BAB 40

4.6K 143 1
                                    


Harini Adra sudah keluar dari hospital, Hasif hanya mampu melihat dari jauh. Adra yang duduk diam menunduk di atas kerusi roda, ditolak oleh Mia. Sejak kejadian tu, Adra jadi seorang yang sangat pendiam. Menangis. Tunduk saja mukanya. Bercakap dengan sesiapa pun tidak. Hanya membalas sepatah-sepatah. Muka aku ni lagi dia tak nak tengok langsung. Tengok aku je, menjerit-jerit macam kena rasuk.

Stress sangat aku rasakan kali ini. Sangat tertekan. Aku hanya mengikut mereka dari belakang, sampailah ke rumah Adra. Pengawal peribadi yang ditugaskan menjaga Adra juga akan tetap mengawasi Adra ke mana jua mulai hari ini. Selagi aku tak jumpa siapa yang dah buat Adra macam ni, memang aku cari sampai lubang cacing.

Seseorang tiba-tiba menepuk bahu Hasif dari belakang. Hasif menoleh.

"Bro." Danial menegur sekilas. Dia juga datang ke sini untuk melawat Adra.

"Eh, Danial." Hasif berjabat tangan dengan Danial.

"Kau okey tak ni?"

"Okey je." Hasif tersenyum sekilas.

"Dhiya macam mana?"

"Macam tu lah. Trauma. Banyak-banyak orang, dia taknak jumpa aku. Aku tak tahulah apa aku dah buat. At least ceritalah dekat aku dulu siapa yang buat semua ni, tahulah aku nak ajar macam mana." Hasif mengetap rahang. Cepat betul amarah dia naik kalau bercakap hal ini.

"Kau sabar je. Baru lagi ni. Nanti lama-lama dia okeylah."

"Okeylah, bro. Aku masuk dulu. Nak melawat Dhiya." Danial meminta diri untuk masuk ke dalam terlebih dahulu. Adra tetap pekerjanya, dan orang yang dia cinta. Walaupun Adra milik orang lain, tapi dia masih mengambil berat.

Danial melangkah masuk ke dalam rumah dengan senyuman nipis. Takut juga dia karang Adra menyumpah dia sekali. Dahlah haritu kena tuduh dia yang ugut Adra.

Adra yang duduk di atas sofa ditemani Mia, mengangkat muka.

"Awak sihat, Dhiya?" Danial duduk di kerusi hadapan Adra.

Adra hanya memberi pandangan kosong.

"Awak ada apa-apa tak nak cerita dekat saya?" Danial masih memancing Adra. Sebab kata mereka Adra tidak menceritakan apa yang terjadi.

Adra masih diam membisu. Matanya layu saja, sedikit bengkak.

"Saya datang ni nak melawat awak. Saya beri awak cuti sampai awak sembuh sepenuhnya, ya?" Danial masih bermanis muka.

"Saya nak kerja." Adra tiba-tiba berkata begitu.

Mia yang disisinya menghampiri Adra.

"Ra, kau tak sembuh lagi. Kau kena rehat. Nanti kau dah sembuh sepenuhnya, baru boleh kerja."

"Aku tak gilalah. Aku nak kerja." Adra berkata lagi.

Mia menggaru kening sedikit. Aduh Adra ni. Siapa kata kau gila?

Tapi adalah sikit macam gila.

Bukan gila. Lebih kepada trauma.

"Betul cakap Mia tu. Awak kena rehat dulu. Lagipun penjahat tu mesti masih cari awak lagi. Awak tak boleh keluar sesuka hati je, pergi kerja semua tu." Danial masih memujuk.

"Dia takkan cari aku dah. Dia dah puas hati." Selesai saja Adra berkata begitu, terus dia bangun dan melangkah ke bilik. Pintu bilik dihempas sedikit kuat.

Berkerut dahi Mia dan Danial. Sejurus selepas itu kelihatan Hasif masuk ke dalam rumah.

