BAB 32

5K 164 6
                                    


"Assalamualaikum." Wanita berusia itu melangkah masuk ke dalam rumah.

Selepas memberi kata-kata semangat kepada hati dan jiwa, aku angkatkan muka memandang mukanya.

Jantung rasa nak terkeluar kali ini! Lebih teruk dari mimpi! Macam nak pengsan saja!

Aku kenal sangat makcik ini. Sangat kenal.

Dia juga seperti terkejut memandang aku. Sangat terkejut.

Dalam hati sudah macam-macam perasaan dirasai. Kali ini bukan lagi benci atau amarah, tapi gugup dan teruja.

Ahhhh. Apa yang dah jadi ni?!

Tangan aku semakin sejuk. Ini ke rasa orang nak bertunang? Kenapa teruja lain macam?

Adra senyum manis semampu yang boleh. Terlihat juga suami wanita berusia tadi. Tipulah aku tidak kenal mukanya, walaupun belum pernah berjumpa. Selalu sangat tengok dalam gambar.

Habis saja perbincangan antara kedua-dua belah pihak. Wanita itu melangkahkan kaki untuk menghampiri aku, dan dilabuhkan duduk rapat di sebelah aku. Mukanya kelihatan sangat gembira. Gembira dari apa yang aku pernah lihat.

"Pandai Hasif kelentong mama. Siap budak tu kejap lagi." Kata-kata Puan Hasnita mengundang ketawa kecil dari aku. Bukan mama saja kena tipu, aku pun kena tipu hidup-hidup. Tak guna betul! Nasib baik aku tak jadi nak lari.

Cincin yang tampak sangat eksklusif dan cantik disarungkan ke jari manis aku oleh Puan Hasnita. Kemudian aku bersalaman dengannya.

Oh... Patut nak beli ole-ole cincin ya?! Eeeeeeeeee macam nak keluar lepas tu nak cari mamat tu, nak sekeh kepala dia! Jahat! Mainkan perasaan orang! Suka macam ni!

Selesai saja sesi bergambar dengan bakal mak mertua, aku kembali berborak dengannya. Mama aku juga join sekali kali ini.

Mama hanya senyum saja memandang aku yang terlebih bahagia. Mama pun bersubahat dengan Hasiflah tu! Tapi..... Aaaa Adra nak nangis. Terima kasih, mama!

Sejurus selepas itu aku peluk mama aku. Lega rasanya!

Logiklah. Takkan mama aku nak tunangkan aku dengan orang yang tiba-tiba nak masuk meminang aku, kan......

Tapi mana Hasif kenal mama? Macam mana kelengkapan ini dia sediakan?

Macam-macam dah berpusing dalam kepala aku.

"Hasif fly ya, mama?" Pertanyataanku mengundang kerutan di dahi Puan Hasnita.

"Fly? Tak adalah. Dia dekat luar. Tak mungkinlah dia nak fly hari pertunangan dia. Dia dah beria sangat tadi nak ambil gambar dengan Adra kekasih dia katanya. Rupanya Dhiya Adra. Haih mama geram lagi ni."

Aku tergelak kecil melihat telatah Puan Hasnita. Mama aku juga turut ketawa. Seperti begitu mengenali Syed Hasif. Pelik ni. Pelik. Pandai mamat ni mainkan aku, ya.

Amsterdam, ya? Ini bukan Amsterdam, ini Alor Setar, Encik Pilot!

-------------------------------------------

Hampir sejam berborak, seseorang memberi salam untuk masuk ke dalam.

Aku kenal sangat suara itu. Tak payah tunjuk muka pun, aku kenal!

Dia yang segak berbaju kemeja putih dan berseluar berwarna khaki, melangkah masuk ke dalam rumah. Haih handsomenya, tunang siapa ni?!

Mukanya senyum saja. Senyum manis. Dan kakinya melangkah ke arah aku, mama dan mama. Okey konfius mama sekarang dah ada dua! Haha.

Tangannya menyalami mama aku. Dan duduk di sebelah mamanya.

