BAB 60

5.1K 167 3
                                    


Hasif dengan diamnya menyelinap masuk ke dalam rumah banglo di atas bukit. Masih tersergam indah, cuma seperti tidak dijaga saja, penuh semak samun. Menyeramkan. Semua pintu ditutup rapat, jadi dia sedaya upaya memanjat tebing tingkap yang agak tinggi. Kemudian dia meloloskan diri masuk ke dalam rumah.

Kaki melangkah perlahan-lahan, supaya tidak mengeluarkan bunyi.

"Aaaaa!" Suara Adra jelas kedengaran atas tingkat atas. Lantas Hasif melangkah lebih laju lagi memanjat tangga yang berada di ruang tengah banglo ini.

Sampai saja di tingkat atas, Hasif melangkah mendekati pintu bilik di mana suara Adra jelas menangis teresak-esak.

Dia menjenguk sedikit. Terlihat di depan mata, Harraz sedang memandang Adra dengan pandangan kosong. Adra didudukkan di atas balkoni. Penuh darah mengalir di badan Adra.

Lantas Hasif terlihatkan pisau di tangan Harraz. Perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati Harraz yang sedang asyik merenung Adra. Adra pula sudah tertunduk lemah, seperti sudah tidak mampu bertahan lagi.

Hasif dengan tangkasnya menangkap tangan Harraz yang memegang pisau itu dan terus tangan Harraz dikilas sebelum Harraz ditumbuk dengan kuat. Kemudian kakinya laju menendang Harraz hingga Harraz terperosok jatuh terkena kayu katil.

Harraz yang sudah dibawah, ketawa.

"Ingat dah mati." Harraz masih dengan tawanya yang bersisa.

"Kau bukan accident ke tadi?" Harraz mencebik.

Hasif terus menghampiri Harraz lalu menumbuk Harraz sekuatnya, dan tubuh Harraz dibangunkan lalu perut Harraz ditumbuk bertubi-tubi. Dan Harraz disiku jatuh kembali. Harraz langsung tidak melawan. Dibiarkan saja dengan tawanya.

"Kau datang sini lambatlah. Tu, Adra. Nak mati dah pun." Harraz ketawa lagi.

"Tapi eloklah, kau boleh tengok dia mati depan kau." Harraz bangun. Mengelap darah di mukanya. Dan berlari menuju ke arah Hasif.

Hasif yang sudah bersedia, mula bergomol dan berlawan dengan Harraz. Lama berlawan, akhirnya Hasif ditendang jatuh ke bawah. Harraz lantas naik ke atas Hasif dan mencekik Hasif. Tetapi Hasif berjaya meloloskan diri dengan menendang badan Harraz.

Adra yang separuh sedar itu melihat di depan matanya, Hasif dan Harraz sedang berlawan separuh nyawa. Matanya langsung tidak berkelip kali ini. Hasif?

"Aku bunuh kau, Sif!" Harraz sekali lagi mencuba untuk mencekik Hasif tapi Hasif lebih tangkas mematikan perbuatannya. Rahang Harraz ditumbuk kuat dan dadanya ditendang.

Hasif yang amarahnya sudah memuncak, bangun kembali mendapatkan Harraz. Mereka berlawan kembali. Sesekali Hasif ditumbuk, menyentak Adra yang sudah semakin separuh nyawa.

"Has.." Adra seakan ingin bersuara saat dia melihat Harraz mengambil kerambit yang diselitkan di kakinya, tapi Adra sudah tiada daya lagi. Hasif yang sudah tahu akan perangai Harraz, menepis tangan Harraz dari melukakannya. Lengannya yang baru dijahit tadi, sudah tidak rasa sakit lagi. Lagi sakit tengok Adra disakiti macam ni.

Mengingatkan itu, Hasif bangun kembali. Dia perlu ajar Harraz cukup-cukup. Dah lama tunggu saat ni.

Badan Harraz ditolak kuat ke dinding, lalu lengannya menekan kuat leher Harraz, menolak ke atas sehingga Harraz makin meninggi.

Adra yang melihat keadaan itu sudah menangis, menjerit.

"Abang!" Adra menjerit sedaya upaya.

Harraz yang dalam posisi begitu, masih saja ketawa.

Kemudian tangan Harraz sempat mengambil pistol di dalam bajunya dan dihalakan ke Hasif, tapi ditembak kerana dia sudah separuh sedar dicekik begitu.

Tembakan itu terkena bahu Hasif, tetapi dia masih berdiri, masih ingin membunuh Harraz.

"Abang!" Adra menjerit lagi. Perit di badannya ditahan.

Hasif kemudiannya menghentikan perlakuannya, kemudian Harraz sempat menendangnya jatuh. Pistol yang dipegang di tangan Harraz, dihalakan ke Adra. Tangkas kaki Harraz menapak ke arah Adra, lalu Adra dibangunkan. Rambut Adra ditarik kuat. Dan dia memeluk Adra rapat ke tubuhnya.

"Ucap selamat tinggal dekat Hasif, Adra." Harraz bersuara sambil ketawa kecil.

Adra memejamkan matanya dengan tangisan yang tersisa.

Bang!!

Hasif yang terkejut dengan tembakan itu, memandang Adra dengan tangisan.

Saat dia terlihat Harraz sudah hampir jatuh ke belakang, Hasif sedaya upaya berlari ke arah Harraz untuk menarik Harraz daripada jatuh dari balkoni. Tetapi malangnya, Adra ditarik untuk jatuh bersama Harraz.

"Adra!!!!!" Hasif menjerit dan terus berlari menuruni tingkah bawah. Tangisan sudah mula merembes.

Terlihat dua susuk tubuh yang sudah terkulai di atas lantai luar kawasan banglo usang ini. Dan mata masih menangkap darah yang mengalir dari badan Harraz. Harraz tembak diri sendiri. Dan dia ingin bawa Adra bersamanya.

Adra yang diam terkulai di atas tubuh Harraz, dicempung oleh Hasif ke kereta dan pedal minyak ditekan selaju yang boleh.

Bertahan, sayang. Tolong.

-------------------------------------------------------

Hasif yang baru saja dikeluarkan peluru dari bahunya, tersandar seketika. Teringat dia akan Harraz yang meninggal di tempat kejadian.

Nafasnya dikeluh berat. Kalau boleh dia nak bawa Harraz ke penjara. Tapi, takdir berkata lain.

Setelah selesai, Hasif bangun untuk ke ICU di mana Adra ditempatkan.

Adra yang seperti sedang tidur nyenyak, dirapati. Air mata lelakinya mengalir melihat keadaan Adra. Lebih teruk dari sebelumnya.

"Sayang, bangunlah." Adra masih diam tidak berkutik. Selepas membuat pembedahan sebentar tadi, Adra disahkan koma. Dan air mata lelakinya, tidak henti-henti jatuh. Mulut tidak henti memanggil Adra untuk bangun.

Dan kini aku disini, memandang Adra, tidak lepas dari pandangan.

"Saya minta maaf, sayang. Saya minta maaf." Hasif meletakkan bibirnya di dahi Adra dan menangis.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now