BAB 48

4.3K 131 3
                                    


Hasif yang kembali ke butik, melihat Adra sudah menangis-nangis meraung memanggil namanya.

"Sayang." Hasif menghampiri Adra. Adra lantas bangun dan berlari memeluk Hasif. Air matanya tidak berhenti mengalir.

"Sayang okey?" Hasif mengusap kepala Adra. Lega dia melihat Adra. Lepas Harraz hilang tadi, terus kakinya laju melangkah kembali ke butik, takut Harraz apa-apakan Adra.

"Sayang tak nak kahwin. Please." Air mata Adra semakin laju.

"Saya takut hilang awak, Hasif. Saya takuttt." Adra makin meraung. Makin kuat. Hasif hanya memeluk dan menenangkan Adra. Mungkin Adra teringat kejadian penculikannya dulu.

"Takde apa, sayang. Saya ada ni. Jangan takut, saya ada." Adra dibawa keluar dari butik itu dan terus dimasukkan ke dalam kereta. Kemudian kereta terus memecut laju meninggalkan kawasan itu.

"Maaf, cik. Segala ganti rugi kami akan ganti. Maaf sekali lagi atas kejadian tadi." Malik meminta maaf kepada pemilik butik tersebut. Kemudian dia berpesan supaya semua yang Cik Adra sudah pilih atau berkenan, semua perlu disiapkan dalam masa seminggu. Mereka hanya mengangguk saja.

----------------------------------------------------

Adra yang sedang menangis teresak-esak, ditenangkan oleh Hasif di dalam keretanya yang sedang meluncur laju. Tidak diberhentikan di mana-mana kerana agak bahaya.

"Saya tak nak kahwin. Saya takut hilang awak. Saya takut." Adra menangis lagi.

"Kita kena kahwin, sayang. Sayang nak mengaku kalah? Hanya sebab si psiko tu?" Hasif meyakinkan Adra.

"Saya tak kisah siapa kalah siapa menang, tapi saya takut dia bunuh awak. Dia nak bunuh awak."

"Dia nak bunuh awak!!" Adra menjerit sedikit.

"Dia takkan bunuh saya." Hasif menjawab yakin.

"Awak tak faham, Hasif. Saya yang lalui seksa tu. Sakittt sangat. Saya tak mampu nak lalui lagi." Adra sudah semakin tertekan.

"Saya tahu, sayang. Saya minta maaf sangat-sangat. Kita kahwin, ya? Minggu depan."

Adra masih menangis. Tidak menghiraukan Hasif.

"Sayang, listen. Saya akan baik-baik saja. Saya tahu Harraz tu macam mana. Saya kenal sangat dengan dia. Saya nak awak hati-hati. Kita kahwin minggu depan. Ini arahan." Hasif sudah berkata tegas. Adra tersentak.

"Harraz?" Adra berpaling tepat memandang muka Hasif.

Hasif pula terdiam. Aku terlepas cakap! Alahai!

"Harraz???"

Hasif masih diam.

"Harraz mana? Harraz Mikail?" Adra sudah menarik-narik lengan aku.

Hasif masih diam membatu.

"Kita balik KL." Hanya itu yang keluar dari mulutnya.

-----------------------------------------------------

Adra masuk ke dalam rumah dan terus berlari masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu dengan kuat.

Dia geram dengan Hasif. Sepanjang perjalanan Hasif diam saja. Dia juga ingin tahu segalanya. Tak adil Hasif buat macam ni! Jiwanya diseksa tapi dia tak tahu kenapa! Tak adil!

Matanya yang sedari tadi tidak berhenti menangis. Kenapa Hasif buat macam ni. Sudahlah dia diarah untuk duduk di rumah sahaja sehingga tarikh pernikahan mereka. Bodyguard juga diarahkan untuk mengawal lebih ketat lagi.

Boleh gila aku macam ni! Adra meraung lagi. Dalam masa seminggu ini, dia hanya boleh duduk di rumah. Tidak boleh keluar langsung.

Dia sebenarnya bukan marahkan Hasif. Tapi dia tak puas hati. Dia ingin juga keluar, tahu semuanya. Tahu keadaan dan keselamatan Hasif. Dia mahu tahu Hasif baik-baik saja. Dah jelas psiko tu nak kan Hasif. Bukan aku! Kenapa aku yang dijaga?!

Adra mula mengamuk. Habis bantal dibalingnya.

Kenapa awak buat saya macam ni, Hasif?!

Adra seperti hilang kawalan. Tidak pernah dia bersikap begini. Ini semua sebab traumanya kepada psiko itu. Lama-lama boleh gila betul macam ni.

Selepas puas dia menjerit-jerit, Adra duduk di atas katil. Termenung.

Psiko tu... Harraz?

Harraz Mikail?

Betulkah?

Hasif diam selepas nama itu aku tanya. Maknanya benar.

Tapi kenapa? Kenapa? Kenapa buat macam ni? Adra jadi geram. Ingin saja dia tahu kenapa si Harraz tu buat sampai macam ni. Apa salah dia dan Hasif? Apa?!

Tet tet.

'Sayang, tenangkan fikiran. Jangan fikir bukan-bukan. Saya akan selamat. Sentiasa selamat. Jangan risaukan saya. Risaukan diri awak tu. Jangan keluar. Jangan pergi mana-mana. Jangan degil. Kalau awak sayang saya, saya minta, jangan degil. Saya akan jumpa awak hari pernikahan kita. Jangan risau, rehat. Awak belum sembuh lagi. Saya dah hantarkan surat perletakan jawatan awak kepada Danial. Dia dah luluskan. Mulai hari ni, awak kena dengar cakap saya.' -Hasif.

Baca saja teks mesej itu, makin sakit hati Adra dibuatnya. Makin geram. Kenapa Hasif ni?! Mengarah aku sesuka hati dia.

Dalam sayang Adra, dalam risau Adra terhadap keselamatan Hasif, terselit rasa sakit hati yang amat sangat. Hasif memang! Buat apa saja, tanpa fikirkan perasaan aku!

Bila dia nak, dia buat apa saja untuk itu. Itu Hasif!

Adra terus baring sambil air mata mengalir di pipi. Akhirnya, dia tertidur.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now