Aku buat-buat malas nak pandang mukanya. Geram lagi!

Kemudian, mama dan Puan Hasnita beredar dari sini untuk memberi peluang aku berborak dengan Hasif sebelum sesi bergambar.

"Jauh betul Amsterdam captain, ya?" Ayat sindiran sudah keluar dari mulutku.

Ketawa Hasif melihat muka aku. Macam singa kecik tunggu masa nak ngap mangsa!

"Comellah sayang ni. Geram je! Macam nak nikah esok je!" Hasif sambung ketawa.

"Eeeeeee tau tak sayang nak lari dah tadi. Nasib baik tau. Kalau tak menyesal awak seumur hidup!"

"Tak ada maknanya sayang nak lari. Kalau lari pun, takkan dapat lari. Saya dah jaga rapi kawasan rumah sayang. Kalau ada budak kecik nak lari, memang tak dapatlah." Makin kuat ketawa Hasif. Menyakitkan hati aku. Pandai mamat ni. Tahu saja apa dalam otak aku. Urgh!

"Kenapa jahat sangat bie ni!" Aku muncung.

"Sayang, saya dah minta nak masuk meminang baik-baik, sayang asyik kata sekejap, nantilah, apalah. Nak ikut balik semalam pun tak kasi. Hmmm habis tu macam mana? Saya dahlah tak nak terlepas awak lagi. Terpaksalah paksa Adra tu bertunang paksa macam ni. Paksa ke, ek? Nampak macam terlebih rela je. Muka tu happy tak sudah!" Hasif mula mengusik.

Ish siapa je tak happy bertunang dengan orang yang sangat dicintai. Tapi tulah, happy ni lagi terserlah sebab mimpi bodoh tadi. Mimpi yang tak mungkin jadi realiti. Tu lah siapa suruh tidur, kan mimpi pelik-pelik.

"Sayang nak bie cerita A sampai Z apa yang bie dah buat!" Aku buat muka garang. Garanglah sangat huhu.

Mata Hasif yang cantik itu aku tatap lama. Dan dia meredupkan mata memandang aku, bibirnya menguntum senyuman lagi.

Jantung bagai nak gila! Makin gila! Kenapa sempurna sangat, Hasif? Kenapaaaaaaaa?

Aku pejamkan mata seketika. Takut ini semua mimpi. Dan aku bukakan mata sekali lagi.

Masih Hasif di hadapan mata aku.

Alhamdulillah.

"Saya janji akan jadikan awak wanita terbahagia dalam dunia ni. Ingat kata-kata saya dulu kan? Awaklah wanita paling terbaik saya pernah ada, dan saya takkan sia-siakan itu. Cukuplah saya dulu buat silap, sampai awak lari diamkan diri. Saya hilang semangat tanpa awak, Adra. Hanya mampu berdoa ditemukan kembali. Dan doa saya termakbul, dipertemukan kembali dengan Dhiya Adra yang masih belum milik sesiapa." Habis saja kata-kata Hasif, air mata aku jatuh. Terharu lah, gila!

Sapu tangan dari kocek seluarnya dikeluarkan dan disuakan ke aku. Disuruhnya lap air mata ini.

"Ee sayang nangis pula. Laplah. Nanti orang tengok tak bestlah."

"Terima kasih, Hasif. Saya cintakan awak, sangat cintakan awak." Rasa macam nak peluk saja. Tapi tak boleh. Menyesal pula aku pernah berfikiran ingin menguji lagi sejauh mana Hasif cintakan aku. Padahal dia memang betul cintakan aku. Dan aku dapat rasa, aku memang dah jadi wanita terbahagia dah pun!

"Dah dah, jom photoshoot."

"Explain dulu!" Adra buat muncung sedepa.

"Nantilah sayang. Jom bergambar dulu." Hasif sudah bangun dari duduk dan menghampiri aku. Sudah bersedia untuk bergambar sebanyak yang boleh. Dan aku juga sudah bersedia!

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now