"Apahal tu?" Hasif mendekati Danial.

"Dhiya. Dia nak kerja." Danial menjawab ringkas.

"Kerja? Memang tak lah."

"Dia cakap orang tu takkan cari dia dah lepasni, sebab dah puas hati." Kata-kata Danial mengerutkan dahi Hasif. Pinggangnya dicekak. Matanya mencerlung ke arah Mia.

Mia hanya menjongketkan bahu. Hasif seperti berfikir.

"Kalau dia dah tak nak Adra, mangsa seterusnya mungkin adalah kau, Hasif." Kata-kata Mia menyentak lamunan Hasif.

"Yes, betul." Danial pun berfikir begitu.

"Aku lelaki. Apa je dia boleh buat kat aku."

"Kau ada musuh, Sif?" Danial tiba-tiba bertanya.

"Musuh? Kerja aku terbang je. Mana nak cari musuh pula." Hasif menghela nafas panjang.

"Mungkin kau tak sedar?"

"Kalau musuh aku, asal cari Adra?"

"Yang pasti dia nak Adra jadi milik dia. Tapi pelik. Dapat Adra, seksa sekejam-kejamnya. Lepastu tinggalkan. Macam... Pelik je? Dia tak merogol atau apa pun. Cuma seksa jiwa Adra." Mia masih mengeluarkan teorinya.

"Selalunya lelaki kalau cintakan perempuan tu betul-betul, takkan sanggup seksa."

"Lelaki psiko macam tu, orang yang dia sayang pun dia akan seksa."

"Aku rasa kau patut fikir baik-baik siapa orang tu." Danial pula berkata.

Hasif sudah tersandar ke sofa. Siapa pula yang buat macam ni? Kalau nakkan Adra, datang minta dekat akulah. Main kasar pula. Tapi tak mungkinlah aku nak bagi macam tu je. Langkah mayat aku dulu.

---------------------------------------------------

Adra yang termenung memandang kipas siling, mengingatkan kembali kata-kata lelaki psiko saat dia diseksa kali terakhir.

"Kalau kau tak nak tengok mayat Hasif, kau jauhkan diri daripada dia." Kata-kata lelaki itu masih terngiang-ngiang di telinganya.

Nak saja dia lari peluk Hasif, dan menceritakan itu. Tapi dia tahu, dia dalam pengawasan lelaki gila itu.

Entah. Tak tahu nak buat macam mana. Silap langkah saja, memang mamat tu nak bunuh Hasif.

Kalau lelaki psiko itu mampu berbuat begini kepadanya, menyeksa seteruk ini. Untuk bunuh seorang Hasif mungkin mudah saja.

Air mata Adra mengalir laju. Dia tak tahu nak minta tolong siapa, nak bagitahu siapa. Nak beritahu polis sekalipun, dia tidak tahu siapa pelakunya. Kalau dia membuka mulut, memang Hasif mangsa utama psiko itu.

Ya Allah. Apa aku nak buat ni?

Macam-macam sudah diingatkan oleh lelaki psiko itu. Adra jadi sakit jiwa mengingatnya. Hampir saja mengecapi bahagia, jatuh tersembam sekali lagi.

Perkahwinan mereka yang tinggal beberapa bulan lagi, terpaksa ditangguhkan. Adra meminta untuk batalkan, tapi kata mama, Hasif berkeras untuk menangguh sahaja.

Air mata Adra jatuh lagi. Takutnya. Takutnya hilang Hasif. Semuanya terletak ditangannya.

Lebam dan luka di tangan yang makin sembuh, dilihat sayu. Semua ini amat memeritkan. Tapi sakit lagi hati ini, diseksa begini.

Aku harus minta tolong seseorang. Tapi siapa?

Yang pasti bukan Mia. Sebab nanti mesti dia akan menceritakan kepada Faiz. Kalau polis dah tahu, Hasif dalam bahaya.

Aku kena buat sesuatu.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now