BAB 47

4.4K 134 2
                                    


Hasif membukakan pintu kereta untuk Adra.

"Silakan, tuan puteri." Hasif tersenyum manis sambil menunduk melihat Adra yang masih sibuk di dalam. Sibuk betul Adra ni. Macam biasalah, rutin dia, baru nak betulkan tudung, kelepek sana kelepek sini.

"I'm not your tuan. I'm your puteri, one and only." Adra mencebik lantas melangkah keluar dari kereta. Matanya memandang ke luar. Butik pengantin semestinya terpampang di hadapan mata.

"Pilih baju mana yang sayang nak. Nak salin sepuluh kali pun takpe. Sayang kan suka bergambar." Hasif tersengih macam kerang busuk mengundang tamparan kecil dari Adra. Perli aku! Perli! Memang aku suka bergambar pun. Salah. Hasif yang suka ambil gambar aku. So, I sebagai model yang cantik lagi comel ini hanya tersenyum manis saja.

Dah lama tak bergambar bersama. Adra jadi rindu.

Masuk saja ke dalam butik itu, aku makin teruja. Cantik! Semua cantik! Mulalah nak rambang mata. Tak tahu nak yang mana satu.

Eh Adra, kejap. Kata nak jual mahal. Asal aku pula yang excited lebih ni?!

Adra mula pura-pura buat tak layan. Hasif di sebelah sudah mula duduk di sofa, untuk memilih baju pengantin, tapi aku buat-buat tak dengar saja panggilannya. Terlihat pekerja kedai ini tersenyum memandangku. Aku pun senyum kembali.

"Cik cari tema warna apa?" Perempuan itu tersenyum seraya mendekati aku.

"Entahlah. Saya ingat saya tak jadi nak kahwin kot." Adra menjawab agak kuat. Perempuan itu sudah mengerutkan dahi memandang Adra. Aik?

"Cik kesini jelah. Dia tu manjang mood swing. Tadi nak kahwin, sekarang tak nak kahwin. Esok pagi nak kahwin pula. Petang nanti nak tinggalkan saya pula." Hasif tak habis-habis nak menyakitkan hati aku.

"Saya nak design macam ni..." Hasif mula menunjukkan kemahuannya kepada pekerja butik itu dan perempuan itu mengangguk-angguk faham. Tak tanya aku pun???

Dan akhirnya, Adra mengalah. Dilangkah juga kaki menghampiri Hasif yang sedang rancak memilih.

"Sayang tak nak warna tu." Adra tiba-tiba memprotes apabila salah satu pilihan Hasif tidak kena dengan citarasanya.

"Bukan kata tak jadi kahwin ke?" Hasif memandang aku. Perempuan itu sudah tersengih.

"Habis tu buat apa kat sini? Jom balik." Adra sudah mula buat muka geram.

"Saya nak pakai. Sayang tak nak kahwin kan?"

"Habis awak nak pakai dengan siapa?"

"Saya pakai soranglah." Hasif ketawa. Adra macam nak tampar je muka mamat ni. Eee menyakitkan hati! Asal makin tua makin menyakitkan hati dia ni?! Dulu tak macam ni pun!

"Sayang pilihlah. Nanti mengamuk pula kalau orang pilih tak sama macam sayang nak." Hasif menyuakan majalah tersebut kepada aku. Aku pun ambil... Hm... Adra...

Sedang sibuk aku berbincang dengan pekerja butik itu, tiba-tiba saja salah seorang bodyguard masuk ke dalam.

"Tuan, boleh saya jumpa tuan sekejap?" Bodyguard yang bernama Malik itu bersuara.

"Saya keluar sekejap, sayang. Sayang jangan pergi mana-mana. Duduk sini je. Nanti saya datang balik." Hasif terus bangun dan keluar bersama Malik.

Berkerut dahi Adra melihat mereka berbicara di luar cermin kaca butik ini.

"Cik? Cik?" Pekerja butik itu memanggil aku.

"Ya, ya." Adra kembali memandang majalah di tangan.

Sedang ralit memerhatikan rekaan-rekaan menarik baju pengantin di dalam majalah, tiba-tiba bunyi kuat menyentak Adra dan pekerja butik itu.

Terus terbangun Adra dibuatnya. Berlari ke cermin butik untuk melihat apa yang terjadi.

Seorang bodyguard bergegas masuk ke dalam seraya meminta Adra dan pekerja butik itu untuk masuk ke dalam tapi Adra degil.

"Hasif mana?" Adra ingin keluar tapi ditahan oleh Malik.

