BAB 4

10.7K 331 2
                                    

"Iqram, kau dah jumpa ke?" Aku mendesak Iqram.


"Kejap la. Budak kelas kita bukannya sikit gila. Aku tengah scroll satu-satulah ni. Dahla tak ada nama. Nak main teka pun kalau salah kau yang malu." Iqram masih lagi mencari.


Sebenarnya Iqram yang bagi idea untuk cari number phone Dhiya aku tu dalam group Whatsapp. Sebab katanya aku ni angau. Tapi dalam kelas belagak tak nak tegur perempuan tu.


Alahhhh. Jadi lelaki kena macho, jual mahal sikit.


Oh lupa nak bagitahu! Kelas BI tu dah ada group Whatsapp. Tapi ada 35 pelajar dalam kelas tu. Kau gila ke apa nak teka satu-satu number?


"Aku rasa yang ni lah." Mata aku terpadangkan number yang baru sahaja di tambah masuk ke dalam group tersebut. Instinct kuat cakap number tu. Sebab semua orang tulis number phone dekat kertas kehadiran, Dhiya tu je tak tulis. Maksudnya dialah orang last kan...


Kalau betullah. Kalau orang lain ni malu aku!


Dan aku whatsapp dia.


"Test." Satu perkataan ini di send dan delivered!


Tapi tak direply. It's okay dah dua tick. Lambat laun dia akan reply juga.


Hati aku dah tak tenteram sebenarnya. Tak tahu nak rasa apa. Rasa teruja pun ada!


"Tak payahlah tunggu reply tu je. Jalani la kehidupan kau macam biasa. Duk tenung phone tu je buat apa hahahaha. Jom gi food court malam ni. Makan!" Iqram ketawa sambil bermain phone.


"Nanti dah nak pergi kejut aku. Aku nak tidur jap ni."


"Okey bos." Iqram mengangguk dan terus bermain game. Hasif pula, tidur.


Malam itu, aku dan Iqram ke food court universiti ini. Pelajar selalunya lepak dan makan disinilah. Aku pun baru beberapa kali je datang sini. Sebab agak jauh daripada apartmen yang aku duduk. Food court ni dekat dengan apartmen perempuan.


Saat aku sedang memesan makanan di sebuah kedai, Iqram menyiku aku. Elok saja aku toleh tengok muka dia untuk marah, Adra lalu depan aku.


Terkedu kejap aku. Tapi Adra tak perasan aku agaknya. Sebab dia tak toleh langsung tengok aku dan Iqram. Ataupun dia memang nak buat-buat tak kenal. Aku nampak dia pergi ke kedai sebelah. Order nasi goreng. Hm kenapa awak tak singgah kedai ni je?


Dah alang-alang dekat sini, aku jadi berminat nak pandang tingkah laku dia lama-lama.


Dan aku terlihat seorang lelaki, dia mendekati Adra. Dan dia menegur Adra sambil tersenyum manis.


Aku kenal mamat tu. Budak batch kitorang juga. Eh! Sakit pula hati ni.


Aku lihat Adra jawab soalan mamat tu dan Adra senyum sedikit. Sedikit je. Tapi still! Adra senyum!!! Why?!

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now