BAB 45

4.5K 137 4
                                    


Hasif yang baru sahaja sampai di hadapan lobi syarikatnya, mencapai beg bimbit. Pintu kereta dibuka, dan dia melangkah keluar. Kereta ditinggalkan saja disitu, nanti pembantunya akan parkir di tempat sepatutnya.

Terus kaki melangkah ke dalam, makin hari makin dia selesa dengan pemandangan barunya ini. Kalau dulu awan biru, sekarang bangunan bercermin ini. Sama saja baginya. Naik tingkat atas sekali, nampak awan membiru juga.

Hasif tersenyum. Semua dia punya, Adra je belum. Dua minggu lagi, akan jadi miliknya juga.

Mulai hari ini, dia harus menggantikan papa sepenuhnya. Papa ada urusan di luar negara. Sebelum ini, ada pembantu yang menguruskan semua ini sekiranya papa ke luar negara. Tapi, sejak dia menukar fikiran, semuanya diserahkan kepadanya.

"Hasif!" Suara seseorang memanggil. Hasif menoleh.

"Yes?" Matanya memandang Kyla yang sudah pun berjalan kearahnya. Muka wanita itu kelihatan sungguh teruja.

"Selamat bekerja satu syarikat!" Kyla menyuakan tangan ingin menyalam Hasif, tapi Hasif menunduk seraya tersenyum saja.

"You dari mana?" Kyla memandang ke belakang aku.

"Oh. Hantar bos I ke airport tadi. Kenapa?" Hasif kelentong lagi. Ada saja benda dia nak menipu.

"Ohh patutlah! Peliklah you ni. Takkan jadi bodyguard kat sini?"

"I bodyguard peribadi lah. Bukan biasa-biasa punya. Gaji I mahal tau." Hasif tergelak kecil. Kyla mencebik.

"Mana kereta you?" Kyla memandang Hasif lama.

"Kat rumahlah. Buat apa bawa datang sini?" Hasif, dah banyak mana ni kau menipu. Sudah-sudahlah tu.

"Ye ke? Okeylah." Kyla malas nak bertanya banyak.

"You kerja bahagian mana?" Hasif saja bertanya, senang dia nak jauhkan diri.

"Floor 22. Bahagian pentadbiran." Kyla menjawab ceria.

"Oh, I see. Okaylah, I naik dulu. Bye, Kyla."

"Bye, Hasif!" Baru lima tapak aku melangkah, Kyla memanggil aku kembali.

"Hasif!"

Aku menghela nafas, dan menoleh kembali.

"Lunch sekali nak? Naik dengan I." Kyla mempelawanya.

Aaaa aku nak bagi alasan apa ni...

"Err..." Hasif teragak-agak.

"Boleh, ya? I tunggu you kat sini pukul 12. Okay, bye!" Kyla terus berlalu pergi.

Hasif menghembuskan nafas berat. Kenapalah aku tak tolak terus tadi?!

----------------------------------------------------

"I happy sangat sebab dapat kerja satu company dengan you. Kita ni macam berjodoh kan?" Kyla yang baru sudah menyuap nasi ke mulut, bersuara.

Aku senyum saja. Senyum tak ikhlas!

"Haha, I dah tunanglah, Kyla. You tak tahu ke?" Hasif berkata ringkas. Berubah air muka Kyla.

"Oh... Yeke? Bila you bertunang?"

"Baru je lagi. Nak kahwin dah pun."

"Kejapnya bertunang? Siapa?" Kyla makin ingin ambil tahu. Dahlah dia suka sangat dengan Hasif ni, sejak dulu lagi. Tapi.... Hm.

"Adalah. Girlfriend lama I. Jodoh tak kemana." Hasif tersenyum manis.

"Tahniah, Hasif. I ingat you single lagi." Kyla tiba-tiba jadi kaku nak bersuara lebih-lebih.

"Nanti datanglah majlis. Nanti I jemput. Kalau I tak jemput pun, you akan dijemput." Hasif tersenyum lagi.

"Makanlah. Nak balik ofis ni, I banyak kerja." Hasif menyambung menyuapkan makanan ke dalam mulut, begitu juga Kyla. Terlihat riak wajah Kyla yang sedikit lain. Kecewa. Gila tak kecewa! Baru sahaja dia bahagia sebab dapat satu syarikat dengan Hasif, tapi lain pula yang dia dapat tahu.

Dari jauh, seseorang memandang dengan tajam. Sakit hati!

Adra kemudiannya masuk ke dalam kereta dan menghempas pintu kereta.

Sempat lagi pergi bercinta! Menipu je kata cintakan aku lah apalah! Tapi keluar makan dengan perempuan lain! Nak kahwin konon!

Mimpi jelah, Hasif! Mimpi!

Bukan main tersenyum dengan perempuan free hair tu. Dah lah cantik macam model! Adra sudah meroyan. Aaaaaa!!!

Cantiknya perempuan tuuuu kalau nak dibanding aku ni, macam langit dengan bumi.

Adra sudah menjerit kecil dalam kereta. Geram sangat. Dahlah lama Hasif buat tak tahu je kat dia, tak datang jenguk langsung.

Padan muka kau, Adra. Nak sangat dia pergi. Padan muka.

Tapi... Aku buat semua tu untuk kebaikan dia. Untuk keselamatan dia.

Kenapa dia boleh suka-suka keluar dengan perempuan lain? Pergi kahwin dengan perempuan tu jela! Jangan cari aku!

Adra terus menghidupkan enjin dan beredar dari situ. Kecik hati! Perangai kuat jelesnya sudah kembali.

-----------------------------------------------------

'Saya nak cerai.' Satu teks mesej masuk mengganggu Hasif yang sedang fokus membuat kerja.

Bila pula aku kahwin?

Selepas itu baru nama pengirim dilihat.

Bidadari.

Hasif tersenyum. Setelah berkurun, harini baru sayang nak mesej saya? Minta cerai pula. Dia lupa ke belum kahwin?

Hasif membalas mesej itu dengan senyuman.

'Jangan haraplah.' -Hasif

'Saya bunuh diri.' -Adra

'Good luck.' -Hasif

Reply dari Hasif memang betul-betul menaikkan amarah Adra. Weh eeee asal Hasif menyakitkan hati macam ni! Dahlah berdosa cakap macam tu. Menyesal cakap macam tu!

Tapi Hasif boleh pula cakap good luck?! Tak sayang aku ke?!

Tangan mulalah nak menampar bantal. Geram! Balik saja dari kerja terus dia mesej Hasif begitu. Seharian di tempat kerja asyik memikirkan Hasif dan perempuan entah dari mana tu. Geramnya aku!

'Jangan cari saya. Assalamualaikum.' -Adra.

Hasif ketawa saja melihat mesej balasan dari Adra. Dia tahu Adra nampak dia tadi di restoran. Bodyguardnya yang menjaga Adra memberitahu. Dan tahulah dia Adra masih sangat sayangkan dia.

Adra, Adra. Awak tahu saya hero awak. Kenapa nak sembunyikan sesuatu dari saya, sayang?

Hasif masih terkesan dengan Adra. Kena ugut awal-awal dulu pun nak berahsia. Sekarang ni, taknak kahwin lah, taknak jumpalah, taknak tengok mukalah, apalah. Complicated betul. Cuba cerita je kat saya apa dah jadi. Kan senang. Haih.

Dia Milik AkuWhere stories live. Discover now