"Cik Adra, tolong dengar cakap saya." Malik sudah sedaya upaya menarik Adra masuk ke dalam.

"Hasif mana? Hasif!" Suaranya makin kuat menjerit. Air mata usah kata, sudah mula turun deras.

--------------------------------------------------

Bunyi tembakan tadi seperti sengaja dilepaskan ke butik tapi tidak difokuskan kepada sesiapa. Hasif yang sedang bersembunyi di belakang tiang, memerhatikan dengan tajam, mana datangnya tembakan sebentar tadi. Seperti dekat. Tapi kalau memang difokuskan kepada seseorang, pasti mengena.

Matanya mencerlung memandang seseorang yang memakai sweater hitam menutupi muka, melangkah meninggalkan tempat lelaki itu berdiri. Lantas Hasif terus mengekori lelaki itu sendiri.

Kakinya dilangkah semakin laju mengikuti jejak lelaki tadi. Makin lama, makin dekat. Dan dia menghentikan langkah, beberapa tapak dari laki itu.

"Harraz Mikail." Hasif menyebut penuh nama lelaki yang dicarinya selama ini.

Lelaki itu ketawa.

"Masih fokus, masih cekap ya kau, Hasif." Harraz tergelak lagi.

Hasif memandangnya tajam. Rahang sudah diketap keras. Nafas sudah berombak laju. Tengok muka Harraz saja sudah naikkan kemarahannya. Macam nak bunuh je! Tapi dia masih waras.

Hasif berjalan menghampiri Harraz. Dia berdiri lebih dekat.

"Apa kau nak dari aku?"

"Nyawa kau." Harraz menjawab sepatah.

"Tapi, tak cukup. Tak cukup nak puaskan hati aku."

Hasif memeluk tubuh, tangan disilangkan di dada dan dia berdiri tegak di hadapan Harraz, ingin mendengar lagi kata-kata Harraz psiko ini.

"Bodoh betul Adra tu. Pilih lelaki jahat macam kau."

"Aku jahat?" Hasif ketawa sinis.

Harraz sudah menghalakan pistol ke dada Hasif. Tangannya kuat menggenggam pistol.

"Aku nak sangat tembak kau, Hasif. Tapi, aku nak tengok kau sengsara dulu. Macam mana? Sakit kan tengok perempuan yang kau cinta sangat tu diseksa?" Harraz gelak jahat. Penumbuk Hasif digenggam. Amarahnya ditahan. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Harraz.

"Aku nak je bunuh Adra tu. Tapi tak bestlah kan nanti kau nangis-nangis, tunang mati. HAHAHA." Harraz makin galak ketawa. Seperti tidak siuman saja.

"Tunang mati... Hm... Macam tunang aku mati dulu." Harraz sudah tidak ketawa lagi. Pistol tadi diacukan pula ke kepala Hasif.

Hasif diam saja. Bila-bila masa Harraz boleh lepaskan tembakan, tapi dia tahu Harraz takkan buat begitu.

"Kau tahu tak hidup aku hancur sebab kau. Sebab tu aku nak hidup kau pun hancur sekali. Tapi kau bernasib baik... Semua kau punya, ada tunang cantik, hidup bagus. Tapi..." Belum sempat Harraz menghabiskan kata-kata, Hasif terlebih tangkas menangkap tangannya yang memegang pistol dan mengilasnya ke belakang.

Harraz ketawa.

"See? Kau masih fokus dan cekap macam dulu." Harraz kemudiannya memboloskan diri dari pegangan tangan Hasif. Pistol terlempar jauh ke tanah. Dan Hasif dan Harraz mula berlawan sesama sendiri.

"Kau tahu aku buat apa saja untuk orang yang aku cinta, kan?!" Hasif yang baru sahaja lepas menendang Harraz, bangun kembali.

Harraz ketawa sahaja. Tidak mengendahkan kata-kata Harraz.

Harraz lantas bangun, ingin berlawan kembali dengan Hasif. Dia menumbuk Hasif tapi sempat ditepis dan Harraz ditolak jatuh ke tepi. Harraz yang jatuh berdekatan dengan pistol, mengambil kembali pistol itu dan dihalakan kepada Hasif. Satu das tembakan dilepaskan. Tetapi tidak mengena Hasif.

Hasif masih lagi ingin membelasah Harraz, tapi bunyi tembakan berhampiran menyentak Hasif. Hasif kemudian menoleh.

Beberapa orang bodyguardnya sudah bergegas ke arah mereka. Dan apabila Hasif menoleh kembali, Harraz sudah tiada.

"Sial!"

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now