BAB 15

6.8K 177 0
                                    


Harini hari Jumaat, Ayla, kawan baik aku dari Pahang datang ke sini untuk temankan aku memandangkan semua housemates aku pulang ke kampung masing-masing. Dia bawa seorang kawan dari universitinya, Naddy. Dan dari minggu lepas aku dah merancang untuk pergi mendaki di Broga Hill, diorang pun on je.

Macam biasa juga, baby aku tulah yang terseksa jiwa raga kena bawa kitorang ke sana pagi-pagi buta. Dia terpaksa rela je walaupun dia tak berapa suka pergi mendaki.

Malam tu aku, Ayla dan Naddy keluar makan jam 12 tengah malam di uptown berdekatan apartmen yang aku duduki. Tengah seronok berjalan di sepanjang gerai-gerai disitu, boleh pula ternampak Hasif. Adoi.

"Hi crush." Aku cucuk pinggang Hasif.

"Uit sayang. Macam mana sayang boleh ada sini? Dah lewat ni. Kenapa tak bagitahu nak datang sini?" Hasif dah bebel.

"Laparlah. Ni sayang datang dengan kawan sayang." Aku memuncungkan mulut ke arah Ayla dan Naddy.

"Kawan baru sayang ke?" Hasif bertanya pelik. Ye lah aku tak ramai kawan. Yang mana aku kawan tu memang betul-betul kawan baik. Dan dia kenal semua kawan aku.

"Kawan Ayla, dah jadi kawan sayanglah ni. Baby ni orang ingatkan dah tidur sebab tak reply pun whatsapp. Rupanya dekat sini." Aku jeling dia. Asyik-asyik dengan kedai vape dia. Muka handsome tapi isap vape. Geram aku. Nak je suruh berhenti tapi as long as dia tak isap rokok, I'm okay.

"Kejap lagi saya baliklah, sayang. Nak balik dah ni. Jomlah orang temankan sayang. Bahayalah." Hasif terus mendorong aku kehadapan dan dia berjalan belakang aku dan kawan-kawan aku.

"Balik terus. Ingat tau pukul 4 pagi. Bie lambat siaplah." Aku dah menjegilkan mata.

"Ye sayang. Sayang kejutlah." Hasif sengih. Menyampah pula tengok. Dah la suka janji melayu. Selalu Hasif yang lewat, aku lah yang awal. Eyyy geram!

--------------------------

Selepas makan, kitorang terus balik. Pukul 1.30 pagi jugalah balik. Hasif terus tidur dan aku, masih berjaga. Aku dan Ayla macam biasalah, susah nak tidur. End up kitorang gosip berdua. Aku lihat Naddy dah tidur nyenyak.

Borak sampai tak sedar waktu berjalan dengan cepat, dah pukul 3.30 pagi. Aku terus mandi dan selesai saja mandi, aku menelefon Hasif.

Dua kali call dah ni, langsung tak diangkat. Ni yang mendatangkan kemarahan aku ni. Eyyy aku nak je mengamuk.

Sekali lagi aku dail nombornya, dan kali ini dijawab.

"Helo." Suara lelaki menjawab, yang pasti bukan suara Hasif aku. Aku tahulah suara Hasif aku macam mana.

"Hasif mana? Tidur lagi ke?" Aku buat suara marah.

"Dia mandi doh. Kau asal ni call pagi-pagi buta. Nak gi mana? Club eh?" Suara itu dah tergelak-gelak menyakat. Aku cili jugak dia ni kang. "Eeee diamlah. Suruh dia siap cepat sikit. Bye."

"Baik bos." Dan kemudian panggilan dimatikan. Ada pula cakap aku nak pergi club. Aku ni niat suci murni nak pergi hiking, sampai hati. Dasar.

Sejam aku tunggu, barulah kekasih hati intan payung ni call aku ajak turun. Rasa nak je meletup sebab dia lambat sejam tapi tak apa, awal-awal sangat macam seram pula nak masuk hutan. Tapi aku aku nak tengok sunrise mesti cantik gila!

Sampai je dekat kereta, aku dah makin panas. Dia tak ada lagi! Dari jauh nampak tiga orang lelaki sedang berjalan ke arah kami. Okey dia bawak kawan ramai. OKEY. Katanya nak bawa seorang saja.

Bila dah makin mendekat, aku lihat kawannya yang satu itu terus ke keretanya. Oh okey dia tak ikut. Baru aku nak mengamuk. Hahahaha. Adra ni memang kerja dia nak mengamuk je.

Dalam perjalanan tu, aku membebel. Sebab aku nak tengok sunrise takut tak sempat. Hasif apa lagi, dah dengar sayanag dia bebel, dia pecut laju gila. Sebab dia tak suka aku bebel. Lagilah kena bebel sebab bahaya jalan macam tu pastu nak pecut laju.

