagai kawan sahaja. Tapi hubungannya dengan Hasif, makin akrab.

"Kau dah jumpa orang tu?" Danial tiba-tiba duduk menegak dan mukanya mendekati Hasif.

Hasif menggeleng. Sudah diarahkan beberapa penyiasat untuk mencari identiti lelaki misteri itu, tapi susah. Sebab memang tak tahu siapa.

"Aku rasa aku ada klu."

Terangkat kening Hasif.

"Siapa?"

"Aku baru teringat dulu ada seorang lelaki, dekat tapak projek juga. Dia selalu bercakap dengan Adra. Ada satu hari tu, dia macam warning aku, cakap Adra milik dia. Awal-awal dulu aku ingat itu kekasih Adra. Tapi kau pula yang Adra kenalkan sebagai kekasih." Danial bercerita habis. Dia rasa tekaannya kali ini benar.

"Siapa?" Hasif makin tidak sabar.

"Harraz." Danial menjawab laju.

Terdiam Hasif dibuatnya. Sepi.

"Kau kenal Harraz?" Danial memandang Hasif pelik. Hasif mengangguk.

"Itu kali pertama dan terakhir aku jumpa dia. Lepastu tak tahu dia pergi mana."

"Kau tahu company apa dia bekerja?" Hasif memandang Danial.

Danial menggeleng. Sudah ditanya kepada syarikat-syarikat yang menjalankan kerjasama untuk projek itu, satu pun tidak kenal akan Harraz.

"Make sense now." Hasif tersenyum sedikit.

"Hasif, kau kenal Harraz?" Danial seperti ingin mengambil tahu.

"Kenal. Sangat-sangat kenal."

"Dia cintakan Adra?"

"Cinta. Tapi bukan cinta." Hasif tergelak sinis.

"Sekejap, bro." Hasif terus mengambil iPhonenya dan didail nombor seseorang.

"Kau carikan untuk aku Harraz Mikail, inform bila dah jumpa." Terus panggilan dimatikan.

Danial makin pelik dengan Hasif. Dia ingin bertanya, tapi nampak macam menyibuk pula. Biar jelah Hasif ceritakan sendiri nanti.

Itu pun kalau dia nak cerita.

"Thanks, bro. Aku tak terfikir langsung pasal Harraz tak guna tu. Sebab dia dah lama sangat menghilang. Last aku nampak dia ikut Adra."

"Dia ikut Adra?"

"Ye. Dia ikut Adra tapi masa tu dia tak tahu aku nak pergi jumpa Adra." Hasif yang sudah seminggu lebih tertekan, kini boleh tersenyum kembali. Tapi senyum sinis.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now