BAB 49

4.5K 129 3
                                    


Seminggu sudah berlalu, hari ini Hasif dan Adra akan melangsungkan pernikahan mereka di Kedah.

Hasif pula sudah siap berpakaian nikah, serba putih hari ini. Songkok dipakaikan di kepala dan dia tersenyum melihat diri sendiri di cermin.

Handsome as always.

Hasif tersenyum sendiri. Dah lama dia tunggu saat-saat begini. Lama sangat.

Hariz tiba-tiba datang mendekat, menepuk bahu abangnya.

"Selamat bernikah, bang. Kau jangan nak gagap-gagap pula. Malu aku nanti." Hariz cuba untuk bergurau.

"Aku yang kahwin, asal kau yang malu?" Hasif menumbuk kecil bahu adiknya. Dia dengan Hariz, jarang sangat berjumpa. Hariz sibuk, dia sibuk.

"Dapat juga eh kau kahwin dengan girlfriend kau tu." Hariz ketawa sedikit. Masih teringat kata-katanya kepada Hasif dulu.

"Kalau awek kau tinggal kau cane? Kau percaya dia ke?"

Hasif berdiam saja. Malas melayan Hariz. Hariz memang macam tu, suka buat dia berfikir.

"Nanti habis belajar tolong aku." Hasif sengaja ingin mengacau adiknya. Tahu dah budak ni mesti tak mahu.

"Tak nak lah! Aku nak fly, kerja luar negara. Kau duduklah sini sorang-sorang." Hariz mencebik. Memang itu yang dia mahu.

"Suka hati kau lah, Riz. Handsome tak aku?" Hasif sudah berkaleh memandang Hariz sepenuhnya.

"Aku lagi handsome. Dah lah, jom! Dah lambat ni. Kesian kakak ipar aku tunggu kau lama sangat. Bersiap mengalahkan perempuan. Lama betul." Hariz dah mula merungut.

Lama apa benda? Baru sejam.

"Sejam aku tunggu kau, gila. Lelaki selalu pakai baju, seluar, pakai songkok. Siap. Kau tempek bedak ke?" Hariz membebel.

"Aku pakai sampin ni lah. Nampak tak? Kemas. Bukan macam kau." Hasif membalas. Memang dia sedikit kemas, berbanding adiknya. Bukannya adiknya tidak kemas, tapi dia lebih kepada perfectionist. Kena kemas bergaya! Harus!

"Jom!" Hariz menarik sedikit sampin Hasif dan dia berlari meninggalkan Hasif.

"Kuaja!" Hasif sudah memekik. Geram betul ada adik macam ni!

-------------------------------------------------------

Semua ahli keluarga dan tetamu sudah mengelilingi kawasan dalam masjid untuk memulakan akad nikah.  Beberapa orang bodyguard telah pun ditugaskan di luar dan di dalam masjid untuk melihat kalau-kalau Harraz datang memberi ancaman.

"Aku terima nikahnya Dhiya Adra binti Zulkifli dengan mas kahwin seribu ringgit, tunai." Tenang saja Hasif mengucapkan ayat itu. Dan alhamdulillah, pernikahannya dengan Adra sudah sah. Tangan diangkat dan doa dibacakan.

Setelah selesai berdoa, Hasif bangun mendekati Adra. Adra kelihatan menangis. Hasif tak tahu sama ada menangis gembira atau menangis risaukan dia.

"Sayang." Hasif memanggil isterinya lembut.

"Jangan nangis, senyumlah. Awak dah sah jadi milik saya." Hasif tersenyum manis. Adra bersalaman dengannya, kemudian dia mencium dahi Adra dengan lembut. Air matanya juga mengalir. Dia dah lah tak boleh tengok Adra menangis. Haih.

Selesai saja majlis akad nikah, Adra dan Hasif keluar dari masjid untuk bergambar. Hasif tidak mahu untuk pergi photoshoot jauh. Cukup di sini sahaja. Bahaya di luar sana. Nanti-nanti pun boleh mengambil gambar. Sekarang keselamatan Adra lagi penting.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now