Aku dah la tengah datang bulan ni, memang aku asyik nak membebel jelah. Semua benda aku tak puas hati. Si Hasif ni pula melayan je bebelan aku. Kadang dia menyakat tapi lepastu aku mesti lagi meletup.

Sejam perjalanan, dah sampai ke Bukit Broga yang kitorang akan daki. Akulah orang paling semangat tu. Lepas parking kereta je, aku orang pertama semangat jalan depan sekali siap tarik tangan Hasif.

Tapi tak lama, tak sampai setengah jam pun daki, aku pancit dulu. Ayla dengan Naddy lagilah pancit awal. Sampai nak termuntah dorang. Hahahaha. Lupa pula nak termuntah tu aku rasa sebab sebelum datang sini tadi kitorang singgah makan mc donalds dulu. Ni semua sebab baby yang berhenti kat mc donalds. Dia tengok aku lepas tu dia senyum. Eiiiii! Aku tak nak makan pun la. Tapi at last aku jawab juga soalan dia nak makan apa. Aduh susahlah hidup kau ni asyik makan je. Hasif memang kenal aku sangat dah. Dia tahu je apa aku suka, apa aku tak suka. Benci!

-------------------------------------------------

Hampir dua jam mendaki, sampai pun di puncak broga. Ni pun bukan checkpoint terakhir. Tak larat sangat dah. Macam nak mati je rasa. Sumpah ni first and last aku datang tempat begini. Jangan haraplah lepas ni. Memang aku ajak Hasif tengok wayang dan makan je.

Patutlah makin tembam! Eee stress pula!

Beratus gambar dah rasanya diambil sebab aku dengan Hasif memang suka sangat bergambar. Kenangan sampai tua katanya. Ke mana je pergi, mesti beratus gambar. Ha darablah sendiri berapa juta gambar agaknya sampai ke tua nanti.

Adra ketawa sendiri.

"Sayang ni gelak sorang-sorang atas bukit macam ni. Gila ek?" Hasif cubit pipi aku.

"Eyyyy biadab. Tak baik tau kata orang macam tu." Aku buat muka singa.

"Hahahaah saya tak takutlah sayang awak buat muka garang macam tu."

"Eeeeeee." Adra mula mental.

Cepat betul koyak dia ni.

Dua jam di atas puncak, dah hilang lelah, dah penat ambil gambar. Dah pukul 9 pagi dah pun. Perut dah lapar, masa untuk turun!

Adralah yang paling excited nak turun. Tiba-tiba laju lain macam. Padahal waktu naik tadi dialah macam-macam alasan. Nak termuntahlah. Peninglah. Sakit kakilah. Sakit perutlah.

Hasif hanya membuntuti Adra di hadapannya. Mata tak lepas daripada memandang buah hati yang satu itu takut-takut terjatuh atau tergelincir. Laju sangat. Geram pula rasa.

Di belakang Hasif adalah Ayla dan Naddy, diikuti dengan Fahri.

Sesekali Hasif memandang ke belakang, dia pun perlu mengambil berat tentang kawan-kawan Adra. Datang sama-sama, kan?

Terlihatkan Ayla yang susah untuk turun, membuatkan Hasif ingin menolong. Tolong tengokkan jelah, takut apa-apa yang buruk berlaku. Sebab laluan turun memang cerun habis.

Adra yang terlebih dahulu di depan, memandang ke belakang, lalu dia mendongak sedikit. Matanya terlihatkan Hasif yang sedang melihat Ayla turun, siap tanya boleh tak nak turun. Eeee geram pula rasa.

Ayla memandang Adra, dan Ayla sekadar mengangkat kening. Kawan baik mestilah tahu kawan baik sendiri macam mana. Kuat jealous! Ayla nak saja gelak tapi tulah tengah-tengah waktu bahaya macam ni, tak sempat dah nak gelak.

Selepas saja Ayla turun, tiba giliran Naddy pula untuk turun. Si Naddy ni memang penakut sikit. Teragak-agak nak turun. Buatkan mata Adra sakit memandang disebabkan Hasif macam bagi perhatian lebih pula untuk Naddy.

Mula-mula rasa tak nak ambil peduli, tapi lama-lama makin sakit pula mata. Sebab perhatian Hasif macam untuk Naddy je. Dia tak nampak aku ke?

Hati masih berharap, mata masih memandang Hasif dari jauh.

Dia lupa ke aku kat sini?

Adra apa lagi, mulalah nak sakit hati. Dah malas pandang belakang, kakinya terus melangkah laju ke hadapan. Kalau pandang belakang, buat sakit hati je.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now