BAB 51

4.8K 149 6
                                    


Adra yang terasa kepalanya berat, membuka mata perlahan-lahan akibat cahaya matahari yang masuk ke dalam bilik.

"Good morning, sayangku." Hasif sudah berada di depan mata dengan senyuman manisnya.

"Hasif!" Adra terus memeluk Hasif dan menangis di dadanya.

Aaaa... Sakit... Sakit... Hasif hanya mampu mengaduh dalam hati. Tak nak Adra tahu dia cedera.

"Sayang, hey. Kenapa nangis ni?" Hasif mengusap kepala Adra lembut. Dielus-elus rambut panjang Adra.

"Rindu." Adra masih menangis. Cengeng. Adra memang macam ni, daripada dulu lagi sikit-sikit menangis.

Tergelak kecil Hasif.

"Saya pun rindukan sayang. Rindu gila!" Dahi Adra dikucup lama.

"Sayang, petang ni kita balik KL, ya?" Hasif menunduk memandang Adra yang masih melekat di dadanya.

Adra hanya diam mengangguk.

"Good girl." Hasif mengeratkan pelukan.

Dia balik bersama Malik tadi. Doktor tidak benarkan dia pulang, tapi dia berkeras. Tikaman di perutnya tidak sedalam mana. Daripada biarkan Adra menunggu lama, baik balik. Dia taknak Adra risau. Nanti habislah air mata bininya ini. Asyik menangis sejak kejadian haritu.

Tapi dia tahu, Adra sangat cintakan dia. Sebab itu, Adra masih bertahan, bertahan untuknya.

"Sayang, sayang dah mandi?" Adra menggeleng macam kanak-kanak. Comel sangat kelihatan di mata Hasif.

"Jom, saya mandikan sayang." Hasif sudah merenggangkan pelukan.

Adra tergelak kecil. Dah tak jadi menangis.

"Tak nak lah. Malu."

"Jomlah. Abang dukung nak?" Hasif mencuit pipi Adra yang gebu itu. Haih ada bini cantik macam ni, geram je!

"Siapa abang...." Adra mencebik.

"Abang sayanglah."  Hasif mengenyitkan mata.

"Eeee gedik. Tak naklah!" Adra menampar lengan Hasif. Gatal pula suaminya ini. Tapi dah jadi suami... Hm memang makin gatallah.

"Jomlah, abang mandikan sayang."

"Abang kena join!" Adra mencekak pinggang.

"Abang dah mandi tadi. Sayang je busuk. Sayang mandi sorang." Hasif menolak. Bukan sengaja hendak menolak, tapi lukanya belum sembuh. Nanti Adra lihat macam mana. Dia tahu akan kantoi juga, tak harini, esok. Tapi pagi ni, mood Adra tengah baik. Lebih baik jangan bagi kantoi lagi. Kalau tak, bernanah telinga dengar Adra mengamuk!

"Cepat, sayang. Mandi cepat-cepat. Keluarga kita dah tunggu kat bawah, nak lunch sama-sama." Hasif sudah bangun, ingin mendukung Adra. Adra pula dah macam budak kecil, tiba-tiba terlupa ada kaki. Dahlah dia pun kecil je, memang diangkat macam budak kecillah.

Mata Adra baru terpandangkan jam di dinding. Pukul 11 pagi. Ish. Lama gila aku tidur. Kepalanya tetap masih berat, nangis berlebihan. Dah la tidur lambat. Tak boleh tidur. Rindu Hasif. Hm.

Terus tangan Adra erat memeluk leher Hasif. Kepala dilentokkan ke bahu kanan Hasif. Rasa nak menangis lagi. Dan akhirnya, Adra teresak kembali. Rindu.

Hasif lega Adra lentok ke bahu kanannya. Kalau bahu kiri, mahu meraung aku! Pedih lagi ni. Hahaha.

Hasif yang sudah terbiasa dengan tangisan Adra, biarkan saja. Dia cuma menggosok belakang Adra, dan menenangkan Adra. Manja betul bini aku ni. Dulu girlfriend manja, sekarang makin manjalah jawabnya!

---------------------------------------------------

"Good morning, mama, papa, ma." Hasif yang baru turun bersama Adra, menyapa mama papanya.

"Morning apanya, Hasif. Dah tengahari ni." Papa menjawab sambil tersenyum.

"Hasif pergi mana semalam?" Mama Hasif sudah mula membebel. Bini di rumah, dia boleh merayau. Tahulah nak mencari penyangak tu, tapi takkan sampai tak balik semalaman. Mamanya sudah tak puas hati.

"Ada hal lah, mama." Hasif menjawab sedikit saja. Malas nak panjangkan isu.

Papanya sudah tahu apa yang terjadi, cuma dipesan jangan bagitahu mama. Nanti mama risau. Papanya turutkan saja. Papa pun sempat melawat dia di hospital semalam. Sebentar saja, takut mama cari.

Hariz pula sedang menonton televisyen, mengangkat muka memandang Hasif.

"Oi. Dah balik?" Hariz menyapa ceria.

"Balik dah. Hidup lagi ni." Hasif bergurau kasar mengundang tamparan kecil dari Adra.

"Adra, jom tolong mama masak." Mama Adra sudah memanggil. Adra menurutkan saja.

"Kau asal semalam?" Hariz bertanya abangnya.

"Kena tikamlah. Apa lagi." Hasif menjawab biasa. Macam tak biasa pula kena tikam! Haha.

"Mana?" Hariz menjenguk-jenguk badan Hasif. Macam sihat je orang tua ni.

Baju diselak sedikit. Terlihat lukaan yang baru dijahit.

"Kau tak stay hospital, gila?" Hariz sudah memarahi abangnya.

"Takde apa pun lah. Nanti eloklah."

"Adra tahu tak lagi?"

"Tak tahu. Kalau tahu, dia takdenya dia senyum kat aku macam tadi." Hasif ketawa.

"Hasif, Hariz." Papa datang mendekat.

"Ye, pa." Kedua-duanya menjawab serentak.

"Jaga diri elok-elok dekat sini. Papa dengan mama esok fly ke luar negara balik. Ingat, jangan buat benda luar batas." Papa sudah mengingatkan tegas. Ya, papa memang tegas.

"Hasif, esok balik ke ofis, ada meeting projek. Perlukan tandatangan kamu. Lepastu, kamu bercutilah. Cuti kahwin. Pergilah mana-mana. Tapi papa rasa, kamu hold dululah honeymoon ke mana-mana.  Sekarang tak selamat. Papa rasa psiko tu takkan diamkan diri."

"Ye, pa. Sif pun rasa macam tu. Sif kena lebih hati-hati lepasni."

"Papa jangan risaulah. Kitorang boleh jaga diri. Papa pergi elok-elok. Jaga mama." Hariz tersengih. Dia pun esok kena kembali ke kuliah. Final exam final sem sudah hampir tiba. Tak sabar nak habis belajar.

Papa hanya mengangguk faham. Tidak sia-sia dia menghantar anak-anaknya ke latihan pasukan elit. Sekurang-kurangnya, dia tahu dua anaknya ini mampu menjaga diri dengan lebih baik. 

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now